15 Common Sense Bila Tiba Hari Raya Kalau Semua Orang 'Alert' Kan Aman

Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pastinya mengundang kegembiraan buat umat Islam yang berjaya mengharungi cabaran Ramadan. Apatah lagi istilah 'balik kampung' sendiri menjadikan tradisi itu tidak pernah lapuk dek zaman.

 

Bertemu ayahanda dan bonda, sanak-saudara serta rakan taulan yang sudah lama tidak bertentang mata antara yang menjadikan perayaan itu semakin dinantikan. Namun sejauh mana anda memahami apa yang boleh dan tidak ketika berkunjung ke rumah saudara untuk beraya? Yang lebih penting, bila bersama adik-beradik dan ipar duai di bawah satu bumbung, adakah anda prihatin dan sensitif dengan keperluan orang lain?

Anna Soeraya di Twitter berkongsi perkara yang jadi kebiasaan turun temurun tetapi patut difikir secara rasional oleh semua pihak. Ada 4 perkara yang perlu diambil berat iaitu apabila sudah makan, hendaklah membasuh sendiri. Maksud tersiratnya adalah jangan biarkan pinggan anda disingki dengan harapan menunggu adik-adik membasuh bagi pihak anda.

Aidilfitri 2023, Common sense be like

1. Makan kuih raya berpada-pada
 Jangan habiskan biskut sebalang, tinggalkan satu sekurangnya, sebab susah nanti tuan rumah nak isi biskut apa yang habis bila balang kosong. kemudian tuan rumah kalau makan dalam balang kuih sambil tengok tv, sila refill.


2.  Jamah sedikit hidangan walaupun sudah kenyang
Bila pergi beraya di rumah orang, confirm kita akan makan dan minum tanpa henti. Tapi bila dah di beberapa rumah terakhir, ramai yang akan kekenyangan. Sebagai tuan rumah, mereka semestinya akan menghidangkan juadah kepada tetamu.

Walaupun anda kenyang macam mana sekali pun, sekurang-kurangnya jamahlah sedikit hidangan yang disediakan oleh tuan rumah untuk menjaga hati serta perasaan mereka.

Nanti sedih pula tuan rumah tengok kalau air yang dibuat langsung tidak diminum. 

3. Dah Makan Basuh sendiri
Biasa tak dengar tuan rumah cakap “eh tinggal je kat sinki tu, tak perlu basuh pun”? Selalu kan? Sebagai tetamu apa salahnya kalau kita basuh sendiri pinggan untuk meringankan beban tuan rumah yang sudah sediakan hidangan.

Tapi kalau tuan rumah sekeras-kerasnya melarang, kita ikut sahajalah permintaannya kerana mungkin mereka kurang selesa nak bagi tetamu tengok keadaan dapur. 
4. Jangan ‘beraya’ di rumah sehingga lewat malam

Kebiasaannya pada hari raya pertama, ramai yang akan pulun beraya dari siang hingga ke malam. Tapi kalau boleh hadkan waktu berkunjung anda sebelum senja kerana pastinya tuan rumah juga ingin berehat selepas seharian melayan tetamu yang datang ke rumah.
Agak-agak kalau tuan rumah dah tunjuk tanda kurang selesa atau nampak matanya sudah layu, segeralah berangkat untuk pulang ke rumah. Kalau rasa macam tak cukup lagi nak bersembang, jangan risau esok pun boleh jumpa lagi.
 
5. Adik beradik lelaki bukan kuli batak ulang alik kedai 15 kali sehari. Adik beradik perempuan bukan amah ironkan baju melayu korang.


 

6.  Anak buah, sepupu, budak-budak kecik jangan tanya ada game apa dalam phone.

7.  Jangan bandingkan result anak makcik -makcik bawang baik spm ke Stpm ke pointer ke huh.

8. Jangan tanya ini anak sapa jkjkjk

9. Bawak selimut sendiri jangan nak share tak tau ke dekat kampung bila malam sejuk ya amat
 
10. Jangan minta powerbank atau kepala charger, kepala hangguk dia tak yah main phone ah time raya.

Bawak kerongsang lebih jangan mintak kat orang pula nanti.
 
11.  Makcik-makcik jangan bertanya "bila nak kahwin" bagai.

No membawang wahai makcik pakcik, orang tak cerita jangan korek

Ada betulnya kata mereka. Ini kerana perkara yang sama berlaku saban tahun seperti pertanyaan 'bila nak kahwin, bila nak ada anak' dan sebagainya menjadikan ia satu 'cliche' dan membosankan kepada empunya badan yang ditanya.


12. Dah guna kemas, letak pada tempatnya. Jangan buat mcm rumah sendiri. Kemas tempat tidur, pakaian kotor, tuala jangan main selit je. Kesian orang yang stay kampung nk kemas hasil sepahan korang. 
  
13. Pesan kat budak-budak jangan buka sampul duit raya depan orang, Buang sampul merata pastu jerit singgit jerrr..untung orang dah bagi belajar bersyukur.

Malahan ada yang siap berpesan kepada anak-anak supaya tidak membuka sampul duit raya di hadapan tuan rumah lalu bercakap jumlah yang ada dalam sampul tersebut. Secara tersiratnya, jaga anak-anak sendiri supaya berperilaku baik di rumah yang dikunjungi bukannya membiarkan mereka sesuka hati keluar masuk bilik rumah tersebut.




14. Jaga anak kecil, jangan benarkan masuk bilik orang time ziarah. ada zone zone terlarang dan tidak sewenangnya boleh bermain. Bayangkan la kita tengah siap-soap nak ke bawah muncul pulak anak siapa tak tahu menahu masuk bilik.
  
15. Jangan duk complain rumah orang sesuka hati.
Mentang rumah dia besar, lagi eh keciknya rumah, eh sikitnya kuih raya, eh napa takde tv.

Juga pesanan untuk menjaga mulut sendiri daripada berkata-kata perkara yang tidak menyenangkan tuan rumah, misalnya bercakap tentang kuih raya yang sikit dan sebagainya.

Ada juga pesanan masyarakat yang kita acap kali terlepas pandang iaitu bertanya soalan sensitif kepada anggota beruniform iaitu polis. kalau lalu roadblock tu please la jangan tanya akak-abang polis soalan 'tak cuti raya ke'?

Lagi pesanan yang sangat 'deep' iaitu apabila beraya di rumah orang, janganlah asyik menghadap telefon hinggakan terlupa untuk berkomunikasi di alam realiti!
 
Walau apapun, jaga diri dan keluarga anda supaya raya tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Semoga raya kali ini dapat mengubati kerinduan anda untuk menziarahi saudara-mara serta kenalan yang sudah lama tidak berjumpa.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post