Cara Terbaik Boleh Buat Sekiranya Didekati Penjual Jalanan Yang Jual Keropok, Buku Dll

“Nak, beli nak. Keropok ikan,” kata mak cik baya mak kita yang sedang berjalan perlahan membawa keropok bungkus. Kita biasa didekati oleh penjual jalanan yang menjual keropok, buku-buku, kalendar atau seumpamanya?



Ada beberapa tip yang boleh kita buat apabila mereka menghampiri kita: 

1. Elakkan daripada buat tak tahu Mohon jangan buat-buat khusyuk dengan telefon bimbit anda kerana ada cara yang lebih baik untuk berkomunikasi dengan mereka agar mereka beredar tanpa hati yang terguris.

2. Sediakan wang kertas nilai kecil di dalam dompet. RM1 pun cukup. Apabila mereka menghampiri untuk menjual sesuatu, kita boleh menolak tawaran mereka dengan berkata: "Terima kasih mak cik. Ambillah ini sebagai hadiah (sambil hulurkan wang RM1). Mudah-mudahan murah rezeki,"
Jika kita tidak beli, at least kita membuat sumbangan atas usaha mereka yang tidak meminta sedekah. 

3. Berkata dengan baik. Jika tak nak apa-apa sekali pun, janganlah buat tak tahu. At least cakaplah “tak apa mak cik.

Terima kasih ya," sambil senyum. Ini tak, kita pergi bantai mata Sharingan dan bibir masam macam mangga muda. Sekurang-kurangnya mereka pergi meninggalkan kita dalam hati yang tenang. 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post