CARA BAYAR & HUKUM BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE
Menurut info dari Pusat Zakat Melaka, zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.
Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau secara internet banking, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku.
Maka, sahlah zakat tersebut. Hukum berzakat dengan cara ini adalah harus.
Ini diletakkan atas sandaran bahawa Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah, seperti dalam firmannya:
“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,”
Sekian
Kredit : Maybank

(al-Baqarah: 185).
Berikut adalah kadar zakat fitrah 2020 mengikut negeri-negeri seluruh Malaysia.
NEGERI | KADAR ZAKAT FITRAH (RM) |
---|---|
Perlis | 7.00 |
Kedah | 5.00, 7.00, 14.00, 21.00 |
Pulau Pinang | 7.00, 16.00 |
Perak | 7.00, 14.00, 21.00 |
Selangor | 7.00, 14.00, 21.00 |
WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan | 5.00, 7.00 |
Negeri Sembilan | 7.00 |
Melaka | 7.00, 14.00 |
Johor | 7.00, 10.00 |
Pahang | 7.00 |
Kelantan | 7.00 |
Terengganu | 7.00 |
Sabah | 6.00, 7.50 |
Sarawak | 7.00 |
Log In Maybank2u menerusi aplikasi di smartphone anda.
Tekan Tap Pay & Transfer
Pilih 'New Payment'
Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki.
Masukkan Jumlah yang ingin dijelaskan selepas melakukan pengiraan berapa orang yang ingin dizakatkan & mengikut kadar yang termaktub.
Masukkan Nombor Telefon
Pilih jenis zakat yang ingin ditunaikan. Pada bahagian ‘Type of zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’
Kemudian bayar macam biasa menerusi Maybank2u
Untuk lebih jelas ikuti step menerusi paparan video di bawah
Sekian
Kredit : Maybank