15 Resipi Air Minuman Penghilang Dahaga Yang Dicari Selepas Seharian Berpuasa

Selalu fikir nak minum air sedap untuk berbuka puasa. selepas eharian berpuasa, mesti air yang dicari dulu. Hah! sini ada senarainya, selalu kita jumpa air-air di bawah ni dijual di bazar ramadan apa kata selepas ini cuba buat sendiri je


 
Jom kita selongkar.

1. Resepi Air Aroikah | Cha Bang Ang ( Air Viral )



Bahan - bahan
300 gram cincau manis (potong kiub kasar)
200 gram gula perang
250 gram air tapis (untuk dimasak dan dijadikan air gula perang)
10 gram @ 1 sudu biji selasih
250 gram air panas
400 ml susu segar full cream
400 ml @ 1 tin susu cair
5 sudu susu pekat manis
Secubit garam halus
1 sudu teh esen vanilla
500 gram ais kiub (secukupnya)

Cara - cara Penyediaan
1. Satukan gula perang, air dan esen vanilla. Masak hingga gula larut seluruhnya. Matikan api. Ketepikan dan biarkan air gula sejuk.
2. Sementara itu, rendam biji selasih di dalam air panas supaya ia kembang.
3. Di dalam satu bekas/jug, satukan semua bahan kecuali ais.
4. Kacau rata semuanya dan sedia dihidangkan.
5. Jika suka ais, masukkan ais ke dalam gelas berasingan sewaktu mahu menikmatinya bagi mendapatkan rasa yang lazat, tulen dan tidak cair/tawar.

Nota : 1 Jug = 1 liter

2. Resepi Teh Ais Cincau



Bahan-bahan:

1. Teh serbuk
2. Susu full cream.
3. Gula (ikut sukatan yang korang nak buat)
4. Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
5. Cincau.

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.
3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana.
4. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah tutup api.
5. Hidangkan fdengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.
3. Resepi Air Sirap Bandung Tembikai



Bahan - Bahan
1/2 buah tembikai tanpa biji
Susu cair
Sirap
Air secukupnya

Cara - Cara
1. Dalam satu bekas campurkan ke semua bahan.
2. Sedia untuk dinikmati.

Kredit : Khoriff by Bonda

4. Resepi Sirap Bandung Soda Float



Bahan - Bahan
1/4 cawan ibu sirap
Gula dilarutkan dalam air panas. Kadar gula mengikut citarasa masing - masing
3/4 tin susu cair
3/4 jug kiub ais
1/2 tin ice cream soda

Cara - Cara
1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan ais kiub.
2. Biarkan kiub ais cair. Air tak payah tambah sebab ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.

Resepi di atas menghasilkan 1 jug air sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, letak daun pandan dalam sirap ros untuk lagi wangi.

5. Resepi Air Blue Ocean



Bahan - Bahan
1 botol kecil minuman soda warna biru guna air Mountendew
1 sudu besar oren Sunquick
Nata de coco secukupnya anggaran 2 sudu besar untuk satu gelas
1 sudu teh biji selasih rendam dengan air panas hingga kembang
Air secukupnya

Cara - Cara
1. Masukkan oren Sunquick ke dalam gelas.
2. Kemudian masukkan nata de coco.
3. Tuangkan air soda biru mountendew.
4. Masukkan juga biji selasih dan ketulan air.
5. Sedia di hidangkan.
6. Jangan lupa sediakan sudu semasa menghidang, kerana air ini perlu di kacau bila ingin di nikmati.


Tak buntu dah nak buat air untuk berbuka puasa nanti. Dah ada menu air macam kat atas tu boleh lah cuba nanti.

6. RESEPI AIR LAICI SUSU



Bahan-Bahan :

1 tin laici
1 tin susu cair atau susu sejat
air gula secukupnya
1 liter air sejuk
ais batu secukupnya
Cara Penyediaan :
Satukan semua bahan dalam jug
jika suka boleh letakkan sedikit biji selasih
Hidangkan dingin

Resepi Oleh : HaSue

7. Resepi Air Laici + Asam Boi + Lemon + Soda + Serai.




Bahan-bahan:
1 Tin Laici
1 Batang Serai
Asam Boi
1 Botol Ice Cream Soda F&N Biru
2 Biji Lemon
Campur semua sekali. Siap diminum.

Credit - Rani Hamid

8. Dragon mix fruit



Bahan bahan:
Buah naga merah
Buah mangga masak
Anggur manis
Laici tin
Susu pekat manis
Air masak
Ais
.
Potong dadu semua buah.
Campurkn semua bahan2 masukkn ais. Siap utk dihidang

Pewarna adalah dari buah naga.. Xperlu campur ape² pewarna

credit - Nur Farah

9. Resepi Katira



Bahan-bahan:

1tin susu cair
1tin susu pekat
1 penutup botol esen pisang(ikut ukuran penutup botol esen)
Pewarna hijau
Gula secukup manis
Cincau
Biji selasih(rendam bagi kembang dulu)

10. Resepi Air Milky Rambutan



Bahan - Bahan
1 tin buah rambutan dalam tin
1 tin susu cair atau susu segar
Gula secukup rasa jadikan air gula
Ketulan ais
Air jika perlu
Biji selasih yang di rendam

Cara - Cara
1. Masukkan buah rambutan dan airnya serta susu ke dalam jug.
2. Masukkan air gula dan rasakan secukup rasa.
3. Tambah air jika perlu.
4. Letakkan ketulan ais dan biji selasih.
5. Sedia di hidangkan dingin.

11. Resipi Air Jus Kedondong



Bahan-bahan
12 biji buah kedondong
10 biji asam boi jenis putih
4 biji limau kasturi, perah jusnya
3 liter air mineral/air berpenapis
Setitis pewarna hijau(pilihan)
Gula secukup rasa
Ais kiub secukupnya

Caranya:
Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 senduk gula pasir hingga gula larut.
Sejukkan.
Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.
Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.
Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
Kacau dan biarkan sekejap.
Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
Sedap diminum sejuk.

Kredit: Mat Gebu

12. Jus Avocado



Bahan-bahannya :
1 / 2 biji avocado - ambil isinya
1 cawan dlm 250ml susu segar - boleh guna mana-mana susu segar yang anda gemari
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula
coklat cair..

Cara-caranya :
1. Ambil isi avocado dan blender bersama susu segar, susu pekat dan gula
2. Boleh tambahkan lebih air megikut cita rasa kepekatan anda
3. Dalam gelas,, letakkan coklat cair di dinding gelas kemudian baru tuangkan jus tadi
4. Tambahkan ais ketul dalam minuman


13. Air keladi lemak manis creamy

(anggaran 1 jug besar) 



Bahan bahan 

Susu pekat 1tin
Susu cair 1/2tin
Garam 2sudu kecil (sudu kfc , jangan letak penuh)
Air panas 2gelas
Air masak 1liter (kalau manis boleh tambah)
Pati keladi cap layang layang 1/2 botol (buh lebih lagi sedap)
Pewarna ungu 2sudu besar (biar jadi warna ungu gelap sederhana , macam ain punye
Cincau optional (nak letak boleh , xnak letak pun boleh its up to u)

Cara cara bancuh 

Isi air panas , susu cair , susu pekat , garam , air masak , pewarna ungu , pati keladi , kacau sebati lpastu rasa .. Kalau mnis leh tmbah air masak lagi .. Bia ada rasa manis lemak gtu  last buh air batu n cincau siap  buat berbuka memang padu !!

Nota : kalau nak buat air jagung or bandung pun boleh .. Gune je resepi yang sama , cume bandung buh pati sirap jee n jagung buh pati jagung n add on pewarna kuning telur starbrand oke (lagi sedap buh sweetcorn dalam tin tu, yang orang buh dalam abc , cincau pun sedap)

Credit - Ain Rahman

14. RESEPI AIR JAGUNG VIRAL



Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Air
  • Kordial Jagung secukupnya
  • 1 tin susu cair brand Ideal (ataupun apa-apa brand pun boleh)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 tin Jagung manis Ayam Brand dalam tin
  • Gula secukup rasa
  • Aiskrim vanila (optional)
Cara-cara menyediakannya:
  1. Masak air bersama gula. Nisbah air dengan gula adalah bersamaan 1 kole air:6 sudu besar gula.
  2. Masak air dan yang telah dicampur gula sehingga larut dan mendidih.
  3. Masukkan kordial jagung secukupnya (atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran pun boleh).
  4. Masak lagi hingga mendidih
  5. Masukkan susu cair dan jagung dalam tin.
  6. Tutup api dan masukkan susu pekat manis secukup rasa.
  7. Biarkan sejuk
  8. Tuangkan kedalam gelas bersama ketulan ais. Boleh juga diletakkan aiskrim vanila diatasnya.
credit - Marzi Food

15. RESEPI AIR COCKTAIL



Sempena bulan barakah ni, saya nak share resipi Air cocktail buah buahan, sedap yakmat weyy bila masuk ja ke dalam tekak waktu berbuka!

Bahan- bahan :
 2 tin susu sejat
 1/2 tin susu pekat
 Satu tin buah laici
 Buah buahan dalam tin
 Garam secubit rasa
 Ais

Campur semua bahan dalam 1 bekas kemudian kacau perlahan2
Sementara nak berbuka tu boleh simpan dalam peti sejuk

credit - Tengku Izham

Sekian.
Nampak sedap dan mengiurkan kan.. jom kita buat
Selamat mencuba dan selamat berpuasa

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post