Pesanan Pedas Tapi Jujur Netizen Buat Peniaga & Pengunjung Ke Bazar Ramadan

Sudah tentu bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam dan tentunya ramai yang tak sabar nak beli jamuan berbuka di bazar ramadan. Jadi pesanan untuk semua elakkan jadi mangsa scam bazar ramadan dan peniaga juga perlu berniaga dengan ikhlas.


Scam yang sering terjadi seperti tauhu tak jadi sumbat, taufufa mozzarella cheese, karipap inti angin, murtabak terlebih masak dan banyak lagi.


Tepung pelita jgn pakai acuan hijau. Pakai daun pisang/pandan



Kawal Harga Makanan

Harga makanan tu jangan zionisst sagt. Ni makanan tak sedap, Over priced pulak tu

Elak Bungkus Makanan Terlalu Awal

Jangan Cedokkan nasi awal2 pastu biarkan atas meja dengan tak tutupnya.. Tak boleh ke bila orang nak beli baru cedok.

Roti john yang dibungkus terlalu awal kadang ada yang dah basi.

Pastikan Makan Sedap & Secukup Rasa

Masak la dengan ikhlas jangan buat macam rupa buat dengan kaki. Tak pandai masak jangan menjual

Yang tak pernah nega jangan penah mnega.tapi bln pose nega. kuih xsdp,lauk xsdp adoii

Lauk jgn 2hari xhbis perangat balik jual

Pentingkan kebersihan untuk kesejahteraan bersama


Pastikan rambut² bulu² semua x lekat dlm tray makanan.

Papat Kuku! Jangan dibiarkan kuku panjang, kelingking2 pebaik PAPATTTTTTTT. Mun pakai mengurik balitah cotton bud bukan pakai kuku.

RAMBUT. Tau rambut biskita panjang mengurai lebat mcm iklan simpu. Sayang rambut, pakai tah hair net. Wan sing ada tu. Berapa jua ganya. Jan dibiarkan mengurai2 memasak kabah, mee live cook menyapit makanan.
 
Satu glove bukan untuk semua, pegang duit, pegang pisau, pegang raw food, pegang bini, pegang itu ini.
.
Akak yang suka melaram dengan gelang / cincin tu.. nak meniaga, meniagalah dengan BERETIKA!!
Tak payah nak tayang bagai kat pelanggan.. ingat kami hadap sangat makcik makcik sambil bungkus lauk sambil tayang cincin / gelang besar gedabak tu… kami tak hadaplah!
Tayang masa gi kenduri dah la.. blinkk!! Blinkk!!
Tau tak berapa juta ekor bakteria / kuman dok lepak kat celah gelang / cincin / jam!!! Eeuwwwww!!!!!

Satu lagi.. apron tu bukan pakaian untuk melaram
Nak pegi toilet, nak pegi buang sampah , nak fi kedai beli stock… etc ….pls!!!!
BUKAK!! Bayangkan masuk toilet dgn apron.. pastu lepas bung hajat . Pam tandas, ingat oii peniaga!! Air tu mercik keba apron tau!!! 
Pastu hang sedap- sedap dok bungkys lauk / kueh, tetiba lap tangan ngan apron yang hang pakai masuk jamban tadi… eeuwww!!!

Ikhlas Dalam berniaga

Kita beli cucur badak, dpt cucur shj!, badak tak dpt!.Mcm tu juga gulai kawah!.. yg dpt gulai!, kawah tak dpt!.. karipap oxsigen!!?....biasak!!!!.

Karipap diisi daging, kentang atau ayam; bukan angin

Karipap - pastikan ada inti

NK air dimasak...bukan air dari papi..

Kuih ketayap - jangan guna ampas nya..guna kelapa parut belum perah

Buah melaka - bio timbul dulu baru angkat dan golek kelapa

Mi goreng 6 hingget - buh la isi ayam sikit

Nasik putih - jangan jual yg mentah

Jual kaswi jangan guna kelapa yang dah perah santan

Roti John kadang terkena yg packing awal tau2 dah basi
  
Berniaga tu baik tapi biarlah ikhlas hati...masak lah macam kita nak makan sendiri...Baru berkah dsn rezeki berlimpahan

Klau cust minta jumlah ayam 3 ketul. Kau bagi 3ketul jgn minta puji membagi 5ketulll. Bagus2 ngam d tngan rm9, sakit kepala mncari rm15 mau bayar.. tdk mau mngalah paksa cust bayar rm15 juga.. disuruh kasi kluar ayam minta puji lagi jeling2 atas bawah.. inda mau common sense. Bagi ayam pun kicil2. Org kesian nmpk kedai inda meriah.. aikkk diambil kesempatan pula.
 
Jaga mata jaga pandangan 

Nak, pakcik nk beli air mangga, bukan buah mangga, pakaian tu cer senonoh sikit

Pesanan kpd pengunjung bazar - jgn pakai menjolok mata.


Time jln2 tgk makanan jgn bt group bebawang plk jmpa kwn sekg la sekilang la crush la
 
  
 

Sediakan Perkhidmatan Bayaran Secara ‘Cashless’

Tolong sediakan QR Pay, Kadang bulan puasa ni tak sempat pergi ATM and banyak cash habis kat parking tiket.

Peranan Pembeli Di Bazar Ramadan

Kepada para pelanggan pula, ada juga beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa mengunjungi ke bazar Ramadan. Antaranya:

Elakkan pembaziran dan jangan beli makanan mengikut nafsu.

Jangan buat sampah merata-rata.

Beratur apabila hendak membeli di sesebuah gerai.

Bawa mangkuk tingkat bagi mengurangkan penggunaan bungkusan plastik.

Digalakkan memakai pelitup muka di tempat yang sesak.


Akhir kata. Selamat berniaga. Semoga laris dan barkah jualan kalian semua.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post