Semua pengguna tren Rapid KL yang menggunakan perkhidmatan itu bermula esok diwajibkan mengikuti beberapa langkah kawalan pergerakan penumpang yang ditetapkan bagi memastikan penjarakan sosial dan kesesakan dapat dielak semasa berada di platform dan tren.
Menerusi notis yang disiarkan di media sosial Rapid KL, hanya sebilangan penumpang yang dibenarkan masuk dan bergerak serta penumpang dijangka mengalami masa menunggu dan perjalanan lebih lama daripada biasa.
“Pemeriksaan suhu badan akan dijalankan sebelum penumpang dibenarkan masuk ke dalam stesen dan penumpang yang mempunyai suhu badan yang tinggi perlu mengelak daripada menggunakan pengangkutan awam.
“Pegawai stesen juga akan mengawal pergerakan penumpang sebelum atau selepas pintu automatik. Penumpang juga dinasihatkan sentiasa memakai penutup hidung dan mulut dan menggunakan cecair pembasmi kuman,” menurut notis itu.

Ini merupakan sedikit gambaran situasi yang anda akan lalui ketika menggunakan perkhidmatan tren pada hari esok 4 Mei 2020. Pastikan anda sentiasa menjaga jarak sosial yang selamat dengan hanya berada pada garisan atau tempat duduk yang telah ditanda ketika menaiki tren.
Petugas melakukan persediaan bagi menghadapi gelombang penumpang
Jika anda mempunyai kereta/motosikal, amat dialu-alukan menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja. Ini boleh membantu mengurangkan sedikit kesesakan di stesen-stesen. Kepada yang hanya bergantung kepada perkhidmatan tren, jaga diri ya semua!
Jika anda diberi pilihan untuk bekerja dari rumah atau di pejabat, buatlah pilihan yang wajar. Bekerja dari rumah adalah pilihan terbaik jika diberi kelonggaran oleh majikan. Bantu kami untuk menjaga keselamatan penumpang.
Jangan ambil kesempatan dengan sedikit kelonggaran yang diberikan ini dan menaiki tren dengan tujuan untuk membeli belah sempena hari raya atau sebaliknya. Gunakan pengangkutan awam hanya bila anda benar-benar memerlukan seperti pergi bekerja.
Doakan dan ucapkan kata yang baik-baik agar kita sama-sama dapat mengharungi situasi ini dengan tenang dan selamat. Walaupun kelihatan agak mencabar, kita jaga kita ye?
Ini merupakan frekuensi dan kekerapan tren Rapid KL. Rujuk poster untuk info lanjut. Gunakan sedikit kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan ini untuk keluar menggunakan pengangkutan awam apabila benar-benar perlu sahaja