Resipi 10 Jenis Masakan Spageti Mesti Cuba Untuk Penuhi Selera Western

Bila tekak rasa nak feeling-feeling western. Tapi tengok peti ais bahan-bahan basic je yang ada.
Boleh la try resepi ni. Bahan-bahan tak perlu pelbagai sangat. Masak pun boleh laju-laju.



Jom kita start.
Resepi Spaghetti Yang Sedap² 😋
1. Spaghetti Olio Dengan Ayam
2. Spaghetti Bolognese
3. Spaghetti In Carbonara Sauce
4. Fried Noodle-Bahrain Stail
5. Spaghetti With Heinz Cream of Tomato Soup
6. Spageti Aglio Olio
7. Spageti Goreng
8. Spageti Marinara
9. Spageti Sardin Mayo
10. Spageti Tom Yam

1. RESEPI SPAGHETTI CARBONARA SAUCE


Bahan-Bahan:
  • 2 sdk minyak zaiton
  • 200g sausage dihiris nipis
  • 3 biji cendawan butang dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 2 biji kuning telur
  • 1/2 cawan krim pekt atau susu cair pun boleh
  • 75 g keju pamesan yng prut
Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau lebih kurng 5 minit sehingg sausage agak masak , angkat dan toss minyaknya
2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi.
4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam


2. RESEPI SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM

Bahan-Bahan:
  • 200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
  • 6 biji black olive
  • 6 biji green olive
  • 15 biji jeruk capers
  • 1 keping dada ayam, didadu*
  • 2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)
  • 1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam
  • 1 biji bawang holland, didadu
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 4 biji cili padi thai merah, cincang halus
  • Garam secukup rasa
  • Parsley, dicincang untuk hiasan
  • Minyak zaitun untuk menumis
Cara-Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap.
2. Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan.


3. SPAGHETTI WITH HEINZ CREAM OF TOMATO SOUP



Bahan-Bahan:
  • 500 gm spaghetti - rebus dengan air dan letak beberapa titis minyak zaitun, dah masak toskan.
  • 500 gm daging lembu kisar (*akak guna 400 gm daging kisar + 100 gm daging fresh yg dicincang)
  • 3 biji kentang - kupas, rebus dan kisar bersama airnya.
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/4 cawan sos cili
  • 1/4 cawan sos tomato
  • 2 tin Heinz cream soup of Tomato (*yg ni paling sedap, tp boleh tukar Kimball/lain)
  • 4 cawan air
  • 1 batang carrot - potong bulat
  • 400 gm bunga kobis - potong kecil
  • 1 biji green capsicum - dadu
  • 1 tin cendawan butang - belah
  • (* ummi xda stok, guna hirisan cendawan kering - rendam)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh gula (optional)
  • garam
  • sedikit minyak zaitun untuk tumis

BAHAN SAMPINGAN:
  • Salad - hiris nipis
  • Tomato - hiris nipis
  • Daun sup dan bawang - hiris halus
  • Cili merah - hiris halus
  • Telor rebus - belah 2
  • Bawang goreng

CARA-CARA MEMASAK:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging benar2 masak. Masukkan sos cili, sos tomato dan kentang kisar. Kacau mesra dengan daging. Masukkan cream soup of tomato dan air. Bila mendidih, masukkan semua sayuran dan garam. (*boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat).

Nota:

Letak spaghetti dalam mangkuk, sendukkan kuahnya dan letaklah bahan2 sampingan tadi. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba!

4. RESEPI FRIED SPAGHETTI-BAHRAIN STAIL

Bahan-Bahan:
  • spaghetti yang telah direbus
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 10 ekor udang
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 2 biji telur - kocok sikit
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sayur serba satu (lobak merah/zucchini/kubis - hiris nipis saiz sedikit besar, maz guna peeler)
  • kicap pekat secukupnya
  • sedikit gula dan garam
  • sedikit minyak sayur
Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak sayur, masukkan telur dan goreng buat macam telur dadar tapi sambil dikacau biar hancur sikit. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali yang sama masukkan sedikit minyak lagi, tumis bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar sekejap.
3. Masukkan isi ayam dan udang, masak sekejap. Masukkan semua bahan sos, kicap dan air secukupnya. Kacau sebati, masukkan sayuran dan perasa secukup rasa.
4. Masukkan spaghetti, sebatikan. Rasa apa yang kurang dan balik selalu hingga sedikit kering dan sayur sedikit lembut. Biar sejuk dulu baru spaghetti serap/sebati dengan bahan sos, kalau yang baru masak tu, spaghetti masih licin gitu, tak serap sos lagi. Memang sesuai kalau masak awal dan makan kemudian sikit.

5. RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE WITH BLACK PEPPER SAUSAGE


Bahan-Bahan:
  • 300 gm Spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
  • 1 tin Traditional Tomato Spaghetti Sauce - saya guna Prego
  • 400 gm daging kisar
  • 3 batang Ayamas Black Pepper sosej - dipotongbulat2 kecil
  • 1 labu bawang holand - didadu ( bawang besar biasa pon boleh )
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar cili kisar (optional- kalau tak suka pedas sila abaikan )
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 sudu teh serbuk oregano
  • 1 helai bay leave
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • Grated Parmesan cheese untuk tabur
Cara-Cara Membuatnya:
  1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk,tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. Masak hingga daging empuk.
  3. Masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, oregano dan juga bay leave.
  4. Masukkan sosej dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
  5. Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan. Selamat mencuba.
6. SPAGETI AGLIO OLIO



Bahan-Bahan
  • Spageti
  • Udang
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Cili capsicum
  • Tomato ceri
  • Minyak zaitun
  • Garam
  • Cili flakes
  • Serbuk lada hitam
  • Mixed herbs
Langkah
  1. Ni bahan-bahan yang perlu. Basic sangat kan. Tapi kalau nak tambah sumber protein lain macam ayam, sotong boleh je. Sayur pun boleh pelbagai carrot, bronkoli semua boleh letak.
  2. Mula-mula sekali rebus spageti sampai masak empuk. Boleh nak letak garam sikit masa rebus tu. Toskan dan ketepikan sekejap.
  3.  Sediakan kuali, panaskan sedikit minyak zaitun & tumis bawang putih sampai naik bau.
  4. Kemudian masukkan cili capsicum dan udang.
  5. Bila udang & capsicum tu dah masak, masukkan spageti yang dah direbus tadi. Kacau bagi sekata.
  6.  Langkah terakhir, letakkan tomato ceri, cili flakes, serbuk lada hitam, mixed herbs & garam. Kacau sehingga sekata. Siap! Alhamdulillah, sedia dihidangkan.
7. SPAGHETI GORENG



Ramuan
  • Bahan A (Dikisar)
  • 5 cili merah (nak pedas tambah la lg)
  • 3 bawang besar
  • 3 bawang putih
  • 1 cube ikan bilis
Bahan B
  • Spaghetti (macaroni /mee pun boleh)
  • Udang (buang kulit, potong 3)
  • 3 keping fish cake
  • 1 packet fish ball (potong 4)
  • 3 tauhu basah (potong 6, goreng sekejap & ketepikan)
  • Sayur sawi
  • Taugeh
  • 3 sudu besar cili sos
  • 3 sudu besar tomato sos
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar minyak
Langkah
45 minit
  1. Sedia kan bahan B.
  2. Kisar bahan A dengan sedikit air.
  3. Rebus spaghetti & toskan
  4. Tumis bahan A sehingga naik bau.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis. bubuh 1/3 cawan air dan biar kan seketika.
  6. Masukkan udang, batang sawi dan biarkan seketika.
  7. Masukkan fish cake, fish ball.
  8. Masukkan sawi, kacau sampai layu.
  9. Masukkan tauhu yang telah digoreng dan kacau rata.
  10. Masukkan spaghetti.
  11. Sedia untuk dihidang.
8. Spaghetti Marinara
Selera orang putih bertandang sekali sekala maka kenalah buat.  



Bahan-Bahan
  • 1 pek spaghetti
  • 1 botol pes prego mushroom
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 labu bawang holland - potong dadu kecil
  • 2 biji tomato - poto dadu kecil
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu kecil lada hitam berperisa - rasa tak cukup boleh tambah
  • 1/2 sudu kecil maggi cukup rasa - tak cukup boleh tambah
  • Bahan lain :
  • Sebarang seafood yang disukai - sotong / udang / kepah / kupang
  • 1 mangkuk isi ayam - dicincang
  • * Famili alergik seafood kita tukar kepada isi ayam yang dicincang 

Langkah
  1. Didih air dahulu semasa merebus masukkan sedikit minyak masak supaya spaghetti tidak melekat. Rebus spaghetti hingga lembut dan kemudian tapiskan.
  2. Dalam kuali, panaskan mentega masukkan bawang masak layu.
  3. Kemudian masukkan isi ayam kacau hingga isi ayam kelihatan putih, selepas itu masukkan tomato masak lagi hingga tomato layu.
  4. Masukkan pes prego dan tambah sedikit air panas [cara saya sebab famili suka makan sedikit melting berkuah].
  5. Masukkan lada hitam berperisa dan sesuaikan rasa. Sedia dihidang.

9. SPAGETI SARDIN MAYO 



Cuti sekolah sempena raya cinaa, anak2 lapar petang2, saya plak bz niaga nasi kerabu. 

Bahan-Bahan
2 sajian
  • 2 paket spaghetti yg belum masak
  • 6 sudu besar mayonis
  • 1 1/2 ikan sardin tin
  • 2 sudu kuah sardin tin
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
  • 3 keping daun sup untuk hiasan 
  •  
Langkah Penyediaan
Sediakn bahan2
  1. Untuk rebuskan spaghetti., ada tips ya supaya dah masak/lembut nanti tidak melekat. masukkn sdikit 1/3 sudu garam untuk sedapkan skit rasa spaghetti nnti. dan masukkn sdikit minyak sebanyak 1 sudu
  2. Sementara menunggu spaghetti masak/lembut., bolehlaa buat kan sos mayo sardin. Asingkan 1 ketul bersama kuah sardin dan 1/2 ketul isi ikan sardin tin tersebut.
  3. 1 ketul ikan sardin tadi dimasukkan bersama mayonis. gaul2 dan hancurkan biar ianya sebati.
  4. Kemudian hancurkan 1/2 isi kan sardin tadi (jangan terlalu hancur)
  5. Angkat spaghetti yg direbus tdi dan di tos kn. masukkan kedalam mangkuk besar. tuangkan sos ikan sardin tadi yg digaul sebati bersama mayonis kedalam spaghetti yg telah ditoskan.
  6. Gaul2 sehingga sebati, setelah itu masukkan isi ikan 1/3 yg separa hancur tadi, gaulkn sedikit dan masukkan serbuk lada hitam.
  7. Letakk daun sup sebagai hiasan n sedikit bau. sedia dihindang., alhamdulillah anak2 makan sampai habiss. tak cukupp!😅 boleh dimakan juga bersama sos cili tau


10. SPAGETI TOM YAM 

Kredit : Narimah OthmanSelangor



Ramuan
  • 1 peket spaghetti
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • 10 tangkai cili kering diblend
  • 1 peket pes tomyam
  • 1 sudu teh Garam
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/4 sudu teh Maggi cukup rasa
  • Button mushroom
  • Daun kelsum dihiris 
Langkah
  1. Rebus 1 peket spaghetti letakkan sedikit garam dan minyak supaya tidak melekat.
  2. Tumis bawang putih dan holland bersama. Masukkan ayam dan tumis sehingga masak. Masukkan cili yang diblend dan kacau sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan pes tomyam dan kacau sehingga sebati. Masukkan mushroom dan kacau. Masukkan garam, gula dan maggi cukup rasa dan gaul sebati.
  4. Masukkan spaghetti yang telah direbus dan kacau sekata. Jika mahukan sedikit basah masukkan air rebusan spaghetti. Selesai masak taburkan hirisan daun parsley.

Xtra

Spageti Carbonara Rebutan Anak-Anak




Dah tiga tahun lebih anak2 boleh kenal spageti carbonara simple sedap,dan sentiasa jadi menu rebutan untuk anak2. gituh!
Ok jom buat!!

Bahan bahan :

-1 paket spageti ( boleh belaka jenama apa dan jenis pasta pun boleh )
-2 1/2 tin susu sejat atau susu kotak ( kalau nak guna 2 tin susu, 1/2 lagi tu air pun boleh..mokcik buat gtu la..jimat )
-majerin + minyak (untuk menumis )
-Daging cincang
-Bawang merah dadu
-1 sb tepung gandum
-cendawan dan sosej
-3 keping Cheese slice
-lada hitam blend atau tumbuk
-perisa maggi cukup rasa
-garam dan gula
-parsley dan oregano ( kalo xda, xletak pun ok je )
-sebakul cinta dan kasih sayang

Cara cara :
Rebus spageti terlebih dahulu, sampai lembut dan letak minyak masak 2 sb, untuk elakkan dia dari melekat masa sejuk.
1. Panaskan majerin + minyak, dan tumis bawang hingga masak dan naik bau..bia sedikit garing la.. lepas tu masukkan gandum kacau lagi sekejap dan masukkan lada hitam serta daging. Sambil zikir2 dan doa kasih sayang tu,kacau lagi sampai naik minyak, masukkan pulok cendawan dan sosej, kalau xnak letak pun xpe.. sedap dohh..dan ready masuk susu .
2. Napok susu tu dah naik wap nak gelegak, masuk la cheese dan perasakan dengan gula garam serta perisa
3. Last sekali kalau ada herba kering kat rumah tu, boleh la masuk ya. Lagi umpph rasa dia. Parsley atau oregano..boleh belaka, nak letak dua2 pun beres. Sedaapp
Bila sejuk kuah tu akan jadi lebih pekat ya, sebab ada nya gandum dan cheese..jangan bimbang la kalau dah masak nampak cair je, tunggu sejuk sikit santap lah bersama keluarga
tersayang
Selamat menjamu selera!

kredit: Nurul Husna Mohamed Daud
Taraa..Selamat mencuba
Sekian

Kredit : Cookpad / Resepi Berbuka PUASA

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post