10 Tempoh Masa Yang Diambil Makanan Untuk Dicerna Dalam Perut

Proses penghadaman makanan mengambil masa keseluruhannya di antara 24 hingga 72 jam, dimana 6 hingga 8 jam adalah masa untuk melepasi perut dan usus kecil. Kemudian makanan akan memasuki usus besar untuk proses seterusnya dan juga penyerapan air. Proses pembuangan bahan tidak boleh dihadam bermula selepas 24 jam. Manakala pengeluaran sisa makanan secara penuh mungkin mengambil masa selama beberapa hari.

Paling penting untuk memahami masa pencernaan untuk mengurangkan berat badan atau untuk mengekalkan apa yang telah anda capai.

Air: apabila perut kosong, air akan terus meninggalkan perut dan melalui usus kecil.



Proses penghadaman merupakan proses penghuraian zat-zat daripada makanan yang kita ambil setiap hari. Semasa proses penghadaman berjalan, badan memerlukan tenaga untuk menjalankan proses penghadaman ini. Memahami tempoh penghadaman boleh membantu kita merancang tempoh pengambilan jenis-jenis makana di dalam tempoh sehari. 

Ayam (90-120Minit)



Walaupun secara lazimnya pengambilan makanan adalah untuk membekalkan tenaga dan juga zat makanan, pemakanan juga boleh menjadi sebaliknya kerana ia sendiri merupakan proses yang memerlukan tenaga. Sekiranya anda berkeadaan letih dan mengambil pula makanan yang memerlukan proses penghadaman yang lama – ia mungkin menyebabkan anda menjadi bertambah letih dan terpaksa tidur selepas mengambil makanan tersebut. Ini menjelaskan mengapa kita mengambil makanan tertentu semasa berpuasa. 

Sayur & Buah (15-20 Minit penghadaman)



Walaupun terdapat perbezaan dari segi masa untuk menghadamkan makanan ini antara individu, namun ia memberikan gambaran kasar tentang masa yang diambil mengikut jenis makanan. Melalui pemahaman ini anda boleh membentuk tabiat pemakanan yang lebih baik bukan sahaja untuk diri anda sendiri malah keluarga dan rakan-rakan.

Daging (180 Minit)



Ikan (45-60 minit)



Bijiran
Bijian dan kacang: bunga matahari, biji labu, bijan, pepita - 2 jam; kacang badam, kacang tanah, biji gajus, pecan, walnut dan kacang Brazil - 2 ½ ke 3 jam.



Susu ( 120 Minit)

Hasil tenusu: susu skim, dan keju cottage atau ricotta - sehingga 90 minit; keju cottage dari susu penuh - 120 minit; keju daripada susu penuh jenis keras - 4 ke 5 jam.



Kentang (90-120 Minit)



Sayur yang dimasak ( 40 minit) 



Sayur-sayuran (30-40 Minit) 



Amalkan tertib pemakanan yang baik bagi mengurangkan stress pada badan anda untuk menghadamkan makanan. Mengelakkan makan terlalu lewat pada waktu malam juga membolehkan makanan dihadamkan dengan baik tanpa mengganggu proses tidur. Perhatikan pemakanan anda supaya anda dapat meneliti dengan baik kesan pemakanan kepada tindak balas badan - untuk mengesan simptom alahan dan sebagainya. 


Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post