10 Realiti Di Sebalik Kejadian Banjir Yang Ramai Tidak Tahu

Banjir boleh berlaku di kawasan rata atau rendah ketika kadar air dibekalkan oleh hujan atau salji lebih tinggi daripada kadar pengeringan. Lebihan air akan terkumpul di suatu tempat dan kadang-kadang boleh mencecah kedalaman berbahaya. 

 
Ini perkara yg mungkin RAMAI TAK TAHU bila berlaku banjir. Ini berdasarkan pengalaman 3x duduk pusat pemindahan banjir.


1. Makanan BUKAN satu masalah besar. Malah ia berlimpah ruah sampai beberapa bulan tak habis. Semua bagi bantuan makanan.

2. Binatang dalam tanah semua keluar. Cacing banyak keluar di lantai tanah (tak timbul). Panjangnya dekat 1 meter. Takut kalau nampak.



3. Kena jauhi pokok. Semua jenis binatang liar akan panjat pokok untuk berlindung. Ular sawa, ular tedung, biawak, musang dll.

4. Kejadian kecurian berleluasa. Setiap kali musim banjir, banyak rumah kena pecah masuk. Diaorang ambil kesempatan rumah kosong



5. Masalah terbesar adalah TANDAS.

Semua tandas TAK BERFUNGSI. Lubang tandas dipenuhi air. Tak boleh flush sebab sekeliling kawasan pusat pemindahan banjir juga digenangi air.

Kasihan orang tua, ibu mengandung atau yang ada anak kecil. Bayangkan situasi itu. Siksa & ngeri.



6. Penternak binatang paling kasihan. Ada beratus-ratus ekor lembu, kambing, puluh ribu ekor ayam kena pindah ke tempat lain.

Takde kandang utk letak.
Takde makanan (rumput tenggelam).
Banyak binatang lemas.

Itu belum ayam, kucing dll yang 1-2 minggu duduk atas pokok tak makan.



7. Banyak perabot rosak & pintu tak boleh buka.

Kenapa?

Perabot zaman sekarang semua dari serbuk kayu. Bila terendam air, kitchen cabinet, almari baju, meja makan, perabot Ikea dll akan kembang & rosak.

Pintu kayu merantipun kembang. Kena ketam semula.

SEMUA kena beli lain



8. Banyak pokok mati.

Bila air bertakung, banyak pokok (buah-buahan, bunga, sayur dll) akan lemas.

Kampung aku langsung takde pokok durian. Ia pokok paling manja. 100% confirm mati bila banjir.

Pokok paling tahan, pokok sawit. Sebulan bergenang air, takde satupun yang mati.



9. Selamat tinggal karpet dan tikar getah. Kawasan yang selalu banjir akan pasang tiles satu rumah. Senang nak kemas.


10. Banyak penyakit kulit & cirit birit berlaku kat mangsa selama berminggu-minggu.

Cukuplah setakat ini.

Semoga semua tempat yang dilanda banjir di seluruh negara segera pulih.

Ujian banjir ini seksanya hanya yg pernah alami faham. Emosi, fizikal dan kewangan akan terjejas.

Kredit: Faisal Rahim

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post