Apabila Ikan Peliharaan Tak Mahu Makan! Tunjuk Perangai Pelik Itu Tandanya...

“Doktor, ikan saya tak mahu makan! Kenapa ya? ” Apabila ikan anda menunjukkan perangai pelik, itu tandanya ada sesuatu yang tak kena. Antaranya ialah 



 
1. “Bunting” 

Ikan yang “melahirkan” anak (live-bearer) seperti Guppy dan Molly, tidak akan makan ketika mengandung. Seeloknya asingkan induk betina apabila gejala ini wujud. 



Ini akan memberi perlindungan kepada ikan tersebut. Antara tanda mudah ialah abdomen (perut) ikan yang bulat boyot. Letakkan jaring yang sesuai untuk anaknya keluar dan jauh dari ibu. Banyak kes, apabila ibu lapar dia akan makan semula anak yang baru keluar.

2. Sakit 
Ikan yang sakit juga tidak akan lalu untuk makan. Perhatikan simptom seperti duduk (berenang) di sudut akuarium, berenang tak betul, berenang tak bertenaga. Ikan yang sakit atau sudah tua renta akan mula menunjukkan gaya renang yang tak normal. 



3. Tekanan Jiwa Stress 
kadangkala menyebabkan ikan tidak mahu makan. Gejala ini boleh berlaku apabila ikan dipindahkan ke akuarium/tangki baru ataupun berlaku perubahan mendadak pada kualiti air (suhu, pH).

Ikan marin lebih mudah stress akibat suhu berbanding ikan air tawar secara relatifnya. Pertambahan ikan baru juga boleh wujudkan stress dan menyebabkan ikan kesipuan dan tak mahu makan. 6/9

Kurangkan stress pada ikan dengan melazimkan pertukaran sebahagian sahaja air akuarium berbanding tukar dan cuci akuarium sepenuhnya. Tetapkan masa untuk buang sebahagian air akuarium, kemudian tambahkan air baru yang sudah dihilangkan klorinnya. 7/9

Anda juga boleh merujuk kepada pakar psikologi jika anda pula stress melihat ikan anda stress. Eh?  

Jemput 'follow' Fitri Yusof & set 'see first' untuk dapatkan info tentang akuakultur, perikanan dan kelautan. Dr Fitri Yusof Doktor Akuakultur dan Perikanan  

Kredit : @drfitriyusof

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post