Apa Maksud Di Sebalik 8 Jenis Warna Baju Banduan / Tahanan / Penghuni Penjara Di Malaysia

Kalau kita perasan baju-baju banduan yang terdapat di Malaysia adalah berwarna-warni dan setiap warna itu sebenarnya ada Peringkat dan Kategori Banduan / Tahanan / Penghuni Penjara Malaysia yang berbeza makna dan maksudnya.





Jadi jom kita selongkar, 8 maksud perbezaan jenis warna baju banduan untuk pengetahuan semua.

1. OREN
Belum dikategori banduan. Ia baju lokap polis dan masih di bawah tahanan polis sepenuhnya. (OKT).




2. UNGU
Baju ungu adalah untuk banduan reman yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Selagi hukuman tidak diputuskan, mereka akan kekal direman kecuali jika dijamin. Ada juga penghuni yang tiada peruntukan jaminan atas pendakwaan kes-kes yang berat di mahkamah.

 

3. PUTIH
Baju dan seluar putih diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman singkat di bawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah. Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.

4. MERAH
Bagi penghuni penjara yang menjalani hukuman lama (6 bulan ke atas), merah adalah warna baju peringkat pertama. Ia juga disebut peringkat ‘kolar merah’. Mereka perlu memakainya selama tempoh 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI). Ia bermula dengan Fasa Orientasi dan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum ke Fasa yang seterusnya.

 
5. HIJAU
'Kolar hijau' adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan sehingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Kebanyakan mereka menjalani program (PPI) Fasa 2. Ia adalah Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi 2 bahagian pembelajaran dinamakan ‘Halaqah’ untuk agama dan ‘Therapeutic Community’ untuk terapi kemasyarakatan.

 
6. BIRU
Peringkat ‘kolar biru’ pula adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan. Dikalangan ‘kolar biru’ ini adalah mereka yang menjalani hukuman lama termasuk ‘banduan seumur hidup’ dan ‘banduan hayat’. Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.


7. HIJAU FLORESCENT
Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent’ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka asalnya memakai baju merah, hijau atau biru. Mereka terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih bekerja di kawasan luar persekitaran penjara di bawah seliaan pegawai penjara. Banduan yang bekerja dibawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.

8. PUTIH DENGAN KOLAR DAN LENGAN MERAH

Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa peringkat baju ini amat digeruni semua. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA). Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.


Sekian.

Kredit : KhirKhalid
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. saya masuk juga dalam penjara , tapi baju baju saya tidak sama seperti diatas . bagaimana ? sila jelaskan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post