Tiada Lagi 16 Majalah Terbitan Blu Inc Selepas Syarikat Umum Berhenti Beroperasi

Syarikat penerbitan terbesar di Malaysia, Blu Inc Media Sdn Bhd mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan menghentikan semua operasi penerbitan bercetak dan juga penerbitan secara elektronik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Azliza Tajuddin mengatakan dalam surat kepada kakitangan hari ini bahawa syarikat itu terjejas oleh situasi wabak semasa dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berhubung dengan penularan COVID-19.

Majalah Terbitan Blu Inc

Syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1974 itu juga menghadapi kerugian berterusan sejak bulan Mac dan April lalu dan menjangkakan bahawa keadaan berkenaan akan berterusan untuk beberapa bulan yang akan datang.

Difahamkan bahawa terdapat 16 buah majalah yang berada di bawah kumpulan syarikat ini termasuklah Harper’s Bazaar, CLEO, Marie Claire, Home and Decor, Icon, Girlfriend dan banyak lagi.

Dia mengaku bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perniagaan syarikat telah sangat dicabar oleh pendigitalan. Oleh kerana ketidakpastian ini maka lembaga pengarah memutuskan untuk menutup operasi berkuat kuasa 30 April.

Kira-kira 200 orang pekerja dijangka terjejas dengan penutupan syarikat ini. Nadine turut mengucapkan terima kasih kepada kesemua pekerja atas sumbangan mereka kepada Blu Inc sebelum ini selain berharap mereka berjaya di masa akan datang.

Antara isu terakhir Majalah terbitan Blu Inc yang sempat dikeluarkan.

Harper's Bazaar Malaysia
Mei 2020

Female
Mei 2020


CLEO Malaysia
Mac / April 2020


Cosmopolitan Malaysia 
Mac / April 2020


EH!
Mac 2020



Glam Malaysia
Mac 2020

Glam Deko
Edisi 63 - April, Mei Jun 2020


Glam Lelaki
April 2020

 








ICON
April 2020
  

The Peak
Mei 2020



Malaysia Women Weekly
April / Mei 2020



Her World
Mac & April 2020


Jelita
April / Mei 2020
Majalah Jelita edisi April/ Mei 2020 menampilkan selebriti dan ibu cantik, lisasurihani sebagai penghias muka depan. Jangan lupa dapatkan Majalah Jelita edisi terbaru untuk dapatkan lebih banyak info menarik.

Nuyou
April 2020


Sekian 

Untuk makluman, Blu Inc telah menerajui industri penerbitan Malaysia selama hampir empat dekad.  
Majalah Blu Inc


CLEO
Cosmopolitan
EH!
Female
Glam
Glam Deko
Glam Lelaki
Harper’s Bazaar
Her Inspirasi
Her World
Her World Cookbook
Home & Decor
Icon
Jelita
Malaysian Women’s Weekly
Marie Claire
Nuyou
Shape
The Peak

Kredit : BluInc

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post