Apabila 7 Corak Baju Batik DS Ismail Sabri Kelihatan Seperti Makanan

Baju batik Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi bahan bualan netizen kerana mengingatkan mereka mengenai keenakan pelbagai juadah Ramadan.

Menteri itu gemar mengenakan kemeja batik bercorak kontemporari ketika sidang media harian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rona dan corak baju beliau yang cukup unik menjadikan pilihan fesyen beliau tular di media sosial sebelum ini. Terkini, ia menjadi 'inspirasi' kreativiti netizen yang memuat naik kompilasi kemeja batik beliau yang disamakan dengan pelbagai juadah tempatan dan hidangan minuman yang menyelerakan.

Kek Lapis



Oreo




Strawberry Shake



Kuih Seri Muka



Air batu Campur, Agar-agar pelangi



Hantaran mengusik itu turut mencuri perhatian beliau.

"Kreatif betul warga net. Baju saya dah jadi kueh-mueh.
"Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kueh dan ice cream pulak," seloroh beliau menerusi hantarannya di Facebook.

Brownies



Jus Alpukat

  
Sekali pandang..cantik-cantik baju batik Datuk Seri Ismail Sabri pakai.  Sidang Medianya selalu di nantikan. Suka tengok penampilan Datuk. Nampak muda 10 tahun pakai baju batik warna warni.

Dua kali pandang.. nampak menyelerakan lagi2 bila tengok masa tgh puasa.. terliur la pulak!
Di bulan puasa ni semua benda nampak macam makanan dan minuman

Sumber : Pink Blush Yuyu

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post