10 Siri Filem Senario Dulu Kini Dan Selamanya Yang Mengimbau Nostalgia

Kebelakangan ni tular adegan tarik kereta daripada scene filem Senario Lagi (2000) tular di media sosial. Ada di antara kita mula menggamit semula kenangan zaman kegemilangan kumpulan Senario. 



Siri filem Senario ini merupakan antara siri filem terlama dalam sejarah perfileman di Malaysia.
senarai filem Senario. 

Jadi jom kita selongkar senarai siri filem-filem senario sejak dari era lewat 90-an dan sehingga kini. Yang epik dan legend!

1) Senario The Movie - 1999 
(Aziz M.Osman)
"Wa pnya bapak buat ini funfair utk org suka2 hati..tp lu orang suka2 hati bikin ini funfair mcm bapak lu orang pnya" Apek tokey funfair..Senario movie 1999



2) Senario Lagi - 2000 
(Aziz M.Osman)
Cerita ini adalah salah satu filem SENARIO yang box office ketika itu. Mengisahkan tentang Azlee yang baru saja dinaikkan pangkat telah membeli kereta terpakai "Wira Hijau" untuk membawa isteri, Zati (Syanie) dan Zali (Al-Fariz) untuk bercuti ke Cherating. 

Mazlan (Ejen Bank) sedang mencari kereta curi yang dibeli oleh Azlee dan mengekorinya hingga ke Cherating sekali. Azlee terserempak dengan Linda (Umie Aida) dan mereka berdua jatuh hati sesama sendiri dan membuatkan Zati cemburu. Mazlan mengajak Yassin tolong bawa kereta curi itu ke Kuala Lumpur tetapi dia menolak. Sedang asyik Azlee dan Zati bertengkar dalam kereta, mereka terlanggar Saiful yang membonceng motosikal. Wahid (pencuri kereta) telah mencuri kereta Azlee dan bawa lari ke Thailand.


3) Lagi-lagi Senario - 2001 
(Aziz M.Osman)
Senario roti canai yang mencetuskan fonomena
Wahid seorang pelayan di restoran eksklusif dipecat oleh majikannya apabila pelanggan yang dibawanya masuk ke dalam restoran mengkritik masakan yang dibuat oleh ketua chef yang juga merangkap pemilik restoran tersebut. 

Setelah gagal mendapatkan kerja setaraf kerjayanya yang lalu, Wahid akhirnya menjadi pelayan di warung Azlee. Yassin dan Saiful, turut bekerja di warung Azlee. Masing-masing bekerja sebagai pelayan dan penebar roti canai. 

Warung Azlee popular kerana keistimewaan roti canai buatan Saiful. Suatu hari, seorang pemuda bernama Mazlan, membuka warung bersebelahan warung Azlee. Mulanya, Azlee tidak berasa tergugat kerana menganggap kehadiran warung baru itu bakal memberi persaingan sihat.



4) Senario Lang Buana - 2003 
( Mamat Khalid)
Filem ini membawa penonton ke era zaman lampau iaitu sebelum abad ke-19 tetapi kisah yang dipaparkan berkaitan dengan masyarakat Malaysia hari ini. Ia mengisahkan tiga orang pemuda - Gunung, Daik dan Bercabang - yang melarikan diri daripada menjadi hamba abdi kepada Orang Kaya Seri Bentan.



5) Senario XX - 2005 
(Aziz M.Osman)
Zoragon berasal dari planet Marikh. Dia bertugas mengendalikan kapal angkasa yang mengangkut bahan tenaga dari Zurah ke Marikh. 

Suatu ketika, kapal angkasanya mengalami kerosakan akibat diserang oleh Jeneral Zoragas dan pembantunya Zolidia yang ingin memiliki mesin kuasa yang disimpan oleh Zoragon. Mesin kuasa itu mampu dijadikan senjata dan Jeneral Zoragas mahukannya untuk merampas kuasa Raja Zaragus.

 

6) Senario Pemburu Emas Yamashita - 2006 
( Aziz M.Osman)
Boy, Put, Seman dan Jali telah dihantar ke klinik mental diatas kelakuan yang tidak stabil. Tetapi, sebenarnya mereka ini waras pemikirannya, cuma dimasukkan ke dalam klinik tersebut diatas kelakuan mereka dimana Put gemar meludah, Boy dan Seman memerlukan class mengawal panas baran dan Jali mengaku telah berjumpa dengan askar Jepun dalam hutan yang memberi satu peta kepada harta karun Jeneral Yamashita.


7) Senario The Movie Episode 1 - 2008 
(Ahmad Idham)
Filem ini mengisahkan pengembaraan 3 sahabat untuk mencapai cita-cita menjadi bintang. Mazlan, Azlee dan Wahid datang dari kampung dan negeri yang berbeza. Tujuan mereka hanya satu iaitu menghadiri uji bakat di Kuala Lumpur dan menjadi pelawak terkenal tanah air. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka hadapi untuk mencapai impian tersebut.


8. Senario The Movie Episode 2 : Beach Boys - 2009 
( Ahmad Idham)
Dalam Senario The Movie Episode 1, Azli, Wahid, dan Mazlan merupakan tiga sekawan yang sangat rapat dan di akhir cerita mereka bekerja di Zoo Negara. Setelah bosan 3 bulan bekerja, mereka merancang untuk pergi bercuti. Setelah meneliti pelbagai destinasi percutian di dalam internet, mereka sepakat memilih Teluk Dalam Resort sebagai destinasi pilihan. 

Melalui gambar dan info-info yang diberi, Teluk Dalam Resort merupakan destinasi percutian tepi pantai yang amat menarik. Oleh itu, mereka mulai memohon cuti selama 2 minggu untuk bercuti.


9) Senario Asam Garam - 2010 
( Hatta Azad Khan)
Bermula dengan kejadian Asam dan pembantunya Garam cuba mensabotaj warung Cik Hawa dan pejabat Pak Adam. Akan tetapi, usaha mereka gagal kerana kebodohan sendiri. Asam dan Garam memang sakit hati akan Pak Adam kerana Pak Adam ialah seorang kontraktor yang jujur dan disukai oleh Cik Hawa. Pak Adam, Asam dan Garam tinggal di sebuah kampung dan menjalankan perniagaan pembinaan.

 

10) Senario The Movie Ops Pocot - 2011 
(Ismail Bob Hashim)
Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatandi sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat danmudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya.


Filem Senario ini ingat lagi dulu-dulu memang bila muncul di kaca tv sewaktu tayangan filem hari raya, mengumpulkan seisi keluarga duduk di depan kaca bergelak ketawa tv setiap kali menonton.  So nostalgik!

Jadi dalam banyak-banyak filem Senario di atas, 
Mana satu filem Senario pilihan korang?


Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post