Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Matahari

 Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada 20 April 2023, mulai jam 11:00 pagi hingga 1:30 tengah hari dengan litupan 2% di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan litupan semakin bertambah sehingga 43% di Sabah kerana bayang-bayang penumbra Bulan melalui di Malaysia pada waktu tersebut.


Umat Islam digalakkan untuk menunaikan solat sunat gerhana semasa fenomena gerhana tersebut berlaku.

Kaifiyyat solat gerhana matahari

1- Lafaz niat : 

أُصَلِّي سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكعَتَيْنِ للهِ تعالى

Usolli sunnatal kusufi rok’ataini lillahi ta’ala

2- Niat : 

“Aku solat sunat gerhana dua rakaat kerana Allah”

3- Membaca surah al-Fatihah 

4- Membaca surah yang panjang

seperti surah al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah yang paling panjang yang dihafal

5- Melakukan ruku’ yang panjang, dibacakan tasbih yang banyak

6- I’tidal

7- Baca surah al-Fatihah

8- Baca surah yang sedikit pendek berbanding surah sebelumnya 

9- Melakukan ruku’ yang panjang tetapi lebih pendek dari sebelumnya

10- I’tidal

11- Melakukan sujud yang panjang, dibaca padanya tasbih yang banyak 

12- Duduk antara dua sujud 

13- Sujud dengan sujud yang lebih panjang 

14- Laksanakan rakaat kedua seperti rakaat pertama 

15- Tahiyyat akhir

16- Salam

Nota : 

- boleh dilakukan sama ada bersendirian atau berjemaah
- selepas solat, sunat bagi imam memberi peringatan supaya beristighfar
- sunat lain ketika gerhana antaranya bersedekah, berdoa, bertakbir, takutkan azab Allah

Semua ini berdasarkan hadith sahih

(HR Bukhari : 1044, kitab al-Kusuf)

Nabi ﷺ larang dari kita mempercayai perkara karut sepertimana dahulu, ada yang menyatakan gerhana ini berlaku kerana kematian anak lelaki Nabi ﷺ iaitu Ibrahim, maka terus Nabi ﷺ menyatakan gerhana tidak berlaku kerana kematian seseorang, apabila kita lihat gerhana, maka beribadah kepada Allah kerana ia amaran dari Allah 

Rujuk Sahih Bukhari, hadith no : 1043, 1048 

Wallahu a’lam

#FawaidFiqh

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post