Semasa Lockdown Ini Sesuai Untuk Kurangkan Berat Badan, KKM Kongsi 7 Rahsia Kurus Tanpa Berlapar

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), KKM mengambil peluang berkongsi tip mengawal berat badan dengan amalan pemakanan sihat itu di laman rasmi Facebook dan Twitter rasmi @KKMPutrajaya hari ini.

Selain berkongsi tip yang boleh mula diamalkan sepanjang tempoh PKP, perkongsian itu turut menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan tip pemakanan sihat daripada Bahagian Pemakanan KKM di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Rata-rata pengguna media sosial menerima baik saranan dan cadangan 7 rahsia kurus tanpa berlapar.




1. Pstikan separuh daripada pinggan adalah sayur & buah

2. Pilih makanan yang tinggi serat

3. Mulakan sesi makan anda dengan buah, Salad atau sup sayur

4. Pastikan ada sumber protein pada setiap kali waktu makan utama

5. Gunakan pinggan yang lebih kecil untuk hidangan makanan anda

6. Kunyah makanan anda lebih lama

7. Minum air kosong pada waktu makan & diantara waktu makan

Sekian

Kredit : KKM
Terbaru Lebih lama