Kehidupan kita hari ini sarat dengan teknologi dan agak janggal sekiranya seseorang itu menolak perkembangan teknologi terkini misalnya penggunaan telefon bimbit, komputer atau tablet. Bercakap soal taksub, tanda seseorang mengalami ketagihan gajet adalah penggunaan yang melebihi enam hingga lapan jam sehari.

Peningkatan ekonomi telah mengubah gaya hidup manusia. Bermula dari cara hidup yang mudah dan santai berubah kepada kehidupan yang lebih kompleks. Perubahan ekonomi telah banyak megubah kehidupan manusia sejagat seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan ini memudahkan manusia berhubung tanpa sempadan.