Apa Maksud Perkataan "Palatao" Yang Sinonim Dengan Orang Utara

Bila scroll-scroll media sosial ada sahaja perkataan baharu yang jarang kita dengar dan kita jarang-jarang kita dengar dan sentiasa ada pembaharuan dari segi budaya dan norma masyarat sesuai peredaran arus zaman. Salah satunya adalah perkataan Palatao.



Kalau dahulu, medium untuk menyampaikan maklumat manusia menulis di atas batu atau tanah liat dengan mengukir sebelum kertas dan dakwat tercipta. Pada masa itu, manusia perlu teliti dalam menulis, jika tidak, sukar untuk padam tulisan tersebut di atas batu.

Apabila kertas dicipta oleh Cai Lun, seorang sida semasa Dinasti Han pada tahun 105, tulisan menjadi lebih ringan dan senang dibawa. Dengan penciptaan kertas, tulisan mudah disebarkan, tetapi ilmu menulis itu masih dipegang oleh kelompok elit, iaitu para cendikiawan atau mereka yang bekerja dengan Maharaja.


Apa maksud Palatao?
Palatao, berasal dari perkataan “kepala tahu”, ialah slang yang datang dari loghat Utara yang bermaksud “buat kepala sendiri”, atau berpura-pura tahu.

Palatao ini dilihat sebagai negatif, terutamanya mereka yang masih melihat ilmu pengetahuan harus keluar dari mulut ahli akademik yang diiktiraf di menara gading.

Dan kewujudan golongan palataologist ini adalah kesan akibat penolakan orang ramai yang mula sangsi dengan universiti kerana maklumat yang semakin banyak dan bertembung antara satu sama lain.

Sekarang maklumat boleh disampaikan menerusi media sosial jadi banyaklah orang-orang jenis palatao ini wujud di dunia ini.



Universiti sebenarnya sudah hilang pengaruhnya sejak bermulanya zaman pasca moden, apabila peralihan ekonomi berasaskan perindustrian berubah kepada sektor perkhidmatan sekitar 1980an.
Universiti kini dilihat sebagai menghasilkan “pekerja” dan bukannya “pemikir”, sedangkan fungsi sebenar universiti sejak sebelum mesin pencetak Gutenberg dicipta ialah, untuk menghasilkan golongan pemikir.

Tetapi universiti pada era pasca moden ini lebih kepada mewujudkan golongan pekerja yang hanya mengikut silibus yang diajar kerana menanggung beban hutang yang perlu dibayar semasa zaman pembelajaran. Ramai yang melihat universiti bukan sahaja sudah hilang fungsinya, bahkan hanya menjadi mesin menghasilkan robot yang bekerja untuk sistem.

p/s : Pendek kata orang jenis Palatao ini jenis yang macam berlagak pandai sehingga meyakinkan  orang lain dengan fakta yang dikeluarkan mereka.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post