10 Peserta Bekerjaya Berentap Di Pentas Suara Viral (2020) Orang Biasa Suara Luar Biasa

10 peserta yang bakal berentap di pentas Suara Viral nanti masing-masing datang daripada pelbagai latar belakang. Suara Viral adalah merupakan sebuah program realiti TV terbaru terbitan Astro yang dihoskan oleh Kamal Adli dan Vicha Saywho. Program ini memberi peluang kepada semua bakat suara daripada latar belakang yang berbeza untuk mereka mempamerkan bakat nyanyian mereka. Ini kerana ramai yang mempunyai bakat suara tetapi nyanyian bukanlah sesuatu yang dapat mereka teruskan kerana komitmen kerjaya mereka.

Begitupun, mereka semua berdiri atas minat dan kecintaan yang sama dalam dunia nyanyian.

Daripada lebih 200 peserta yang menghadiri uji bakat, mereka inilah insan terpilih yang bakal menjadi pelapis sekaligus mewarnai industri muzik tanah air kelak.



Jom, sama-sama kita selongkar lebih dekat lagi 10 peserta yang bakal berentap selama 8 minggu bermula 17 Jun ini, bagi merebut gelaran juara Suara Viral.

1. BOBBY
 
Nama sebenar: Ahmad Anis Aznan Kamil
Pekerjaan: Rider
Umur: 32 tahun
Instagram: @bobbyanis88
Facebook: Ahmad Anis
Info: memiliki suara baritone, meminati genre klasikal dan penyanyi idolanaya adalah Luciana Pavarotti


2. BELLA
 
Nama sebenar: Nabilah Mohammad
Pekerjaan: Eksekutif Perhubungan Awam
Umur: 31 tahun
Instagram: @bellamohd_1
Facebook: Nabila Mohd
Info: Berkebolehan menyanyikan lagu irama tradisional Melayu seperti keroncong, joget, irama rakyat dan lain-lain.
Juara Pencarian Jaguh Duet Karaoke Jalan Jalan Sepahtu Sinar 3 di Plaza Angsana Johor Bahru.

3. BOY

 
Nama sebenar: Mohd. Firdaus Mahadzir
Pekerjaan: Krew Teknikal Audio
Umur: 32 tahun
Instagram: @boybach
Facebook: Boy Bach
Info: Bersuara serak basah, gemar menyanyi dan aktiviti lasak. Seorang yang sering melatah dan suka memasak.

4. JERRY
 
Nama penuh: Zamari Zakaria
Pekerjaan: Setiausaha Pertahanan Awam
Umur: 36 tahun
Instagram: @jerry.zakaria_official
Info: Boleh menyanyikan lagu moden dalam rentak tradisional. Suka bergurau dan sering digelar 'Pak Lawak'

5. SOFFWANY
 
Nama penuh: Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff
Pekerjaan: Koperal Pemerhati Udara, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Umur: 31 tahun
Instagram: @soffwany.yusoff
Facebook: Soffwany Yusoff
Info: Video nyanyiannya bersama iringan kombo PDRM tular dan dikenali sebagai 'akak polis cantik' dalam kalangan netizen.

6. AZRUL


 
Nama penuh: Mohd Azrul Bohari
Pekerjaan: Pegawai Lalu Lintas Pembinaan
Umur: 38 tahun
Instagram: @azrul_sv
Facebook: Roy Sung
Info: Pernah terlibat dalam koir Hazami untuk album Nyata dan sangat menggemari lagu-lagu rakyat.

7. FARID


 
Nama penuh: Farid Othman
Pekerjaan: Jurutera Mekanikal
Umur: 30 tahun
Instagram: @farid.othm
Facebook: Farid Othman
Info: Graduan kejuruteraan serta fasih berbahasa Perancis, boleh bermain alat muzik seperti gitar dan saxophone


8. SULASTRIE

 
Nama penuh: Dian Sulastrie Abdul Fattah
Pekerjaan: Koperal French Horn, PDRM
Umur: 39 tahun
Instagram: @sulastrie_suarnie
Info: Boleh menyanyi dalam pelbagai bahasa seperti Mandarin, Tagalog, Thailand, dan Hindustan


9. AMEEM

 
Nama penuh: Abdul Hamim Haji Sulaiman
Pekerjaan: Eksekutif Pemasaran Agensi Pelancongan
Umur: 32 tahun
Instagram: @hamim.official_
Facebook: Ameem Abdul
Info: Meminati muzik sejak kecil dan mempunyai Ijazah Muzik dalam bidang vokal dari Universiti Malaya.


10. FARAH

 
Nama penuh: Farah Noorasikin Abdul Rahim
Pekerjaan: Lans Koperal Angkatan Tentera Malaysia
Umur: 32 tahun
Instagram: @farahnoorasikin
Facebook: Farah C-kin
Info: Penyanyi sepenuh masa dan berbakat dalam bidang tarian seperti Mak Yong dan tarian tradisional yang lain.

Pemarkahan
Format penjurian adalah berdasarkan sistem pecahan pemarkahan 70% oleh barisan juri profesional di studio dan 30% oleh ‘Juri Duduk Rumah’ iaitu juri virtual yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

Waktu Siaran
Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun ini, setiap Rabu pada pukul 9 malam.
Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang bermula 15 Jun ini.

Grand Finale
Malam kemuncak #SuaraViral  telah berlangsung pada 5 Ogos, Rabu, 9.00 malam di Astro Prima HD (CH105) & Prima (CH125) dan telah menobatkan 
 
Farah atau nama sebenarnya, Farah Noorasikin Abdul Rahim, 32, berjaya mencuri hati juri selepas membuat persembahan memukau dengan nyanyian lagu Surrender nyanyian asal Celion Dion dan Paku (Ara Johari).

Farah yang bertugas sebagai Lans Koperal Angkatan Tentera Malaysia itu membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Juara : Farah (93.82% markah)

Kedua : Ameem (90.78% markah)

Ketiga : Boy (85.65% markah)

Keempat : Bella (83.5% markah)

Kelima : Soffwany (37.62% markah)


Kredit : Gempak
Terbaru Lebih lama