Kalau teringin sangat2 nak modify motor korang tu, boleh bawa motor ke JPJ untuk buat pemeriksaan dulu ye.
Sekiranya motosikal yang diubah suai untuk tujuan pameran/perlumbaan dan sebagainya, dan diangkut untuk ke lokasi dengan lori, maka itu tidak menjadi kesalahan. Hanya motosikal yang digunakan di atas jalan raya akan berdepan tindakan seperti dinyatakan ini.
1. Ekzos bising
Ini antara yang paling biasa kita temukan. Paip ekzos lurus dengan peredam dibuang dan banyak lagi. Alasan yang diberi, ia akan membolehkan pemandu kereta dengar dan sedar keberadaan motosikal disekitar mereka. Tetapi jika ia terlalu bising, sebuah kesalahan akan tetap jadi kesalahan.
Kebisingan yang melebihi 2-3 dB ketika ekzos panas – berbanding yang diluluskan untuk VTA – mungkin dimaafkan (bergantung kepada budi bicara pegawai bertugas), tetapi lebih daripada itu, anda boleh dikenakan tindakan.
2. No plat pendaftaran
Satu benda yang gemar ditukar oleh pemilik. Selagi ia tidak melanggar peraturan paparan nombor plat pendaftaran, tak jadi masalah. Tetapi, sekiranya ia melibatkan ubahsuai visual plat berkenaan, misalnya dengan reka abjad-abjad fancy, permukaan berkilat, saiz huruf dan nombor yang kecil, timah “meleleh” dan lain-lain, maka itu satu kesalahan. Pemilik boleh dikenakan denda RM300.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Picthay, tindakan mengubah nombor plat kenderaan menyebabkan banyak implikasi dan lebih serius membabitkan kes jenayah.
Beliau berkata, jika sabit kesalahan pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan undang- undang di bawah Seksyen 14 ( 4) Akta Pengangkutan 1987 ( Plat fancy/ kabur/kotor) dan denda tidak melebihi RM 3,000," katanya.
3. Tayar gemuk
Apa-apa naik taraf atau “upgrade” yang dilakukan terhadap motosikal secara prinsipnya dibolehkan. Sebagai contoh, dalam kes penggunaan tayar gemuk. Tetapi, ia hadir dengan syarat; tiada ubah suai boleh dilakukan terhadap bahagian fork depan dan juga swingarm asal motosikal terbabit. Begitu juga sekiranya posisi brek telah dialihkan untuk disesuaikan dengan pemasangan tayar gemuk berkenaan – kerana sistem dan kedudukan brek sudah diuji dan diluluskan ketika VTA. Jika peralihan kedudukan kaliper brek dilakukan, maka ia menjadi satu kesalahan.
4. Tayar sotong
Menggunakan tayar “sotong” atau tayar yang terlalu kecil terang-terangan adalah satu kesalahan. Atas sebab apa? Mudah saja; keselamatan penunggang dan pembonceng. Tayar yang lebih kecil tidak akan dapat menampung beban seperti yang sepatutnya, seperti mana rekaan asal motosikal itu untuk kegunaan di atas jalan raya. Misalnya ketika dua orang menaiki motosikal berkenaan. Ini akan memberikan maklumbalas tunggangan yang berbeza dan merbahaya, terutama di selekoh.
5. Tiada cermin sisi
Ini satu lagi kelengkapan yang berkait secara langsung dengan faktor keselematan ketika menunggang. Maka, tiada cermin sisi adalah satu kesalahan yang sangat jelas.
6. Tukar coverset
Sekiranya pemilik menukar coverset asal sesebuah model itu, dan sekiranya ia melibatkan penukaran warna dari yang didaftarkan sebelumnya, maka dalam tempoh tujuh hari pemilik perlu memaklumkan kepada JPJ. Jika coverset itu mengubah bentuk asal model motosikal terbabit, maka ia satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.
7. Ubahsuai enjin
Macam-macam yang selalu dilakukan terhadap enjin; tukar piston, besarkan liang, tukar ECU dan sebagainya. Semua ini sangat jelas melanggar peraturan. Melainkan, lepas buat terus hantar ke JPJ untuk buat pemeriksaan. Jika diluluskan, maka tak ada masalah untuk digunakan atas jalan.
8. Modifikasi Secara Berlebihan
Jika motosikal-motosikal modifikasi secara berlebihan ini ditemui di atas jalan raya dan diperiksa on-the-spot, maka pihak berkuasa berhak untuk menyita motosikal anda. Bukan itu sahaja, pemilik juga akan dikenakan denda minimum RM3,000 sebelum boleh mengambil semula motosikal mereka, dan dalam masa tujuh hari motosikal terbabit perlu diubah kembali kepada spesifikasi asal dan dibawa untuk pemeriksaan JPJ bagi mendapatkan kelulusan. Denda maksimum untuk ini boleh mencecah RM20,000.
Sekian
Kredit : Ebidmotor.com