Apa Maksud Kluster, Frontliner Dan 15 Perkataan Yang Sinonim Dengan Wabak Covid19

Kalau dilihat di dada akhbar dan berita berkaitan dengan wabak Covid-19. Terdapat beberapa perkataan yang selalu disebut dan muncul seperti Kluster, Pandemik, WHO, dan banyak lagi. Tapi apakah makna disebalik perkatan-perkataan ini?

Jom kita selongkar..
.
Covid-19
Covid-19 atau Corona Virus ( Cov) adalah kumpulan virus yang menyebabkan penyakit selesema sehingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-Cov dan SARS-Cov.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia, memberikan nama COVID-19 bagi penyakit virus corona yang mula berlaku di Wuhan, China, pada akhir Disember 2019.

WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. 



Pandemik
Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.




Kluster
Rangkaian, kelompok, gugusan 
merujuk kepada sesuatu yang menjadi label kepada kelompok mereka yang terkesan dengan covid-19. Contoh : kluster kayangan. Kluster tapak pembinaan.

Kluster Kayangan (Kluster Luar Negara)
Gelaran yang diberikan kepada mereka /VVIP yang pulang dari luar negara dan harus menjalani kuarantin di hotel-hotel yang disediakan. 


Lockdown
lockdown bererti suatu keadaan di mana kita tidak boleh meninggalkan tempat tinggal sama sekali. Pergerakan terbatas.



Kuarantin 14 hari
Pengasingan selama 14 hari diperlukan bagi memastikan segala simptom/gejala dapat dikawal memandangkan tempoh inkubasi virus ini adalah selama 14 hari.

Frontliner
Petugas barisan hadapan yang sangat penting bagi membendung Covid-19.


PKP - Perintah kawalan pergerakan

MCO - Movement control order (Perintah kawalan Pergerakan)

PKPD - Perintah kawalan pergerakan Diperketat di beberapa kawasan yang dianggap berisiko tinggi dalam penularan wabak Covid19

PKPB - Perintah kawalan pergerakan Bersyarat bilamana kerajaan mengumumkan pembukaan semula sektor ekonomi.

Redzone
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkategorikan mana-mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih 40 kes COVID-19, sebagai zon merah.



Panik Buying
Panic buying bermaksud pembelian panik. Sebuah situasi di mana banyak orang tiba-tiba membeli makanan, bahan bakar, dll sebanyak yang mungkin kerana bimbang akan sesuatu yang buruk yang mungkin terjadi.


REUTERS/Edgar Su

Mak Cik Kiah
Mak cik kiah merupakan case study bagi memberikan pemahaman kepada umum tentang contoh pemberian bantuan oleh kerajaan.


Moratorium
Moratorium bermaksud penangguhan rasmi. Oleh itu, peminjam / pembiaya boleh menangguhkan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan mereka ke satu tarikh lain.

Pemberian moratorium pembayaran automatik kepada peminjam bank selama 6 bulan. 

Ada lagi tak yang tertinggal? Tuliskan di ruang komen

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post