18 Resipi Biskut / Cookies Raya Viral Dan Terkini Mesti Cuba

20 Resepi Biskut Raya Viral mesti cuba sendiri dirumah, jadikan aktiviti membuat biskut sebagai satu aktiviti di masa lapang, daripada tidak menjadi sampai boleh buka bisnes lah dibuatnya.



Cuba jangan tak cuba! gerenti sedap memikat rakan taulan serta sanak saudara. Jom kita selongkar resipi di bawah.

1. ALMOND RED VELVET COOKIES



 
A)
500g butter/majerin
2 cawan gula perang(manis cun2 yang taknak manis kurangkan)
Sedikit esen vanilla
 Kacau gune senduk aje bagi sebati

Kemudian B)
1 sk cuka masakan + 1 sk soda bikarbonat
 Tuang cuke pada soda bikarbonat sampai berbuih dan masuk dalam adunan tadi kacau.

c) 1 biji kuning telur 2 sk pewarna serbuk bright red ade jual d bakery(cikgu syorkan pewarne serbuk) kacau sebati tambahkan 5sb minyak masak. kacau...

D) masukkan dalam adunan
3sb/4sb serbuk badam
1 sb tepung beras
2 sb tepung susu (4-5 sb kalau pakai mrjerin++ lebih sket susu)
2 1/2 sb tepung jagung
1sb serbuk koko
1 sk baking powder

E) 4 3/4 cwn tpung gandum(masuk sket2 tau) kalau cawan metrik masuk 4 cawan je dulu uli tengok doh tak lekat di tangan cun

F) 3/4 cawan badam bakar sekejap
3/4 cawan kuaci. bakar sekejap
tuang dan kacau rata..uli pakai tgn jah senang abis cite basuh tgn bersih2 Ok dah jd doh..Wrap dan simpan peti 30 minit..Jangan tempat beku kang jadi batu pulak.

Ok.keluakan dan bia suhu bilik 20 minit boleh bentuk2 kan..tak kisah bentuk apa,janji cookies ni sedap banget. Ok panaskan oven bakar suhu 170 masa 25 hingga 30 minit


2. BISKUT KELAPA BADAM



Bahan:
2 ketul butter/500g
1 cawan 1/2 gula kastor (100g)(kalau rajin gule kasar korg blend)
sedikit esen vanila
mix kan sebati pakai mixer boleh pakai senduk pon boleh takyah smpai kembang pon
masukkan 1 bijik telur dan secubit garam kacau lg

so satukan semua bahan2 kering
5 cawan tepung ubi
3 cawan tepung gandum cap ros
5sb serbuk badam
3 cawan kelapa yg dah disangai awal2 dan kacau sebati
ok masuk kan sket2 bahan kering td dalam adunan butter gula dan telur td uli kan smpai jd doh kalau agak lembek tambah tepung gandum eh agak2 smpai doh yg boleh dicanai la ye
ok doh lembut dah cantek..so alast tambah sket 1 cawan badam nips yg dah disangai atau di bakar kejap pon boleh
gaul kan.terap atau buat lah bentu yg korg nak Bakar suhu 160 c selama 25 mnt atau smpai masak.


3. BISKUT SUJI BADAM



Bahan bahan:
250g tepung gandum cap rose atau bakers choice
80g gula ising
100g minyak sapi
50g serbuk badam

Cara-cara:
Minyak sapi dan gula aising di kacau guna senduk.Sebatikan.
Masukkan badam yang dah dikisar. Gaul rata dan masukan tepung gandum sikit sikit sampai menjadi doh yg lembut. bulat kan je senang xyah terap2 ko pn bukan rajin
Panaskan oven suhu 160 10 minit. Baru bakar adunan selama 30 minit. Atau ikut oven memasing

4. BROWNIES COOKIES PREMIUM




Bahan-bahan :
700g coins beryls dark
200g premium butter scs
Cairkan atas dalam oven atau pengukus
6 bijik telur gred A
Sedikit esen vanila
Whisk kan agak-agak berbuih
400g gula ising ( ayak 3 kali) Masukkan sikit-sikit dalam adunan telur tadi sambil kacau sambil kacau ulangi
* Wajib pastikan gula larut baru jadi.

Caranya sentuh dan rasa dengan jari sedikit adunan berpasir atau tak.jangan tebalikkan,die ade graviti tentula tumpah.
Masukkan bahan double boil tadi kedalam dan kacau perlahan lahan slow2 je ala2 cat walk. Tambahkan 200g tepung gandum prefer gune tepung cap ros (ada di bakery atau 99 speedmart ye.
Ok dah ayak awal2 ya +3sb serbuk koko.
ok sebatikan( tiada penggunaan baking powder ye) die tetap kembang macam korg xletak baking powder tp tetap kembang gebu eh.ala perumpamaan lek2 sape nak kurus boleh ke fb cikgu ahahha.
Ok perap 20 minit pastikan bertutup.
Masuk adunan dalam piping beg.

Ok piping kan elok2 atas mat macaroon boleh gune ( mat tu bahasa inggeris tikar jgn plak ko ambik tikar mak ko kat dapo atau yg takde gune patcmen paper (ni cikgu copy je xtau sebut ape bahasa melayu.pandai2 la google.tp kene buat bulatan sendiri sebesar duit 50 sen dan tgh2 duit 20 sen
Ok paipkan pada bulatan 20 sen Kalau nak letak badam pun boleh yang sesuai atas die kalau taknak pon boleh,time ni
panaskan oven 5 minit suhu 170 Slowkan suhu 140/150 masukkan brownies cookies tadi kedalam oven Masa set 20 hingga 25 minit ni ikut oven masing2 ye api atas bawah
So nak tau die masak ke belom die mudah tertanggal dari mat kalau dah sejuk die rangup maknenye masak well.
Kalau sejuk masih lembab kene bakar semula.tapi masa panas memang die lembut ye dah sejuk baru die rangup


5. RESEPI CHEESE TART MONTOK DURIAN



Bahan-Bahan shell tart
250gm butter suhu bilik
1/2 cawan gula ising
500gm tepung gandum
1bji kunng telur
Sedikit esen vanilla
1sb air sejuk

Cara Penyediaan
1.mix butter dn gula ising hingga sebati..guna spatula pun boleh
2.masukkan kuning telur dan esen vanilla.gaul sebati
3.masukkan tepung dan air sejuk dari peti ais..uli hingga menjadi doh 4.terap atau bentuk doh dalam acuan shell tart berukuran
4.5cm.cucuk dasar doh dgn garfu
5.bakar pada suhu 120°c api atas bawah 20-25mnt atau higga masak..SUHU BEGATUNG PADA OVEN MASING dapat dalam 100 pieces

 
Bahan cheese buncit durian die
cheese buncit 500gm
cream cheese 150g
isi durian dilenyek2
100gm ising sugar
2 sb butter
3sb non dairy whipping cream
Telur di kocok..sukat anggaran 4sb

Cara penyediaan
1.cream cheese di biar kn di luar slepas keluar peti ais..selama 5mnt.kalau boleh jgn smpai die lembik sgt eh
2.mix cream cheese,gula ising dan butter dan isi durian hingga sebati..kurang ketulan..agaran 1mnt..jgn mix terlalu lama..cheese akan cair xboleh di paip tggi
3.masuk kn whip cream dn telur 2sb..mix sebati je..jgn lama nnti cheese cair kalau nak add on warne kuning pon boleh masa ni
4.masuk kan cheese ke dlm paiping bag..potong muncung piping bag angaran 2 atau 2.5cm untuk acuan 4.5cm
5.sedia kan shell tart yg dah di isi filling durian fresh dasar shell.mula paip cheese secara menegak..utuk mnghasilkan cheese buncit..perlu paip cheese dgn banyak..sebb tu masa mix cheese xboleh smpai cair..
6.bakar pada suhu 100 darjah api atas bawah slama 10 mnt..untuk oven kecik..suhu ikut pada oven masing2
7.suhu tak boleh terlalu tggi sbb nnti cheese cair melimpah dari shell..guna suhu rendah jangka masa di lama kan.. UNTUK TAHU CHEESE DAH DI MASAK..CUIT2 SEDIKIT DI PEMUKAAN CHEESE..JIKA TIDAK LEKAT DI JARI..BERMAKNA CHEESE DAH MASAK 8.cheese di smpan dlm peti sejuk baru di hidang dan dimakan deco atas cheesetart terpulang nak deco camana

6. DOUBLE CHOCK ALMOND PREMIUM COOKIES




Bahan-bahan :
1kg pure butter / butter cup
3 1/2 cwn gula perang(400g) nak kurangkan manis pun boleh ikut suke.
1 sk esen vanila
2 bijik kuning telur,putih die buat masker muke laki memasing
mix sebati pakai mixer boleh pkai senduk pn boleh. Masukkan

++ 1 sk emplex/1sb tepung beras
6 sk tepung jagung
1sk baking powder
1sk baking soda
5sb tepung susu
5 sk serbuk koko
1 sk emulco koko/kalau nak warne die gelap sikit ala2 pan asia tambah lg emolco
1/2 cawan minyak masak kalau kaya gune minyak jagung kalau sederhana kaya minyak saji kacau rata add on sket2
8 cawan tepung ros (800g+-adunan mmg lembek sket jgn ko buang pulak gaul rata ya.

tambahkan ++ 4 cawan almond nips atau slice kasar(bakar awal2 eh)
4 cawan cip coklat/potongan coklat beryls gaul cun2 bentuk kan.ikut suka la bentuk bulatan kecil bulatan kecik ke nak buat bentuk segitige ke janji die rupe kukis.
panas kan oven.bakar suhu 170 /180 masa 25 minit ikut oven masing2

7. Milo Cookies Mudah



Bahan2
250g butter+1 sb shortening(minyak sayuran)
1 cawan gula perang(180g)
1sb esen vanila dan 1sb emolco coklat
 1 biji telur gred A atau B(kuning sahaja)
 1/2 cawan minyak 100g
1/2 cawan tepung jagung 120g
2 cawan 1/2 tepung gandum(240g+60g)
1/2 cawan susu tepung(optional)
1/2 cawan milo
1 sb empleks
1/2 sb baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 cawan kacang badam nips dah bakar awal
1 cawan coklat chips(simpan peti ais 1 jam) tujuan supaya masa uli coklat chips xcair dan warnw kukis jd xcantik

Cara2
butter+shortening+gula+esen dan emolco sebatikan
tambah telur kacau kemudian minyak dan kacau rata.
tambah kan milo dan semua serbuk2 penaik yg ade kacau rata
tambah kan tepung jagung dan tepung gandum sket2 uli sampai habis
tambah kan badam dan coklat chips gaul kan
wrap dan simpan peti ais 10 mnt
keluakan bia sekejap dan bentuk kan
bakar suhu 170 masa 20-25 mnt api atas bawah
kalau korg nak letak nutella bakar 20 mnt keluakan lorek nutella dan tabur badan n nestum masuk kan semula bakar lg 5 mnt dan keluakan siap tujuan bakar semula bg nutella keras dan mudah disusun


8. DROP COOKIES VANILA DOUBLE CHOCK



Bahan-bahan :
300g milk compound beryls korg potong2 dadu saiz sedang2 sementara tu
500g butter
240g gule perang sape taknak manis kurangkan sikit
sedikit esen vanila
kacau sebati guna senduk.
ok bebalik pada adunan tadi plus kuning telur 1 bijik kacau.

masukkan :
1sb tepung beras tepung jagung
2 1/2 sb tepung susu
4sb kacau kan
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
minyak jagung atau minyak masak 7sudubesar kacau.

tambah sket2
660g tepung gandum..uli mcm biasa..doh lembut sikit-sikit. tambah coklat chips gaul2.
tambah coklat beryls pon gaul2 sket.
masuk piping beg saiz L dan paip kan adunan sebesar duit 50 sen nnt die kembang..
bakar suhu 170 masa 25 hngga 30 bergantung oven masing2. bakar suhu 150 masa 25 minit api atas bawah.


9. CORNFLAKES ALMOND CRUNCHY COOKIES




Bahan-bahan:
-almond slice bakar dulu
-3 cawan setengah tepung gandum (3 1/2)
-susu tepung 1/4 cawan
-1sb emplek
- 1/2 cwn tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- 2 cawan cornflakes ramas kasar
- 500g butter (suhu bilik) cikgu gune pure butter tatura
- 1 1/4 cawan gula perang
- 1 biji kuning telor -sedikit pewarne kuning lemon
-esen vanila

cara cara
Gula dan butter dikacau sebati kalau nak pakai mixer pn boleh.masukkan telur dan esen vanila kacau lg.masukkan pewarne dan sebatikan.
Kemudian masukkan campuran beberapa jenis tepung tadi dan cornflakes serta baking powder plus almond tadi dan gaul sebati.
bentukkan pakai hujung jari sapu sikit kuning telur yang dah dicampur susu dan pewarne kuning.tabur cornflakes yang dah diramas kasar
Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah

10. FRAMBOZEN KENARI



Bahan2 A ( Shortbread)
100g pure butter
40g @5sb gula castor
280g@2 3/4 tepung gandum
1 sudu teh esen vanila

Bahan2 B
150g jem Strawberry / Rasberry / Blueberry Bahan C
120g kepingan badam Bahan D ( Meringue )
60g putih telur
30g gula castor
60g gula icing
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla

Cara buat 
Pukul butter + gula sampai kembang.. masukkan tepung gandum ..gaull sampai sebati.
Kemudian masukkan dlm loyang dan tekan rata hingga memenuhi semua loyang..
Cucukkan guna garpu..
Bakar selama 40minit 150’ atau hingga masak..
Setelah adunan masak , keluarkan dan pans2 terus sapu jem.. ratakan..

Untuk membuat meringue , pukul putih telur hingga kembang , masukkan gula & tepung jagung.. masuk esen dan pukul hingga bertanduk..
Ambil meringue dan ratakan diatas sapuan jem tadi.. taburkan kepingan almond..
Bakar sekali lagi selama 30minit suhu 140’.. bila dah masak keluarkan dan potong panas2..

Nota Sedap untuk tekstur lebih sedap & mewah , boleh campur sedikit serbuk kacang hazel kedalam adunan frambozen

11. MERRY NUTELLA COOKIES



Bahan-bahan:
10 keping biskut merry ori tumbuk hancur
250g butter
1/2 cawan gule perang
3/4 cawan gule halus putih
sedikit esen vanila
gune senduk je sebatikan

Ayakkan :
2 cawan 1/2 tepung gandum cap ros
2sb serbuk koko
4sb tepung jagung
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1sb tepung beras tak kisah cap 3 gajah ke cap teratai.

0k yg kite kacau sebati td masukkn 1 bijik telur aka endok
3sb nutella kacau rata tambah 3 sb minyak masak kacau lg
satukan merry dan tepung kite td masukkn sket2 dalam adunan td kacau
last masukkn la coklat chips dalam segengam penuh dan badam dah sangai awal2 ye masuk dalam 1 cawan
kacau rata ttup pakai plastik wraping masuk peti chiller je 30 mnt
keluarkan bia die lembut jap masuk piping beg dah kalau xde ko bedal je la plastik brg runcit tu potong ujung die beso duit 10 sen paip atas tray lapik baking paper ye wajib xde ko pakai je kertas A 4 boleh
penyek kan pakai garpu xde garpu,pakai sudu
bakar suhu 170 masa 25 mnt hngga 30 mnt atau smpai beliau cantek perang coklat
mule2 masak mmg die lembut jgn ko masuk balik baka smpai rentung hahaa dah sejuk die keras t eh ok siap dah

12. BROWNIES NUTELLA FLAT COOKIES



Bahan-bahan:
100g butter
250g coklat dark compound cairkan.
Masukkan 2 sb nutella dan biar semua cair..cikgu pakai pengukus je cairkan senang tak merecik air panas kalau double boil leceh.

Ayakkan:
150g tepung gandum
+ 1sk baking powder
+1/2 sb tepung beras
Semua bahan wajib letak. Ok
2 bijik telur
+1/2 cawan gule perang
+1sk esen vanila whisk kan
Masuk campuran coklat ,butter dan nutella tadi panas-panas eh kacau.
Masuk tepung kacau lagi..tak kisah kacau laju pelan sedang2 asal kacau.
Ok lapik baking paper eh letak sesenduk amik spatula, takde spatula,pakai pisau takde pisau pakai sudip ..

ratakan nipis2 lagi nipis lagi bagus.
Tabur segala yang korang suke..korang suke kuaci Tabur kuaci suke kacang2 hazelnut ke pecan ke boleh tabur je..rata2 dan lawa2
Bakar suhu 160/170 api atas bawah masa 25 minit hingga 30 minit atau sampai nampak kekacang keperangan.
Tengok ye bergantung oven masing-masing,oven ina kurang panas so lama sikit,ade oven cepat panas so 20 minit boleh cek dah. Masa panas die memang belum cruncy,jadi potong laju2 masa panas dia tak mudah pecah. Ok bile sejuk baru amik pisau sisip bawah brownies tadi. Taraaaaaa..siap dah alhamdulillah boleh makan


13. OREO CRUNCYS COOKIES



Bahan Utama
kene ade oreo crushed rm.9.90 je kat bakery..mana2 yang takde kene rajin-rajin la buang cream tengah oreo bulat tu dan tumbuk sendiri oreo.. Jom mule

Bahan-bahan: 500g pure butter/butter biasa
160g gula perang
1sk esen creamy vanila atau butter oil
Kacau gune senduk je. Masuk sebijik kuning telur kacau gak

Lepas tu add on :
4sb susu tepung
1sb tepung jagung
1sb tepung beras
1sk.baking powder
1/2sk.soda bikarbonat

Kacau rata. Masukkan 8 sb minyak masak
Ok dah kacau rata masukkan pulak sikit-sikit 650g tepung gandum cap ros Uli sebati.
Masuk 1 cawan coklat chips dan 1 cawan oreo crushsed tadi dan gaul sikit-sikit je pakai tangan.
Ok paipkan atas tray yang dah disapu minyak atas die letak oreo hancur tadi sikit
Panaskan oven bakar suhu 170 masa 25 minit atau ikut oven masing2 api atas bawah. Ok siap masak bia sejuk jap. Dah siap boleh susun


14. RAINBOW COOKIES FLOWER



Bahan-bahan:
250g butter/
1 1/4 cawan ..sape nak pakai majerin pun boleh.
100g gule halus atau 1cawan gule (ni pon kire dah manis) ade resepi sampai 150g ikut tekak korg la ye
1sk esen vanila
ok mix kan sampai kembang

Sementara tu ayakkan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1sk empleks(cari di bakery) atau boleh juga ganti tepung beras.
tambah juga 3sb serbuk badam( ada dijual di bakery)
bila adunan yang dimix awal-awal tadi dah kembang,masukkan 3 biji putih telur GRED A sikit-sikit sambil mix.
matikan mixer masuk tepung sikit-sikit dan kacau.
ok bile siap tadi,bahagikan tak kisah la bape bahagian dan bagi warne.
Masuk piping beg.Tu acuan die sapu majerin dulu.ok tompok2 kan aje, pas tu panaskan oven.masukkan cookies 150 suhu masa 20 minit atau sampai cookies masak garing.. baru keluar oven cookies memang lembut dah kene angin baru die keras.


14. RAINBOW MERANGUE KISSES



Bahan-bahan:
3 bijik telur ambik putih sahaja
300g gula halus
1sk cream off tartar
sedikit esen creamy vanila
5g tepung jagung (ayak)
sedikit garam
springle sugar oren merah
patchment paper

Cara-cara:
1) Asingkan telur putih dari kuning dalam mixing bowlbesi.
2 pukul telur start slow-slow dan berbubble-bubble halus. Masukkan cream of tartar ,esen creamy vanila dan sedikit garam. Teruskan lagi putar hight speed sehingga medium peak.
3) Masukkan gula castor sesudu demi sesudu. tunggu dulu setiap kali masukkan,bagi gula nye larut baru masuk lagi. masa ni memang pukul hi speed je.
4) Habis masukkan gula baru masukkan tepung jagung tapi eloknye diayak walaupun sikit takkan nanti meringue nye jatuh.
5) Putar sampai gula betul-betul larut dan dapat stiff peak. cara tau stiff peak tebalikkan mixing bowl dan meringue nye takkan tumpah (hebat la kalau sesiapa cuba)
6) Sementara tu bole panaskan oven 110'c
7) Untuk dapatkan warna sama ada bahagi meringue dan kalerkan satu-satu portion atau lalukan warne-warne oil base yang disukai ke dalam piping bag dengan kapas atau kayu sate. buatla stripes yang diingini.
8) Masukkan meringue dalam piping bag. potong hujung dalam ½“ ke ¾“ diameter. Kalau suka bentuk-bentuk,bubuhlah nozzle yang digemari.
9) Pipekan meringue diatas kertas minyak /patchmen paper dengan pergerakan piciiiitt tarik piciiittt tarik. aaa baru dapat peak macam loceng tuu.
10) Bakar dalam preheated oven selama 1jamsetengah.
11) Selepas siap sejukkan sepenuhnye. meringue yang betol masak mudah je tekupil dari kertas minyak. Jika masih melekat,masuk balik oven bakar lagi dalam 5 ke 10minit.
12) Masukkan dalam airtight container. Elok juga simpan dalam fridge,nak makan tu crispy2 je. elak kena panas dan moisture nanti melekit dan cair.

15. SEMPERIT MILO COKLAT



Bahan-bahan untuk membuat resepi semperit milo coklat
  • 250g butter cup / majerin
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu tepung beras
  • 400g tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk milo
  • 1 sudu besar nutella
  • 1/2 sudu besar serbuk coklat
Cara-cara untuk membuat semperit milo coklat
  1. kacau butter, susu dan esen vanilla sehingga sebati
  2. masukkan plak tepung kastard,tepung susu,dan tepung beras.kacau sebati
  3. masukkan tepung jagung.uli sehingga doh tidak melekat di tangan
  4. bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  5. 1 bahagian campurkan bersama 1/2 sb serbuk coklat + 1 sb serbuk milo + 1 sb nutella + 1sk emolco coklat
  6. bahagian yang letak nutella biasanya lembik so tambah sedikit tepung jagung.uli sebati
  7. ambik sedikit bahagian kosong dan sedikit bahagian coklat.masukkan dalam acuan semperit pecah 11 dan tekan.
  8. bakar kuih semperit pada suhu 170c selama 25 min
  9. Sedia untuk dihidangkan.

15. RESEPI TART BUNGA BERYLS



Bahan-bahan:
500g butter/ kalau bajet ciput majerin je
2 bijik telur kuning
2sb susu pekat
2 sb gule halus
1sb minyak sapi(optional)
kacau rata baru tambah kan pewarne kuning lemon .

skrg masuk kan 1sb tepung custard
1 sb tepung beras(tart ni akan tercetak agak tebal jd tepung beras bantu tuk bg rasa rangup dan cepat masak pd tart korg
4 cawan++ tepung gandum(tp yg ni ikut cawan masing2 ade yg lebeh sket dr 4 cawan asal kan korg uli boleh jd doh yg cantek tuk dicanai).
ok panas kan oven..boleh cetak kan tart dgn acuan tart bunga bakar suhu 170 masa 25 mnt keluarkan dan tangkup kan
beryls coin nak gune dark boleh milk boleh.. susun atas bunge td.smpai abis eh
bakar semula suhu 170 td 5 hngga 10 mnt tgk kepanasan oven masing2 ok bia sejuk dan masuk dalam bekas


16. TART CHOC BADAM



Shell tart : kalau rajin, tak rajin beli siap je lah
  • 350g-+ tepung gandum
  • 50 gram conflakes/nestum kisar
  • 20g tepung susu
  • 200g merjerin/butter
  • 100g gula ising
  • 1biji telur gred a/b
->> campur semua skali dlm sebekas. Uli smpai jd doh tak melekat kt tgn.
->> letak sikit doh dekat acuan tart tekan ambik saiz 4.5cm eh.. bakar suhu 170° selama 25-30minit.

Bahan2 : - 300 g Choc beryls -1sb shortening
Badam jemur dulu baru bakar/sangai
Hiasan utk atas choc sukati nak hias camana Sangai/bakar dulu badam. Cairkan choc +shortening td double boiled. Letak badam dlm shell tart, tuang choc, tabur hiasan (almond nibs/manik pelangi/choc rice colorful/lorek choc putih) dah siap

Sekian. Selamat mencuba dan selamat hari raya kalau susah-susah beli je la.

Kredit : Azlina Ina


Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post