Amalan pemberian duit raya bagaikan sudah menjadi tradisi dalam dalam kalangan masyarakat kita terutamanya untuk kanak-kanak. Tradisi itu bukan sekadar memeriahkan sambutan Aidilfitri, malah ia juga merupakan salah satu bentuk sedekah atau hadiah yang digalakkan dalam Islam.
Seiring dengan perubahan arus zaman, giveaway duit raya juga menjadi semakin meriah dan menghebohkan suasana, menjadi moment yang dinanti oleh kanak-kanak.
Game Giveaway Duit Raya Dengan Cara Paling Meriah
Jatuhkan Bola / Guli
Bola / Guli dijatuhkan dari atas dan akan melalui rintangan yang berliku sebelum sampai ke garisan penamat. Penamat bola dijatuhkan merupakan jumlah duit raya yang diperolehi.
Jatuhkan Bola / Guli
Bola / Guli dijatuhkan dari atas dan akan melalui rintangan yang berliku sebelum sampai ke garisan penamat. Penamat bola dijatuhkan merupakan jumlah duit raya yang diperolehi.
Tarik Benang
Tidak semua benang yang ditarik menggantung sampul duit raya. Jadi ikut nasib baik apa tidak, tarikan benang yang dibuat berhasil menarik sampul atau tidak.Pilih Sampul Bertuah
Caranya letak jumlah berbeza pada sampul duit raya, dan biarkan penerima pilih sampul mana yang berisi bonus duit raya.
Misteri Box
Buatkan satu kotak besar dengan satu lubang yang boleh memuatkan tangan untuk masuk. Di dalam box misteri pula berisi sampul-sampul duit raya yang berisi dengan pelbagai jumlah.
Cabutan Bertuah Duit Raya
sebuah cabutah bertuah untuk meraikan anak-anak. Diberikan hadiah dengan rela tanpa melibatkan sebarang pertaruhan wang.
Ada satu balang berisi nombor cabutan dan papan berisi sampul duit raya bernombor. Mereka yang buat cabutan akan dapat nombor sampul yang diambil.
Leret Tin Minuman
Dorong tin dengan daya, kemana tin itu berhenti disitulah hadiah rayanya dapat.
Foto : Lanina8183
Tarik Tisu
Caranya tarik tisu dengan beban pemberat. Mana tisu itu putus disitulah titik hadiah yang didapatkan.
Leret Bola
Di hujung meja terdapat bekas yang berisi jumlah duit raya yang bakal diperolehi sekiranya berjaya masukkan bola ping pong ke dalam bekas.
Senduk Duit Raya
Caranya Mudah dengan tutup mata, menggunakan senduk dan dulang, kena cedok duit yang bertaburan di atas meja.
Guna Filter Duit Raya
Di Tiktok atau Instagram banyak menyediakan Duit Raya Filter yang random. Boleh bagi ikut jumlah yang tertera.
Apalagi game boleh buat? komen di ruang komentar.
Haah Apalagi cubalah suatu kelainan buat hari raya kali ini pasti havoc kampung dibuatnya.