Bukan Anak Dato Bukan Founder Produk, Pemuda Ini Kongsi 10 Tip Berjaya Dengan Bisnes Agent / Dropship

Mendapat lebih 6K retweet di twitter, kicauan pemuda berusia 22 tahun ini tentang tip buat mereka yang baru nak berjinak-jinak lakukan sesuatu yang baru dengan bisnes agent / dropship ini tular dan mungkin dapat memberikan inspirasi untuk ramai orang di luar sana. Jadi jom kita selongkar kisahnya.

Saya bukan anak dato atau founder produk. Dari umur 18 saya berbusiness, saya tak pernah ada produk brand sendiri. Dan hari ni saya nak buktikan bahawa agent / dropshipp pun boleh capai impian walaupun hanya jual produk orang.

Saya tak nak ajak sesiapa atau nak jual produk pun. Saya cuma nak share tips bagaimana di usia saya 22 saya dapat reach ke tahap ni


From this to these

So ini adalah 10 tips yg saya pegang sampai sekarang. Insyaallah semoga bermanfaat 

1. Tak Perlu jadi founder produk 
Tak semua orang berupaya menjadi founder produk. Dengan terlibat dalam ejen produk, kita adalah bos kepada produk orang. Tak perlu sibuk hal pembungkusan, pelan pemasaran, penyelidika , mencipta logo dan sebagainya.

Bila kita jadi ejen, separuh kerja dah selesai sebenarnya. Kita tak perlu ambik tahu hal hal dalaman. Tugas kita hanya menjual sahaja. Malah, keuntungan yg boleh kita dapat kadang kadang lebih daripada founder. Mungkin suatu hari nanti, jalan untuk menjadi founder lebih mudah.

Yg pasti , cari pengalaman dulu dengan menjadi usahawan produk orang. Ramai orang mengejar untuk menjadi founder. Tapi tak sampai setahun, dah ranap. Kenapa ? Sebab nak cepat kaya, nak tittle dan status. Itu semua bukan yg saya mahukan. Saya mahukan hasil.

Dengan jual produk orang pun saya boleh capai jualan rm300k sebulan. Cuba fokus jual produk orang yg dah ada brand dulu, baru cuba jadi founder produk sendiri.


2. Serah diri kepada mentor
Untuk kawan kawan yg struggle nak kembangkan business sehingga menjadi usahawan berjaya, perlu cari mentor. Cari seseorang yg kita boleh rujuk. Pada usia kita yg muda ni, minda dan jiwa kita masih belum matang.

Ada yg tida latar belakang dalam perniagaan langsung, jadi jangan cuba cuba untuk berjuang sendiri. Perlu ada ilmu dan pendedahan. Mentor ibarat penyuluh cahaya yg terbaik untuk keluarkan kita daripada kegelapan.

3. Modal bukan isu utama

Ramai orang cakap tak ada modal atau duit tak banyak lagi nak mula kan business. Masalah dekat sini bukan lah pada modal. Kalau modal adalah masalah utama, sampai bila bila tak start business.

Saya memulakan perniagaan masa zaman sekolah dengan menjual produk orang sahaja (dropship) hanya bermodal kan iphone 5s je waktu tu. Apa yg saya buat ? Saya buat posting dekat social media cantik cantik, dan saya buat consistent dan bagi ramai orang nampak posting tu.

Saya collect payment dari customer, then saya pergi beli stock. Dari situ pun sebulan boleh dapat rm3k. Bukan susah pun. Cuma nak atau tak je.


4. Marketing adalah nadi business

Saya yakin yg marketing adalah nadi perniagaan yg harus diberi perhatian serious oleh pemilik pemilik business. Apatah lagi dalam dunia perniagaan yg serba moden ni. Banyak cara free kos marketing yg kita boleh buat.

Belajarlah cara yg betul dengan orang yg berpengalaman. Pergilah ke seminar seminar bagi mengetahui cara terbaik untuk memasarkan produk, kerana sebahagian besar kejayaan kita bergantung kepada sejauh mana marketing yg kita lakukan.

5. Mindset kena betul

Ramai orang suka letak satu mindset yg business ni susah. “Susahlah niaga ni”. Benda tu akan kekal dalam otak kalau kita selalu ulang ulang. Jadi sangat penting untuk duduk dengan orang yg betul, dan mindset kita akan jadi betul.

Saya pernah bersembang dengan seorang ejen saya yg sangat laju dalam salesnya. Saya tanya “What is the most important point kalau nak buat sale besar ? Dia jawab. “Its all about mindset”. 



6. Energy yg luar biasa

3 tahun saya serious dalam business, saya masih sharing content tentang motivasi dan tip tip perniagaan di media social untuk dikongsi kan kepada umum. Memberi energy itu penting, menerimanya juga penting.

Setiap usahawan harus mempunyai energy yg luar biasa agar perniagaannya consistent dan berkembang. Perasan tak yg mana buat business tu, bila sehari tu mood korang kelaut and energy malas tu menguasai diri secara automatic sale korang pun akan ikut turun sekali.

Sangat sangat penting untuk anda kekal kan energy tu dalam diri.

7. Berada dalam circle yg betul

circle memainkan peranan yg penting, tpi circle yg macam mana ? Sudah tentu kita akn duduk dengan orang business bila kita buat business, tapi orang yg macam mana ? Kita harus berada bersama orang yg result nya luar biasa.

Be selective. Hampiri orang yg boleh mengangkat semangat kita lebih tinggi. Memilih dengan siapa kita patut rapat dan berkawan, akan mempengaruhi result. PERCAYALAH ! 



8. Pengurusan kewangan yg baik.

Dulu saya jaga semuanya sendiri termasuk kewangan. Itu bahaya, kita kena ada orang yg menjaga penyata kewangan kita. Jadi kita tahu duit masuk dan keluar sebab apa. Supaya segalanya terkawal.

Ramai yg kata jadi ejen ni tak perlu bina profil kewangan. Tapi sebenarnya, bila mula saja jadi ejen/dropshipp, kita harus catat semua duit yg keluar masuk agar ada dokumentasi. Jangan ambil samvil lewa sahaja.

Buat kerja secara tersusun. Mudah jika ada sebarang masalah untuk dirujuk pada masa depan. Segala resit yg diterima harus disimpan dalam fail secara rapi. Inilah yg jarang usahawan kita ambil berat sedangkan ia satu keputusan yg sangat penting

9. Buat apa yg perlu, bukan apa yg disukai.

Bila berada dalm dunia business, kita akan rasa untung, rasa seronok. Tapi kena faham, permulaan kepada business, kita kena fikir banyak tentang keperluan. Contoh, apa yg patut kita beli ?

Adakah membantu untuk mengembangkan business kita ? Kalau benda tu tak penting, untuk apa beli ? Saya selalu ingatkan diri sendiri agar tidak masuk dalam comfort zone. Itu sangat bahaya.

10. Kepimpinan melalui teladan

Sebagai leader, saya sentiasa memastikan diri saya berjaya dulu. Baru lah saya akan kongsikan pencapaian atau strategy dalam business. Macam mana orang nak ikut kalau kita sendiri pun tak bagus ?

Bila team rasa bangga dengan pencapaian kita, merek akan menggandakan usaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Leader harus menunjukkan sikap yg lebih baik daripada ahli kumpulan lain agar dapat dijadikan teladan. Jangan harap orang lain akan buat apa yg disuruh. Sedangkan diri sendiri pun tak bagus.

Sikap mengarah tanpa menunjukkan bukti dan pencapaian hany akan meruntuhkan kumpulan. Sebelum kita suruh orang lain sampai ke sesuatu destinasi, kita kena sampai dulu. 



Untuk lebih lagi tips business
boleh follow account twitter

Kredit : zikhriirhkiz 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post