25 Perkataan Bahasa Melayu Terkini Yang Ditambah DBP Seiring Peredaran Arus Zaman

Kalau dulu kita sebut Perkataan Inggeris Milenial, tapi kini perkataan itu Sudah Ada Sebutan Dalam Bahasa Melayu Sendiri.

Perkataan bahasa Inggeris yang selalu digunapakai sehingga menjadi sebati dalam perbahasan bahasa melayu. Jadi Kementerian Sumber Manusia telah mengeluarkan perkataan bahasa melayu bagi perkataan inggeris masa kini yang mengikuti peredaran zaman dan trend semasa.




Sesuai peredaran masa dan zaman, ada sahaja perkembangan kata dan istilah yang digunakan bagi menyesuaikan keadaan semasa. 

Jadi jom kita selongkar Perkataan-Perkataan Inggeris Milenial yang sudah ada sebutan dalam bahasa Melayu.

Role Model : Suri Teladan

Road Show : Jerayawara

Back Drop : Latar Pentas

Bunting : Gegantung

Highlight : Imej Tumpu

Post Mortem : Pascanilai
Contoh Ayat
“Di jerayawara KKM semalam, saya tertarik dengan penjelasan pascanilai oleh pegawai itu tetapi imej tumpu pada gegantung yang terletak di latar pentas benar-benar memukau pengunjung. Beliaulah suri teladan kita Dato’ Dr. Noor Hisham.”


Bento
Kotak atau bekas mengisi makanan yang berasal dari negera Jepun, diperbuat daripada kayu atau plastic dan mempunyai ruang pembahagi.

Certot
Karangan rekaan yang lebih pendek daripada cerpen, biasanya kurang daripada 500 patah perkataan. Certot ialah akronim bagi cerita kontot.

Big Data : Data raya

Ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan mobile dan data internet.

Town Hall : Dialog awam

Mesyuarat tidak formal, pertemuan dan acara awam di mana hadirin boleh memberikan idea, menyuarakan pandangan dan bertanyakan soalan terhadap sesuatu perkara yang dibincangkan di dalam dewan bandaran.



Keyboard warrior : Jaguh siber

Seseorang yang menyiarkan mesej marah atau suka ketika berhujah melalui Internet.

Door Ship : Pesan hantar

Kaedah penghantaran barangan daripada pengilang terus kepada peruncit mengikut pesanan tanpa melalui saluran pengedaran yang biasa.

Baby Shower : Rai bayi
Majlis untuk meraikan bakal ibu yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai dengan membawa hadiah.

Netizen
Warga siber atau mereka yang terlibat dengan laman sosial atau rangkaian internet.Hot Site : Tapak Panas

Push Button : Butang Tekan

Cloud Computing : Pengkomputeran Awam



Emoticon : Emotikon

Hotspot : Kawasan Khas

Watermark : Tera Air

Photobomb : Tunafoto

Killfie : swafoto maut

Selfie : Swafoto

Groufie : Swafoto berkumpulan

Wefie : Swafoto bersama

Pickupline : kata pikat

Flashmob : aksi rasa kilas



Viral : Tular

Trending : Sohor Kini

Hashtag : Tanda pagar

e-Hailing : e-panggilan

Teaser : iklan acah

Posting : hantaran

Cookie : Kuki

Debug : Nyahpepijat

Crowdsourcing : Sumber khalayak

Romance scam : Penipuan cinta

Nap : Meridap

Finger food : Makanan cekut

Reegineering : rekayasa semula
 

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post