12 Profil Finalis Ratu Hijabista (2020) Program Tv Pencarian Ikon Wanita Berhijab

Ratu Hijabista merupakan sebuah rancangan realiti tv pencarian ikon wanita moden yang membuka peluang kepada semua wanita berhijab tanpa mengira status untuk mencuba nasib dan sekaligus mempertaruhkan bakat, rupa dan personaliti menarik untuk dinobatkan sebagai juara di penghujung pencarian. 

Finalis Ratu Hijabista 2020


Top 12 Finalis Pencarian Ratu Hijabista 2020

  

Barisan 12 Finalis Ratu Hijabista diperkenalkan menerusi satu sidang media Pencarian Ratu Hijabista ini menerima hampir 550 penyertaan secara online semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Seramai 12 finalis telah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat untuk diserap masuk bagi penyertaan penganjuran musim pertama ini.


Jadi jom kita selongkar, 12 finalis Pencarian Ratu Hijabista 2020

1. Aqilla
@qilalawa

Berasal dari Rembau, Aqilla merupakan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Mansoura, Mesir. Kini dia sedang menunggu panggilan ‘housemanship’ sebagai doctor pelatih di hospital tempatan. Sudah lama mahu mencabar diri melakukan perkara lain selain bidang perubatan, dia mengambil keputusan untuk menyertai Ratu Hijabista dan siapa sangka, kini dia bergelar barisan finalis top 12.


2. Aishah
@i_shahidris

Berketinggian 174 cm, gadis yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Malaya ini mahu memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia betapa bahayanya kesan buli kepada seseorang individu itu ekoran dirinya pernah menjadi mangsa buli sewaktu di zaman persekolahan dahulu disebabkan ketinggiannya. Pernah bergelar seorang guru kepada kanak-kanak istimewa, Aishah sangat berjiwa penyayang.


3. Aunee
@auneekifli

Fasih bertutur dalam bahasa Jepun kerana mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrikal di Tokyo University of Science, Aunee kini sedang berusaha bagi mendapatkan Ijazah Sarjana (Masters) yang kedua pula dalam bidang Perniagaan di UniTAR International University. Gadis dari Muar ini juga pernah mengikuti kelas modelling sewaktu berada di Jepun yang seterusnya membuka peluang untuknya beraksi di pentas peragaan dan televisyen tempatan di negara matahari terbit itu.



4. Eka
@eka_mohamad

Wanita tinggi lampai ini sudah mendirikan rumah tangga, Eka yang kini menetap di Putrajaya ini mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Elektrik dari UNIKL-British Malaysian Institute. Bergiat aktif sebagai model sambilan, gadis kelahiran Kuala Lipis ini sering menjadi pilihan sebagai model bagi jenama busana pengantin terkenal di Malaysia.




5. Ellyna
@nurulellynaa 

Walaupun pada permulaan bapanya agak berat untuk memberikannya keizinan bagi menyertai bidang ini, gadis yang berasal dari Johor Bahru ini akhirnya menerima sokongan daripada bapanya itu selepas melihat kesungguhan dirinya. Biarpun masih muda, Ellyna yang mempunyai Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA dan kini mempunyai perniagaan yang diusahakannya sendiri di atas talian.



6. Fiffy Afrina
@fiffyafrina

Sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP), Fiffy berminat untuk menjadi pengacara majlis di konvokesyen universitinya selain mengimpikan untuk menjadi seorang hos rancangan kesihatan dan perubatan suatu hari nanti. Bukan hanya sekadar rupa, dia juga percaya kecantikan diri itu perlu hadir seiring dengan keupayaan intelektual.



7. Jiha
@najihah_sham

Gadis lepasan Diploma Pengurusan Acara di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang ini merupakan seorang jurulatih sukan luncur ais (ice skating). Berasal dari Skudai Johor, selain bertugas sebagai jurulatih dia juga aktif menjalankan perniagaan di atas talian. Seorang yang cukup ceria dan sukakan cabaran Jiha menyerlah dengan personalitinya ketika sesi ujibakat berlangsung sekaligus menempatkan dirinya di antara barisan top 12.



8. Mellya
@mellyazizi

Petah berbicara dan sentiasa berkeyakinan, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan di UiTM Puncak Alam ini gemar menceburkan diri dalam dunia sukarelawan. Mellya juga berbakat sebagai model hijab. Seorang yang aktif dan ceria, gadis ini gemarkan cabaran bagi memastikan dia dapat pergi lebih jauh. Kalau nak tahu gadis yang penuh dengan keyakinan ini merupakan salah seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universitinya.


9. Qila
@qilaistheone

Gadis yang cukup petah berkata-kata ini merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang Penyiaran di UiTM Shah Alam. Berbakat tinggi dalam dunia seni persembahan terutamanya lakonan, gadis ini aktif melibatkan diri dalam dunia teater di Kolej. Berperwatakan ceria, Qila mahu menimba pengalaman sebanyak mungkin dan Ratu Hijabista menjadi platform yang tepat untuknya mengasah bakat.



10. Saree
@sareeabd

Merupakan pelajar dalam bidang Diploma Komunikasi Dan Pengajian Media dari UiTM Lendu, Melaka. Gadis manis ini ingin mencabar diri selain tidak mahu duduk ditakuk yang sama. Aktif dalam sukan Muay Thai dan Taekwondo, gadis ini juga turut bekerja secara sambilan untuk menambah pengalaman.




11. Tina Aziz

@tinaziz

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari UiTM Shah Alam ini Tina baru sahaja menamatkan tempoh pelatih dalam kamar sebagai persediaan menjadi pengamal undang-undang. Dalam beberapa bulan lagi Tina akan bergelar seorang peguam. Gadis berkulit hitam manis ini seorang yang bukan mudah untuk patah semangat. Dia percaya bahawa segala kebaikan yang datang disebabkan adanya usaha yang tinggi.


12. Yusrina

@yusrinashan

Merupakan graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari UiTM Shah Alam. Yusrina mengakui bahawa langkah menyertai Ratu Hijabista ini didorong oleh ibunya sendiri yang beria-ia menyuruhnya menghantar klip uji bakat. Ujarnya kejayaan menjadi salah seorang finalis top 12 adalah hadiah buat ibu tersayang selain itu Yusrina menganggap Ratu Hijabista sebagai batu loncatan untuk memajukan dirinya dan juga menyerlahkan keyakinan.




Juri
Puan Sri Normala Samsudin diberi mandat menjadi juri tetap

Hos
Uyaina Arsyad
Fikry Ibrahim

Waktu Siaran
Program realiti Ratu Hijabista akan bersiaran selama sejam setiap minggu untuk lapan episod setiap Rabu bermula 12 Ogos 2020 jam 9 malam di Saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105).

Penaja
Safi Hijabista Bodycare selaku penaja utama dan disokong oleh saluran radio rasmi Zayan

Hadiah
Pemenang Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, tiara dan berpeluang menjadi penghias kulit majalah Hijabista keluaran Januari 2021.

#ratuhijabista
#majalahijabista
#safihijabista
#sayasayangsaya

Kredit : HijabistaMag

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post