#Belasungkawa - Artis & Selebriti Yang Meninggal Dunia 2020, Hilang Sebutir Permata Dalam Industri

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Mati, dan Selepas Matilah Maka Segala Amalan Akan Ditimbang Dengan Sempurna.


Artis, Selebriti yang meninggal dunia tahun 2020

Abam Bocey
Pelawak
Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam dan mengadu kurang sihat sejak beberapa hari. Abam pergi meninggal seorang balu Nor Hidayah yang berkahwin pada 2017 dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

 

Lok-U
Pengarah Muzik

Pengarah muzik ternama tanah air, Faizal Uzir atau lebih dikenali dengan panggilan Lok-U, berusia 47 tahun dilaporkan telah meninggal dunia sekitar jam 10 pagi Rabu. Allahyarham Lok-U difahamkan sesak nafas di rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan sebaik pulang dari berjogging. Allahyarham Lok-U meninggalkan isteri, Jamariah Yusof serta empat orang anak iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.



Maya Matahari
Penyanyi
Penyanyi Maya Matahari dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat kanser. Maya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee popular menerusi beberapa lagu antaranya Matahari dan Diari Biru sekitar 1990-an dan kembali membuat kemunculan semula selepas menyertai program Gegar Vaganza.



Ashraf Sinclair
Pelakon / Penyanyi

Pelakon, Ashraf Sinclair, 40 meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 feb. Ashraf pergi meninggalkan seorang isteri pelakon & penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari yang berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan seorang cahaya mata, Noah yang berusia 10 tahun.



Glen Fredly
Penyanyi Indonesia Glen Fredly yang popular dengan lagu ‘Januari’ meninggal dunia pada hari Rabu, 8 April pada jam 6 petang waktu tempatan. Penyanyi berusia 44 tahun itu dikhabarkan meninggal dunia oleh rakan rapat beliau yang juga seorang penyanyi, Tompi menerusi aplikasi Whatsapp kepada media berkenaan.



Farit Ismeth Emir
Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir disahkan meninggal dunia pada Isnin di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. Farid Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu memiliki tujuh orang cahaya mata.




Poe (Mohd Fauzi Ahmad)
Penyanyi

 
Penyanyi reggae popular era 1990-an, Poe atau nama sebenar, Mohd Fauzi Ahmad, 64 meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 12.30 tengahari. Isterinya, Nor Aishah Zakaria, 54, memberitahu, arwah mengalami masalah jantung dan pelbagai komplikasi lain sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham yang terkenal dengan imej rasta ini pernah menganggotai kumpulan duo, Rampa bersama Zainal. Antara lagu popularnya adalah Jelaskan dan Ala Lala Tok (Jangan Saman).

Kumin Ku2



Pelawak Kumin atau nama sebenar, Khuzami Ismail, 49, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Lembah Maju, Ampang, tengah hari 3 september 2020. Berita sedih itu disahkan teman baik arwah, Yank Kassim yang menerima panggilan daripada isteri Kumin. 

Aktif sejak era 1990-an, Kumin dan teman baiknya, Allahyarham Bob Kuman pernah menubuhkan kumpulan duo dikenali sebagai KU2 yang cukup popular ketika itu. Sepanjang bersama, KU2 menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001). Berbanding Allahyarham Kuman yang banyak berlakon, Kumin memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.


A. Ali 
Komposer


Komposer A Ali atau nama sebenar, A Ali @ Hamdan Atan, 71, meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Kajang, pagi tadi.

Isteri arwah, Latifah Khamis menyedari suaminya sudah pergi, kira-kira jam 8.30 pagi, lantas segera memaklumkan anak ketiga mereka, Norhuda. Norhuda berkata, arwah bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan kronik dan pemergiannya sangat mengejutkan.




Salam Takziah
Manusia sememangnya tidak mahu membicarakan soal kematian kerana ia sesuatu yang menakutkan. Bagaimanapun, perjalanan hidup yang kita lalui setiap hari ini sebenarnya semakin mendekatkan diri kita dengan kematian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post