16 Idea Resipi Berasaskan Ikan Masin Sedap! Sekali Pekena Minta Tambah

16 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap. CH bila tak berapa nak selera makan nasi, tapi perut lapar.. Memang akan masak ikan masin untuk membuka selera balik.


 
Jadi jom kita selongkar antara resipi-resipi yang bakal kecur air liur

1. Gulai Ikan Kering Nanas Kelantan Style



Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kering (sy guna ikan cencaru)
  • 1/2 biji nenas
  • 3 biji bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 inci lengkuas (blend)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • lada hijau
  • 1/2 biji santan
  • 1 biji timun
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan yg diblend ke dalam periuk/ kuali. Biarkan mengelegak.
  2. Masukkan santan dan biarkan mengelegak.
  3. Kemudian masukkan ikan masin , nenas, timun, lada.
  4. Masukkan gula secukup rasa
  5. Jika kurang masin, tambah garam. Biarkan mendidih seketik.
Siap.

2. Resipi Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat 




Bahan bahan:
  • Ikan kering
  • 1/2 kg santan
  • 1 pek 24 gram serbuk kari ikan kering
  • 1 keping asam keping
  • Sayuran - terung atau nenas
  • Garam
  • Gula
Bahan Tumis:
  • 1 sudu besar halba campur - atau guna biji sawi
  • 5-6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 pelepah daun kari
Cara cara:
  1. Di dalam periuk, masukkan ikan kering, air, pes kari dan nenas. Masak sehingga nenas separuh masak.
  2. Masukkan santan. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Tambah sayuran lain. Biarkan sayuran tersebut masak.
  4. Tutup api dan tuangkan bahan tumis.
  5. Tutup periuk dengan cepat agar kari gulai sebati dengan bahan tumis.
  6. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
Nota: ikan kering direndam seketika.

Sumber : http://www.aziekitchen.com/

3. Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nenas

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
  • 10 biji cili padi
  • 2 bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1/2 biji nenas - potong kecil
  • Santan secukupnya
  • Ikan talang masin - potong
Cara Penyediaan
  1. Kisar cili padi, bawang merah dan kunyit hidup. Tuangkan ke dalam periuk dan dimasak dengan ikan kering sebentar sehingga menggelegak.
  2. Masukkan santan dan nenas ke dalamnya. Kacau rata rata sehingga kuah mendidih.
  3. Boleh lah diangkat dan dihidangkan. Saya tak letak garam dan asam keping kerana ikan sudah masin dan nenas pun sudah masam.
  4. Makan dengan nasi putih panas panas memang sedap....

4. Ikan Duri Masin Masak Asam



Goreng dulu ikan duri masin.
Tumis bawang, masukkan ikan masin yang sudah digoreng, masukkan air bancuhan asam jawa, masukkan bawang, cili padi, bawang potong, siap.

Kredit: Norizan Mansor

5. Resepi Ikan Masin Tumis Berlada



Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan masin (dipotong kecil-kecil/size ikan besar sikit dari tapak tangan)*
  • (Norizan suggest guna ikan Baracuda. Tapi aku pakai ikan putih pun ok juga).
  • 3 biji bawang putih (dihiris)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 tangkai lada besar merah (dihiris)
  • Sedikit lada padi (pedas ikut suka/dihiris atau ditumbuk)
  • Air asam jawa (2 jari asam jawa/air setengah gelas)
  • Minyak masak (agak-agak 1 cawan kopi)
  • 4-5 sudu makan gula
  • Sedikit ajinomoto

Note: *Ikan masin direndam dalam 30 minit - ikut suka kemasinan. Kalau mau kurang masin kena rendam lama sedikit.

Cara-cara masak:
1. Goreng ikan masin yang telah direndam/dipotong kecil-kecil
(Tak perlu goreng lama/asal kuning-kuning sikit terus angkat)
2. Tumis bawang putih, bawang besar, lada besar dan lada padi dengan menggunakan
minyak bekas gorengan ikan masin tadi hingga layu
3. Masukkan air asam jawa, gula dan ajinomoto
4. Masukkan ikan masin dan gaul sekejap
5. Selesai - boleh dihidang makan dengan nasi putih berkali-kali

6. Ikan Masin Malong Goreng Kicap



Bahan-Bahan:
  • Segenggam ikan masin malong
  • 2 biji telur ayam
  • 1 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih – cincang halus
  • 10 tangkai cili kering – gunting kecil
  • 5 biji cili padi – potong bulat
  • Kicap lemak manis
  • Garam dan gula secukupnya
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak masak dan goreng telur sebiji demi sebiji. Ketepikan.
  2. Kemudian gorengkan pula ikan masin malong sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumiskan bawang putih, lada kering dan cili padi sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan bawang merah. Apabila bawang telah layu masukkan kicap secukupnya.
  5. Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
  6. Masukkan pula telur mata yang telah digoreng. Kacau lagi.
  7. Akhir sekali tambahkan garam jika perlu dan gula secukup rasa.
  8. Apabila rasa telah sempurna matikan api dan sedia untuk dihidang. Siap.

Sumber : https://www.qaseyhoney.com/

7. Ikan Sepat Masin Goreng Gili



Bahan-bahan:
  • 1 ekor sepat masin
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 biji cili api merah
  • Segenggam ikan bilis
  • Sedikit kicap
  • 1 sudu sos tiram
Cara memasak:
1) Rendam/bersihkan ikan sepat, kemudian potong kecil dan cuci bersih ikan bilis
2) Goreng ikan bilis garing, seterusnya goreng ikan masin tadi, asingkan
3) Rendam cili kering, potong/gunting kecil-kecil
4) Boleh tumbuk atau hiris cili padi.
5) Gorengkan cili kering agak garing
6) Asingkan sedikit miyak gorengan tadi atau boleh guna minyak lain jika nak
7) Masukkan ikan masin dan ikan bilis goreng tadi dengan bawang.
8) Tambahkan kicap dan sesudu sos tiram.

TIPS!
Kalau nak bersambal boleh guna lebih banyak cili padi. Boleh tumbuk semua bahan dan tumiskan dengan api perlahan, kemudian masukkan ikan bilis dan ikan masin.

Kredit : Bella Jamal

8. Ikan Talang Kering Masak Asam



Ada yg suka tak? Kalau suka nah resepinya.
.
Ikan talang kering atau apa-apa ikan kering dipotong terlebih dahulu jika terlalu besar,rendam air sekejap untuk mengurangkan rasa masin,cuci bersih dan toskan...
.
CARA - CARA MEMBUATNYA :
  1. Masukkan minyak kedalam kuali,lebihkan sedikit kerana untuk mengoreng ikan kering dalam minyak yang sama...ketuk bawang putih 4 atau 5 ulas kemudian tumis..setelah kekuningan masukkan ikan kering yang ditoskan tadi...kacau-kacau sekejap dan setelah ikan hampir masak..masukkan air asam jawa yang diperah...dan tambahkan air jika perlu kuah yang lebih,masukkan garam jika perlu sahaja kerana ikan kering dah masin,sedikit gula dan bahan perasa..
  2. Biarkan kuah asam mendidih dan kering sedikit,kemudian masukkan bawang besar yang dipotong,cili padi dan cili besar...kacau-kacau lagi sekejap,setelah cukup rasa bolehlah tutup api siap!!

Hidangkan bersama-sama nasi panas Selamat mencuba! 

Kredit resepi : Mazitah Ahmad Nur Solehah

9. Sambal Ikan Talang Masin



Bahan-Bahan:
  • 20 biji cili kering*
  • 3 labu bawang besar*
  • Sedikit belacan*
  • Sedikit lengkuas*
  • 1 batang serai yg kecil*
  • 2 labu bawang besar dihiris kasar
  • 1 sudu besar cuka
  • Sejemput asam jawa
  • 4 sudu gula
  • Minyak untuk menumis. (1/2 cawan)
Cara Penyediaan:
  1. Goreng sekejap ikan talang. Ketepikan.
  2. Bahan yg bertanda * di kisar.
  3. Tumis bahan yg di kisar , masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan cuka dan perahkan asam jawa.
  5. Dah agak kering , masukkan gula dan bawang yg dihiris, agak sebati , baru lah dicampur ikan masin dan masak seketika.
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas, nasi lemak atau nasi lemuni.

10. Kailan Ikan Masin



Bahan-Bahan:
  • 1 ikat sayur kailan
  • 3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk
  • 4 biji cili padi, ketuk
  • 1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak
  • garam dan gula, secukup rasa
Cara Penyediaan:
  1. Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika.
  3. Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun.
  4. Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
  5. Angkat dan hidang.

Sumber : https://iresipi.com/

11. Kari Terong Ikan Masin



BAHAN-BAHANNYA :
  • 3 biji terung ungu
  • 4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isinya
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
  • 1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar sos cili
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1/2 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
  • 2 camca besar penuh rempah kari ikan dibancuh dengan 1/3 cawan air hingga menjadi pes
  • 200 ml santan, sederhana cair
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS :
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji bawang merah, hiris

CARA MEMBUATNYA:
  1. Tulang ikan masin dicuci bersih dan rendam 4 - 5 jam, toskan.
  2. Terung dikerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan. Setiap keratan dibelah 2 lagi tapi jangan sampai putus, rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam, tujuan untuk mengelakkan terung bertukar warna. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/3 cawan.
  4. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga wangi.
  5. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan bahan2 tumbuk halus, kacau rata dan masak hingga cili garing.
  6. Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah wangi dan naik minyak.
  7. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya, anggaran 700 ml. kacau rata dan biarkan mendidih.
  8. Masukkan kiub ikan bilis dan terung (toskan dulu air rendamannya), biarkan terung separuh masak, boleh masukkan tulang ikan masin kurau, kacau perlahan dan biarkan mendidih.
  9. Tuang santan, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya.
  10. Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  11. Hidangkan kari terung dengan nasi putih, sambal belacan, telur dadar dan ulam-ulaman. Selamat mencuba

@tiffinbiru

12. Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Dengan Nangka 



Bahan kisar :
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 2 tangkai cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
Bahan bahan:
  • 2 keping nangka muda – direbus
  • Ikan masin kurau
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 biji kelapa – santan
  • Garam
  • 1 keping asam keping
Cara cara:
Nangka direbus dalam air mendidih. Angkat, tos dan potong kecil. Ketepikan.
Panaskan satu senduk minyak masak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik minyak.
Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
Masukkan ikan masin dan masak sehingga ikan masak.
Masukkan nangka yang telah direbus, asam keping dan sedikit garam.
Nota: jangan terlebih garam kerana ikan masin dah masin. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.

Sumber : https://resipibunda.me/

13. Sambal Mangga Ikan Masin


Bahan
  • 1-2 biji buah mangga muda
  • 1/4 cawan isi ikan masin
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • sedikit brown sugar/gula pasir
  • garam

Caranya:
1. Buah mangga disagat.
2. Ikan masin digoreng dan ditumbuk atau dicarik-carik. Boleh digunakan apa saja jenis ikan masin.
3. Bawang merah, bawang putih dan cili padi digoreng sehingga layu. Kemudian ditumbuk.
4. Akhir sekali gaulkan bersama semua bahan sehingga bergaul rata.

Sumber : http://www.kongsiresepi.com/

14. Resepi Sambal Totok Tumis Ikan Masin @ Sambal Cili Hijau Tumis Ikan masin


 
Bahan-bahan
  • 4 ekor ikan masin gelama (sudah digoreng terlebih dahulu)
  • * 1 genggam cili padi hijau (di tumbuk halus)
  • * 1/2 biji bawang merah besar (dihiris)
  • * 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • * 1 inci halia (dihiris)
  • 1 sudu kecil gula
  • Secubit garam
  • Secubit asam jawa (dibancur sedikit air)

Cara-cara
1. Tumis bahan bertanda * sehingga garing
2. Masukan asam jawa gula n garam.Gaul hingga sebati.
3. Masukan ikan kering.Gaul sebentar.Tutup api.Sedia untuk dihidang.Sedap di mkn bersama nasi panas, ataupun di buat cecah.
SELAMAT MENCUBA!

Resepi Masakan KampungKu

15. Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api



Bahan-Bahan:
  • Ikan masin-( terubuk,talang,duri dan yg sewaktu dgnnya)
  • Air asam jawa/ asam keping
  • Bawang besar - dihiris
  • Cili besar merah - dihiris
  • Tomato- dibelah 4
  • Gula dan serbuk perasa
  • Bahan ditumbuk kasar
  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Cili besar merah
  • Cili padi merah/ hijau
.
Cara menyediakan :
Ikan terubuk masin dipotong mengikut saiz yg kita nak. Rendam setengah jam.
Panaskan minyak di dlm kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali, tumis bahan yg di tumbuk kasar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata.
Masukkan gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Masukkan bawang besar yg dihiris, cili besar merah dan tomato, masak sehingga layu sedikit.
Akhir sekali masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul sehingga rata.
Angkat dan hidangkan dgn nasi panas...
.
Note: Ikan masin direndam dalam 30 minit - ikut suka kemasinan. Kalau mau kurang masin kena rendam lama sedikit.

16. Tumis Peria & Ikan Masin


Bahan-bahan
  • Sebiji buah peria - di belah di tengahnya, buang biji dan hiris nipis.
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji telur
  • 50gm ikan masin - talang
  • 1/2 cawan air
  • 1 kiub ikan bilis/ayam
  • garam secukup rasa (jangan letak jika ikan sudah terasa masin)

Cara memasak:

1. Isi ikan masin di potong kiub dan rendam dengan air untuk menghilangkan rasa masin, manakala peria di hiris nipis dan rendamkan dengan air garam sambil di ramas dan toskan untuk menghilangkan rasa pahit.
2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak, goreng ikan masin hingga berbau wangi.
3. Masukkan pula cili merah dan bawang putih sambil di kacau rata, dan campurkan dengan peria yang di potong tadi. Pecahkan telur ke dalam sayur sambil di kacau.
4. Masukkan air dan perasakan dengan kiub ikan bilis. Bila sayur telah masak bolehlah di matikan api dan hidangkan.


Selamat Mencuba
Masak sampai jadi!

Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete
Previous Post Next Post