Seperti tahun sebelum ini, sambutan Hari Raya tahun ini mungkin berbeza, tetapi marilah kami mengamalkan kebiasaan baru. Salah satu amalan terbaik adalah menghantar dan menerima duit Raya secara elektronik.
Kredit : How To Do
E-duit Raya bukan sesuatu yang baru, tetapi jika ini merupakan kali pertama pertama anda menggunakannya, di bawah ini kami telah mengumpul senarai aplikasi yang anda boleh gunakan untuk menghantar serta menerima wang dengan selamat dan mudah.
Salah satu medium yang menyediakan e-duit raya adalah Shopee, Jadi jom kita selongkar cara buat QR Code pemberian duit raya scan je masuk shopee wallet duitnya boleh ditentukan samada dapat random atau spesifik jumlah.
Cara Buat QR Code E-Duit Raya Shopee.
Pastikan dalam wallet Shopee korang ada baki sebelum diagihkan kepada orang.
1. Pergi Shopeepay, Cari Send e-Duit Raya Atau pergi Transfer - e-Duit Raya
2. Kemudian terdapat dua pilihan Random Amount / Fixed amount.
Kalau pilih Random, orang yang scan QR code akan dapat shopeepay dengan jumlah random manakala Fixed amount, penerima akan dapat Shopeepay seperti jumlah tertera.
3. Isi details yang dikehendaki, Jumlah Duit raya yang ingin diagihkan kepada berapa penerima.
Total Amount : Limit
Number of recipients : Jumlah mereka yang scan QR penerima
Description : Boleh letakkan ucapan raya
Select juga rekaan sampul.
Selepas dah isi details, Shopee akan generate Link
4. Jadi boleh share link e-Duit Raya ke penerima sasaran. siapa cepat dia dapat. Scan sahaja menggunakan scanner Shopeepay dan e-duit raya akan masuk ke dalam akaun ShopeePay penerima dengan jumlah random sehinggah mencapai jumlah yang termaktub.
Sekian..
Selamat mencuba
Selamat mencuba
Kredit : How To Do