100 Tanda Apabila Bahagian Tertentu Pada Tubuh Berdenyut-Denyut Sendiri

Pernahkah tubuh badan anda secara tiba-tiba berdenyut-denyut atau bergerak-gerak dengan sendiri tanpa anda memicit-micitnya? Pernahkah anda terfikir dan tertanya-tanya apakah maksudnya?

Di sini kami kongsikan sebahagian daripada gerak badan yang selalu memberikan isyarat awal apa yang akan berlaku kelak.

Apabila bahagian anggota badan berdenyut-denyut, gerak sendiri tanpa disentuh. 100 Maksud Di Sebalik Denyutan Bahagian-Bahagian Tubuh Walaupun Tidak Disentuh

Tubuh
Seluruh badan: akan menyaksikan keindahan.
Kepala: akan mendapat anugerah raja.
Ubun-ubun: akan memperolehi pangkat. 

Kening
Kening sebelah kanan: akan mendapat wang.
Kening sebelah kiri: akan gembira.
Pelipis sebelah kanan: akan mendapat wang.
Pelipis sebelah kiri: akan bertemu dengan kekasih hati. 



Mata
Kelopak mata sebelah kanan atas: akan mendapat wang.
Kelopak mata sebelah kanan bawah: akan menderita kesusahan.
Kelopak mata sebelah kiri atas: akan memperoleh sesuatu yang baik.
Kelopak mata sebelah kiri bawah: akan menangis.
Kelopak air mata sebelah kanan: akan menangis.
Kelopak air mata sebelah kiri: bebas dari kesedihan yang mendalam.
Sudut mata kanan: akan melihat kekasih anda.
Sudut mata kiri: akan memderita kesusahan.
Biji mata sebelah kanan: akan menangisi orang mati.
Biji mata sebelah kiri: akan melihat orang yang datangnya dari jauh. 

Pipi
Pipi sebelah kanan: akan difitnah orang.
Pipi sebelah kiri: akan menderita sakit. 

Hidung
Hidung sebelah kanan: akan mendapat wang yang halal.
Hidung sebelah kiri: akan melihat kekasihnya. 

Bibir
Bibir sebelah kanan atas: akan memperoleh kejayaan.
Bibir sebelah kanan bawah: akan memperoleh kebahagiaan.
Bibir sebelah kiri atas: akan berunding dengan saudaranya.
Bibir sebelah kiri bawah: akan mendapat pekerjaan baik.
Tengah-tengah bibir atas: akan bertengkar.
Tengah-tengah bibir bawah: akan menikmati makanan yang lazat. 


Telinga
Telinga sebelah kanan: akan bertemu dengan sanak saudara.
Telinga sebelah kiri: akan mendapat upah yang baik. 

Dagu
Dagu sebelah kanan: akan dimuliakan orang agung.
Dagu sebelah kiri: akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat. 

Leher
Leher sebelah kanan: akan sakit keras.
Leher sebelah kiri: akan menderita sakit tetapi lekas sembuh. 

Pundak (Bahu)
Pundak sebelah kanan: sanak saudara akan sakit.
Pundak sebelah kiri: akan dimuliakan wanita.
Kedua-dua belah pundak: akan menderita sakit. 

Bahu
Bahu sebelah kanan: akan bertengkar.
Bahu sebelah kiri: akan menderita sakit. 

Belakang Badan
Belakang sebelah kanan: akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjam wang.
Belakang, tengah-tengah: akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.
Belakang sebelah kiri: akan memperoleh kebahagiaan. 

Badan Bahagian Depan
Dada sebelah kanan: akan bertemu kekasihnya.
Dada sebelah kiri: akan bertemu wanita ayu.
Tengah-tengah dada: akan memperolehi kebahagiaan.
Buah dada sebelah kanan: akan mendapat wang.
Buah dada sebelah kiri: akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.
Perut sebelah kanan: akan memperolehi banyak rezeki.
Perut sebelah kiri: akan mendapat wang yang banyak.
Pusat: akan memperolehi anugerah dari Tuhan.
Ulu hati: akan mendapat wang. 



Lesung Pipi
Lesung pipi sebelah kanan: akan memperolehi jodoh.
Lesung pipi sebelah kiri: akan mendapat anak. 

Tangan
Tangan kanan atau kiri: akan mendapat wang.
Tapak tangan sebelah kanan: akan mendapat wang.
Tapak tangan sebelah kiri: akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan. 

Lengan

Lengan sebelah kanan: akan mendapat rezeki.
Lengan sebelah kiri: akan mendapat wang. 

Siku

Siku sebelah kanan: akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.
Siku sebelah kiri: akan mendapat wang. 

Jari
Jari manis tangan sebelah kanan: akan mendapat wang.
Jari manis tangan sebelah kiri: akan mendapat jodoh.
Telunjuk tangan sebelah kanan: akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.
Telunjuk tangan sebelah kiri: akan diterima baik oleh orang.
Celah-celah jari tangan sebelah kanan: akan mendapat kegembiraan.
Celah-celah jari tangan sebelah kiri: akan dikasihi oleh orang agung.
Jari ibu sebelah kanan: akan mendapat jodoh yang baik.
Jari ibu sebelah kiri: akan mendapat jodoh.
Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan: akan mengalami sesuatu yang memalukan.
Celah-celah jari tangan sebelah kanan: akan mendapat pekerjaan.
Jari tengah tangan kanan: akan menderita sakit.
Jari tengah tangan sebelah kiri: akan menderita susah. 


Rusuk
Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan: akan mendapat kesusahan.
Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri: akan marah-marah. 

Pinggang
Pinggang sebelah kanan: akan memperolehi sesuatu yang baik.
Pinggang sebelah kiri: akan mencintai orang. 

Puting
Purus sebelah kanan: akan bersetubuh.
Purus sebelah kiri: akan diangkat menjadi penghulu. 

Kemaluan
Kemaluan sebelah kanan: akan kedatangan tamu.
Kemaluan sebelah kiri: akan mendapat rahmat Tuhan.
Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri: akan mendapat jodoh.
Itulah antara maksud disebalik anggota badan yang berdenyut-denyut itu, walau bagaimanapun, anggaplah keterangan ini sekadar pengetahuan sahaja dan bukannya sebagai kepercayaan 100%.


Sekian
p/s : Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar tidak terlalu mempercayai dan mengambil serius dengan mitos orang dulu-dulu ini.

Semoga memberi manfaat.

Kredit : Sentiasapanas

16 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Tanda tapak kaki bergerak2?

    ReplyDelete
  2. Hari nie ibu jari kiri saya bergerak2 jaa..

    ReplyDelete
  3. Jgn percaya sgt. Ce bukak youtube(tanda² kematian)seakan sama ape y tulis dlm ny

    ReplyDelete
  4. kalau bahagian pusat berdenyut apa maksudnya ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang berdenyut lg ke awk

      Delete
    2. Sy bergerak2 perut belah kiri nie tp kejap2 jek..mcm ade letrik kejang sikit pastu ok..dri smlm lg nie

      Delete
    3. gerak lagi ke awak

      Delete
  5. Antara kining tengah bergerak² Dan jari kelingkeng bergerak sendiri Kenapa ye

    ReplyDelete
  6. baru kjap td lengan kiri sy berdenyut kuat...mcm ada alien kat dlm lengan..

    ReplyDelete
  7. Seluruh hidung saya sejuk ape maksudnya

    ReplyDelete
  8. Jari hantu ber-gerak2 ape maksud nye?sila bg jawapan🙏

    ReplyDelete
Previous Post Next Post