10 Negara Dengan Jumlah Pulau Terbanyak Di Dunia

Agaknya negara apa di dunia ini yang memiliki pulau paling banyak sekali? Kalau difikirkan yang paling dekat dengan kita lihat sahaja Indonesia yang terdiri daripada gugusan pulau-pulau yang mengelilingi asia, tetapi Indonesia bukanlah negara yang memiliki pulau terbanyak di dunia.

Jadi negara apa yang menduduki takhta pulau terbanyak di dunia? jom kita selongkar
Berikut adalah senarai 10 negara teratas dengan pulau terbanyak di dunia:

10. Greece - ~6,000 Pulau
Beberapa sumber perbezaan menjadikan jumlah pulau di Yunani antara 1.600 - 6.000 bergantung pada ukuran minimum faktor sumber ini sebagai sebuah pulau. Pulau Crete adalah pulau terbesar di Greece diikuti oleh Euboea, Lesbos, dan Rhodes.



9. United Kingdom - 6,289 Pulau
United Kingdom adalah sebuah pulau yang dipisahkan dari daratan Eropah oleh Laut Utara dan Selat Inggeris. Termasuk semua wilayah luar negeri, terdapat 6,289 pulau di seluruh UK, yang kebanyakannya berada di Scotland. Pulau-pulau terkenal termasuk Skye, Orkney, Fair Isle, Lindisfarne, Mersea, Isle of Wight, Herm, Anglesey, Lundy, dan Bryher.



8. Japan - 6,853 Pulau
Jepun adalah kepulauan yang terbentang sejauh 1.869 batu dari 6.853 pulau di mana lebih dari 430 mempunyai penduduk. Empat pulau utama termasuk Honshu (yang terbesar dan memiliki ibu kota Tokyo), Hokkaido, Shikoku, dan Kyushu.



7. Philippines - 7,107 Pulau
Negara di Asia Tenggara ini mempunyai sebanyak 7,107 buah pulau. Sebagai sebuah negara yang terletak di zon tropika, pulau-pulau di Filipina antara yang menjadi pilihan pelancong-pelancong asing untuk menikmati keindahan dengan cuaca yang terbaik.
Pulau terbesar di negara ini adalah Pulau Luzon yang turut menjadi pulau paling padat di Filipina.

 


6. Australia - 8,222 Pulau
Australia yang dianggap sebagai negara benua mempunyai sebanyak 8,222 buah pulau. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 3,747 buah pulau terletak di Australia Barat, 1,955 di Queensland, 1,000 di Tasmania, 887 di Northen Territory dan 346 di Selatan Australia.
Pulau Melvin merupakan pulau terbesar yang menjadi rumah kepada pelbagai hidupan liar antaranya ikon Australia iaitu kangaroo.




5. Indonesia - 17,508 Pulau
Negara jiran kita ini merupakan negara terbesar di Asia Tenggara dan 14 di dunia (by land area). Indonesia mempunyai sebanyak 17,508 buah pulau. Pulau Sunda menjadi pulau yang terkenal antaranya turut menempatkan Pulau Jawa dan ibu negara republik itu iaitu Jakarta.

Pulau-pulau Indonesia sangat terkenal dengan kecantikkan, artifak-artifak peninggalan sejarah serta bentuk muka bumi antaranya kewujudan gunung berapi. Selain itu, kepelbagaian budaya dan hidupan liar juga membuatkan Indonesia antara negara yang menjadi pilihan pelancong dunia untuk dilawati.




4. Kanada - 52,455 Pulau
Kanada yang merupakan negara jiran kepada Amerika Syarikat ini mempunyai sebanyak 52,455 buah pulau yang berada di dalam wilayah sempadannya.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 250 buah pulau merupakan pulau tidak berpenghuni dan Kanada juga mempunyai gugusan pulau air tawar antara terbesar di dunia manakala Pulau Manitoulin yang mempunyai sebanyak 17 buah tasik diatasnya merupakan pulau air tawar terbesar di dunia.




3. Norway - 55,000 Pulau
Negara utara Eropah ini dianggarkan mempunyai sebanyak 55,000 buah pulau. Tetapi sebenarnya, jumlah tepat pulau-pulau di Norway tidak dapat dipastikan disebabkan saiz negara tersebut dengan pantai yang memanjang diantara 22,000 km sehingga 83,000 km.
Pulau terbesar adalah Pulau Spitsbergen yang menjadi satu-satunya pulau tidak berpenghuni di Svalbard.




2. Finland - 188,000 Pulau
Agensi pelancongan Finland mengesahkan bahawa negara tersebut mempunyai sebanyak 188,000 buah pulau dengan 98,050 terletak di kawasan tasik-tasik.

Bagaimanapun, daripada jumlah tersebut hanya 455 buah pulau menjadi kawasan penempatan kekal dan dihubungkan dengan jalan laut dengan tanah besar. 700 buah pulau pula disahkan sebagai pulau-pulau besar dan selebihnya dijadikan sebagai kawasan simpanan yang digunakan untuk tujuan penyelidikkan ataupun riadah.



1. Sweden - 221,800 Pulau
Sweden menjadi negara dengan pulau terbanyak di dunia iaitu sebanyak 221,800 buah pulau dengan sebahagiannya tidak berpenghuni. Malah, ibu negara Sweden iaitu Stoclkhom merupakan sebuah kawasan kepulauan yang berhubung dengan 14 buah pulau berbeza. Pulau-pulai ini dihubungkan melalui lebih 50 buah jambatan.
Pulau-pulau di Sweden juga banyak menempatkan seni bina era Medieval antaranya bandar Gamla Town. Pulau Oland menjadi pulau terkenal di Sweden yang menerima pengiktirafan UNESCO World Heritage Site kerana mempunyai struktur yang berusia 5,000 tahun.



Wow.. banyaknya pulau no wonder lah kalau orang kaya boleh beli sebuah buat aset
.
Sekian.

Kredit : worldatlas

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post