8 Langkah Mudah Tukar Emel Akaun Facebook YahooMail Ke Gmail

Yahoo bakal DITUTUP?

Kecoh yang Yahoo Group akan menutup operasi syarikatnya bermula 15 Disember 2020.
Walaupun dengan penutupan operasi Yahoo Group, Yahoo Mail mungkin tak terjejas bagi suatu masa yang belum pasti.

Dan semestinya ramai antara kita yang menggunakan emel Yahoo sebagai emel bagi FB ni kan? Sebelum apa2 berlaku, anda boleh menukarkan emel tersebut ke emel baru.
Sebelum menukar, sila pastikan anda sudah mempunyai emel lain selain daripada Yahoo

Cara tukar emel FB Yahoo ke emel lain

1) Sila ke Apps FB (guna mobile la senang sikit 😅) ada perhatian 3 garisan di atas belah kanan tangan anda (bagi Android) atau dibawah belah kanan tangan anda (iOS user). Klik, dan cari SETTINGS
 

 

2) Pada SETTINGS, sila klik dan anda akan melihat paparan ACCOUNT SETTINGS. Pilih PERSONAL INFORMATION

 

3) Di paparan PERSONAL INFORMATION, klik CONTACT INFO

 

 

4) Pada paparan CONTACT INFO, anda akan melihat emel yang anda gunakan untuk mendaftar dahulu. Untuk penambahan emel baru, klik ADD EMAIL ADDRESS



 



5) Masukkan emel baru anda (untuk menggantikan emel Yahoo), dan PASSWORD FACEBOOK anda (password user/emel yang sedang digunakan). Kemudian, klik
ADD EMAIL ADDRESS

 

6) Anda akan menerima CONFRIMATION CODE di emel baru yang anda telah ‘ADD’ tadi. Masukkan code tersebut pada paparan CODE CONFRIMATION dan klik submit.

 

7) Selesai, anda akan menerima satu emel yang menyatakan emel anda telah ditukar. Dan sila kembali ke lokasi sama di CONTACT INFO untuk menukarkan PRIMARY EMAIL daripada emel Yahoo ke emel baru.

 

8) Selesai urusan tersebut, anda boleh la REMOVE emel Yahoo. Maka selesai la urusan penukar emel baru anda

 

SELAMAT MENCUBA!

P/s: log out fb anda, dan login kembali menggunakan emel dan password yg sama seperti emel yang lama

Sumber: I Am Ropie Blade
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post