12 Iklan Raya 2021 Mesti Tonton, Penuh Nilai Murni Meruntun Hati

Dalam pada negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPB dan PKPD  berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19, tradisi iklan raya daripada syarikat terkemuka negara masih diteruskan dengan norma baharu.



Iklan raya dah diibaratkan seperti penambah perasa dalam sambutan hari raya, dinantikan setiap tahun dan menjadi kemestian. Jadi jom kita selongkar antara iklan/drama pendek raya tahun 2021 yang menggamit tontonan.

1. TNB Raya 2021 - Hikmah Raya Aida
Raya ini Aida kembali menghiburkan anda. Fuh, nampak macam serius je ni. Saksikan… #HikmahRayaAida

 
2. Iklan Raya Julie's - Ini Iklan Raya, tau?!
Wanita sememangnya memainkan peranan yang penting dalam setiap aspek, termasuklah iklan Raya kali ini. Ternyata kini mereka berani untuk tampil ke hadapan dan tidak terbelenggu dengan skrip yang sama lagi. This is a Raya ad, okay?

Scene 1: Walaupun warga emas nampak tua, mereka berdikari, mampu buat apa yang mereka nak dan berhak menikmati kehidupan yang bermaruah. Bukanlah mcm typical ads, kena duduk rumah tunggu anak balik, nampak passive and weak. 

Scene 2: Topik sembang tu xyah fokus on kahwin shj, ada lagi topik yg menarik dan bermakna. Status percintaan/kahwin tu privacy orang lain, jgn judge dan hormati pilihan orang lain jika masih bujang. 

Scene 3: Ahli keluarga perlu tanggung kerja rumah bersama2. Bukan hanya perempuan yang perlu masuk dapur masak je, lelaki pun boleh dan mungkin lebih bermampu dalam memasak. Stereotype dan persepsi lama yang kurang sesuai perlu diubah. 

Hope Malaysia terus ada iklan yg meaningful seperti ni pada setiap perayaan. 



3. Iklan Raya SAJI 2021 | Mangkuk Tingkat Mak Teh
Diilhamkan dari sebuah kisah benar. Ditujukan kepada mereka yang berada di belakang petugas barisan hadapan. Ahli keluarga yang resah menantikan kepulangan yang tersayang.

   
 
4. Watsons Raya 2021 - RayaUnikRayaIkonik
Saksikan filem Raya Unik, Raya Ikonik Watsons yang menampilkan @Ayda Jebat​, @DOLLA, Amy Search, @LOCA B​, Chef Wan dan Nabil Mahir! Tak kira apa jua perbezaan di antara kita, ikatan kekeluargaan pasti bertaut jua kerana air dicincang tidak akan putus.

 

5. Digi Raya 2021 - Andaian
Apabila hati terbuka dan saling memahami, keikhlasan yang tersembunyi akan dinyalakan. Saksikan andaian yang dibuat oleh Aliyah, dan bagaimana kebenaran akhirnya membawa kepada ketulusan hati dan jalinan lebih bermakna. Selamat Hari Raya Aidilfitri

 

6. Iklan Raya Yakult 2021: Throwback Rayakult

Hrmmm, ingat lagi tak masa Raya sebelum-sebelum ni?  Jom throwback raya sikit!


7. Iklan Raya MYDIN 2021 - Pulanglah Nak...
Syawal hampir menjelang tiba, puan Munah diuji apabila terpaksa berpisah dengan anaknya dan jiran-jiran terus memperkatakan tentang keluarga mereka.


8. PETRONAS RAYA 2021: Syukur Raya
Apa lah nasib Poji raya tahun ini. Dah lah tak dapat pulang beraya. Terpaksa pula berhadapan dengan Mak Jah, jiran sebelah rumah yang garang orangnya.


9. Iklan Raya Jakel 2021 - Cantikkkk!
Mencari persiapan raya memang sangat mencabar di bulan Ramadan ini! Jadi, tak perlu ke tempat lain. Semuanya ada di Jakel. Baju raya, langsir, karpet, aksesori hiasan dalaman, dan macam - macam lagi, semuanya di bawah satu bumbung! Harga pon berbaloi baloi! Cantikkkkkkkkkkkk!!
 

 
10. Setia Raya 2021 | Tradisi di hati, Setia di sisi
Raya ini, jadikan tradisi lama norma baharu. Kerana usaha membawa tradisi lama membawa kita setia bersama.



11. Ikano Centres Raya Kau Kaw Kaw!
 

12.  Iklan Raya Jalen - Raya Tak Lengkap
Adam sudah terbiasa membuat persiapan raya bersama emaknya pada setiap tahun. Mengemas rumah, membuat kuih raya dan deko raya semuanya dibuat bersama. Tapi tahun ini, adam terasa kehilangan apabila emaknya tidak bersamanya untuk membuat persiapan raya bersama seperti tahun-tahun lalu. Dapatkah Adam membuat persiapan rayanya sendiri pada tahun ini?
 


p/s : Masa bersama yg hilang waktu sekarang dan dipenjarakan oleh Pandemik

Selamat menonton
Mana satu Iklan Raya favourite korang tahun ini?

p/s : Iklan Raya TNB, Saji terbaik!

Pautan Iklan Raya Terdahulu

Klik Sini Iklan Raya 2020

Klik Sini Iklan Raya 2019
  

 
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post