6 Aplikasi Boleh Send & Terima E-Duit Raya Dengan Cara Mudah

Musim perayaan kian menjelang dengan persediaan untuk menyambut Hari Raya. Seperti tahun sebelum ini, sambutan Hari Raya tahun ini mungkin berbeza, tetapi marilah kami mengamalkan kebiasaan baru. Salah satu amalan terbaik adalah menghantar dan menerima duit Raya secara elektronik. 

E-duit Raya bukan sesuatu yang baru, tetapi jika ini merupakan kali pertama pertama anda menggunakannya, di bawah ini kami telah mengumpul senarai aplikasi yang anda boleh gunakan untuk menghantar serta menerima wang dengan selamat dan mudah.

Aplikasi Terbaik Untuk Menghantar dan Menerima E-Duit Raya
 
ShopeePay



Sekiranya anda gemar membeli-belah atas talian, kemungkinan besar anda telah memuat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit anda. Melalui ShopeePay dalam aplikasi, anda boleh menghantar kredit ShopeePay kepada rakan dan keluarga dengan mudah melalui fungsi “Transfer”. Anda perlu menaik taraf ke ShopeePay Premium untuk menggunakan ciri ini; naiktaraf ini dilakukan apabila anda melengkapkan verifikasi kad pengenalan.

Untuk proses pemindahan dana yang lebih mudah, anda boleh membenarkan Shopee akses kenalan (contact) anda melalui “Settings” pada peranti anda. Setelah pemindahan dana berjaya, penerima boleh menggunakan kredit yang diterima serta merta untuk berbelanja di Shopee!

Cara Hantar Duit Raya Menggunakan Shopee Pay
  • Pastikan penerima mempunyai aplikasi Shopee 
  • Klik “ShopeePay” dan kemudian klik “Transfer
  • Pilih no telefon atau Shopee username
  • Masukkan jumlah duit raya dan kad raya
  • Klik “Confirm” dan kemudian klik “Transfer

Muat turun aplikasi Shopee di sini: iOS l Android

E-Dompet Touch’ N Go 



E-Dompet Touch ‘n Go (TNG) adalah salah satu e-dompet terkemuka di Malaysia kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan, dan menghantar e-duit merupakan salah satu daripadanya. Anda boleh menghantar e-duit dengan cepat kepada pengguna TNG e-dompet dengan hanya memasukkan nombor telefon bimbit mereka atau menggunakan ciri pengimbasan kod QR.
 
Cara Mengirim E-Duit Raya Touch n Go eWallet
  1. Buka aplikasi Touch n Go eWallet
  2. Tekan pilihan ‘Transfer’ di muka utama,
  3. Pilih nombor kenalan
  4. Masukkan jumlah duit raya
  5. Pilih ucapan raya
  6. Kemudian tekan ‘Confirm Transfer’
Muat turun aplikasi Touch’ N Go di sini: iOS l Android

GrabPay


Grab lebih dari sekadar aplikasi untuk perkhidmatan e-hailing dan memesan makanan kegemaran anda. Sekiranya anda mempunyai kredit dalam e-dompet GrabPay anda, anda boleh menghantarnya kepada orang yang anda sayangi.

Sebelum ini, Grab menawarkan ganjaran dalam bentuk GrabRewards Points untuk menghantar e-duit semasa Raya. Oleh itu, jika anda ingin mengumpulkan sebanyak mungkin GrabRewards Points untuk dapatkan ganjaran yang lebih hebat, nantikan promo e-duit Raya Grab.

 Cara Hantar Duit Raya Menggunakan GrabPay
  • Pastikan penerima juga mempunyai aplikasi Grab (iOS, Android)
  • Pastikan anda mempunyai kredit yang mencukupi dalam Dompet GrabPay anda. Klik “Top Up” jika kredit tidak mencukupi
  • Klik pada “Pembayaran” di bahagian bawah skrin halaman utama aplikasi
  • Klik “Hantar” untuk menghantar wang
  • Pilih penerima duit raya anda. Anda juga boleh memasukkan nombor mudah alih secara manual
  • Jika anda seorang penerima, anda boleh klik “Terima” untuk mendapatkan kod QR anda sendiri bagi membolehkan pemberi scan kod QR anda
  • Sebagai alternatif, anda juga boleh menghantar pautan untuk meminta duit raya daripada saudara-mara atau kenalan anda
Muat turun aplikasi Grab di sini: iOS l Android

E-Dompet Boost

 
Boost juga merupakan e-dompet popular yang membolehkan penggunanya menghantar e-duit Raya kepada sesiapa sahaja. Pada tahun 2020, Boost memperkenalkan Premium Wallet barunya yang dilengkapi dengan saiz dompet RM4,999 (dinaik taraf dari RM1,500) sempena perayaan Hari Raya.

Di samping itu, Basic Wallet yang baru juga menyaksikan peningkatan saiz dompet sebanyak RM1,000 dari had sebelumnya, RM200. Sekiranya anda ingin menghantar duit Raya yang banyak (mungkin kepada ibu bapa yang anda mungkin tidak dapat melawat tahun ini), anda boleh melakukannya dengan selamat melalui aplikasi Boost.


Cara Hantar Duit Raya Menggunakan Aplikasi BoostPastikan anda mempunyai aplikasi Boost (iOS, Android)
  1. Klik “Hantar” di bahagian bawah sebelah kiri, dan aplikasi Boost akan meminta anda untuk update kepada dompet premium secara percuma. Anda tidak akan dapat menghantar wang tanpa update terkini.
  2. Ikuti langkah seperti mengesahkan ID anda dan tambahkan sekurang-kurangnya RM10 ke dalam dompet Boost anda
  3. Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam e-Wallet Boost anda. Klik ikon + bahagian atas sebelah kiri pada halaman utama aplikasi jika kredit tidak mencukupi
  4. Setelah itu, anda boleh mula menghantar duit raya kepada penerima dengan menaip nombor telefon bimbit atau dengan mencari nombor dalam senarai Contact anda
Muat turun aplikasi Boost di sini: iOS l Android

Maybank2U/MAE


Ada akaun Maybank? Maka cara paling mudah untuk menghantar wang adalah dengan menggunakan perkhidmatan Maybank sendiri. Anda boleh melakukannya dangan dua kaedah: melalui QRPay di aplikasi Maybank2U MY atau di aplikasi MAE.

Wang boleh dihantar melalui nombor telefon yang telah didaftarkan atau dengan mengimbas kod QR yang dihasilkan oleh pengguna. Anda mungkin juga boleh dapat ganjaran wang tunai apabila anda menggunakannya kerana sebelum ini, Maybank telah memberikan hadiah wang tunai kepada beberapa penghantar e-duit yang bertuah.

Cara Mengirim E-Duit Raya Maybank

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Di muka utama, tekan pilihan e-Duit Raya
  3. Kemudian tekan ‘Send via Transfer’
  4. Pilih kenalan anda
  5. Masukkan jumlah duit raya
  6. Pilih reka bentuk kad dan tambah ucapan
  7. Tekan ‘Send Now’

Setelah itu, penerima akan menerima duit raya beserta ucapan yang telah dibuat.

Muat turun aplikasi Maybank2u di sini: iOS l Android
Muat turun aplikasi Mae di sini: iOS l Android

CIMB Clicks



Anda boleh memindahkan dana dengan mudah melalui CIMB Clicks atau DuitNow. CIMB Clicks Instant Transfer membolehkan anda menghantar dana ke mana-mana akaun bank di Malaysia dengan segera.

Dan jika anda mempunyai ahli keluarga atau rakan yang tinggal di luar negara, anda boleh menghantar wang ke pelbagai negara di seluruh dunia dengan menggunakan CIMB SpeedSend.

Muat turun aplikasi CIMB Clicks di sini: iOS l Android


Dunia serba moden kini dah memberi pelbagai kemudahan dalam kehidupan seharian kita, ia termasuk jugalah kemudahan pada hari raya yang membolehkan umat Islam bermaaf-maafan, bersedekah dan berkunjung-kunjungan. Tiada alasan lagi untuk tidak memberi duit raya. Yang jauh pun boleh beri duit raya.
 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post