5 Cara Nak Kebalkan Akaun Media Sosial Fb, Ig, Twitter Daripada Kena Hack

Cara untuk mengelakkan akaun media sosial anda seperti Facebook, Twitter, Emel dll supaya tidak mudah diserang hack.



1. Akaun Instagram
Instagram Setting > Security > Two-factor authentication > Text Message > Masukkan no telefon & turn on Jika ada sebarang percubaan untuk log in, Instagram akan bagi mesej macam TAC terlebih dahulu.

2. Akaun Twitter
Twitter Pergi ke bahagian setting > Account > Security > Two-factor authentication > Text Message > Masukkan no telefon & turn on

3. Akaun Google
Google/YouTube Security > Signing in to Google > Text Message > Masukkan no telefon & turn on Lihat di senarai 'secure account'. Sama ada semua security checkup dijamin selamat atau tidak. Elakkan bagi akses sesuka hati pada aplikasi pihak ke-3.




4. Akaun Facebook
Facebook Setting > Security and login > Two-factor authentication > masukkan no dan turn on. Terdapat juga senarai fon/laptop yang pernah anda log in Facebook di bahagian 'where you're logged in'. Kalau fon/laptop tu dah tak guna, boleh remove. Sama juga dengan Google.


5. Emel
Elakkan pishing email Ni paling ramai kena. Konon media sosial anda perlu ditukar password ada orang lain log in dan sebagainya. Ini semua adalah scam. Jangan sesekali tertipu dengan pishing email. Contoh pishing email di pautan :

Zaman sekarang ini pelbagai cara yang dilakukan untuk menipu (scam) dan mendapatkan keuntungan menerusi dalam talian (online) dengan cara yang sangat mudah.

Salah satu teknik penipuan yang sudah lama digunakan dan masih lagi digunakan adalah pishing melalui email. Berikut adalah modus operandi mereka :
  • Hantar email seakan ia adalah daripada pihak Apple
  • Beritahu bahawa Apple ID anda lock dan sebagainya
  • Akan ada pautan untuk anda masukkan Apple ID dan Password
  • Jika anda masukkan, iPhone anda berisiko besar untuk kena lock
  • Ingat, Apple tidak akan meminta Apple ID dan Password anda melalui email. Hanya melalui laman web rasmi mereka sahaja untuk sebarang urusan lupa password atau sebagainya.

Contoh email dari penipu

Teknik sebegini biasanya dilakukan untuk gertak pemilik iPhone yang menjadi mangsa untuk membuat pembayaran kepada penipu tersebut jika mahu iPhone mangsa unlock kembali.

Apa pun, jika anda dapat email sebegini, jangan layan. Jika anda ikut seperti apa yang disuruh, anda mungkin akan menjadi mangsa mereka. iPhone yang mahal tu kalau telah disekat, ia mungkin akan jadi satu penyesalan untuk anda di kemudian hari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Ingat, jangan sebarangan log in di link yang diberi oleh orang tidak dikenali dan hati-hati dalam bagi akses kepada aplikasi pihak ke-3. Jika ada penambahan, boleh kongsikan di bahagian reply. Sama-sama kita berkongsi ilmu.

Kredit : @thefaizzainal

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. แจกฟรีเว็บดูหนังออนไลน์ Darkest Hour ชั่วโมงพลิกโลก (2017) หนังออนไลน์ฟรีเรื่องนี้ไม่ดูไม่ได้ หนังใหม่คุณภาพเยี่ยมต้องลองเลย

    https://www.doonung1234.com/

    ReplyDelete
Previous Post Next Post