Nasi Putih Terlalu Biasa? Cuba 14 Jenis Resipi Nasi Ini Untuk Hidangan Istimewa Buat Tetamu

Resepi nasi boleh menjadi pilihan makanan sedap dan mengenyangkan untuk keluarga dan tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Apabila tetamu berkunjung ke rumah, pastinya tuan rumah ingin menyediakan hidangan nasi yang lebih istimewa untuk mereka.



Jadi pilihan pelbagai jenis nasi berwarna warni dan berperisa ini sedia dihidangkan bersama lauk pauk serta kuahnya. Anak-anak juga boleh menikmati nasinya yang berperasa begitu sahaja.

1. Nasi Kerabu



Ni resepi nya ye 

Nasi Kerabu Nenek 

Utk nasi
-1kg beras dan air secukupnya
-bunga telang blend dgn sdikit air kmdian tapis @ blh je guna pewarna biru
-masak nasi spt biasa

Utk tumis budu

-4 ulas bwg putih,6 ulas bwg merah,1 labu bwg besar, 1 inci halia, 2-4 btg serai dan cili kering ( blend semua bahan)
-1 cwn santan pekat
-1 botol kecil budu
-1 keping manisan
-2 keping asam keping
** tumis bahan blend smpai masak, masuk budu dulu baru masukkan santan,manisan dan asam keping...masukkan garam, 1 sudu gula dan ajinomoto.kacau smpai dia pekat..

Sambal ikan
- 1/2 kg ikan, rebus terlebih dahulu, sejukkan kmdian buang tulang
- msukkan ikan td dlm kuali tanpa minyak,kemudian masukkan serai yg dihiris halus dan sedikit gula. Kacau smpai btul2 kering..

Utk ulam
Bunga kantan, kobis, daun samak, daun kesum
( blh je letak ulam ape yg uolls suka)

Pelengkap nasi kerabu
Ayam bakar/ goreng, keropok, solok lada,telur masin dan sambal....
Yummy 
Selamat mencuba

Kredit Resepi : afifi pauzi via mahn

2. Nasi Arab




Petang ni masak nasi arab versi simple. Kebetulan rumah Mak Mertua byk lagi rempah dan bahan masak tak terusik lepas wife kemas dapur dia pagi tadi.. so bahan² tu saya kidnap bawa balik rumah hehehehe.. jadi petang ni saya masak nasi arablah. Nasi arab ni saya buat versi ikut suka hati je dan kalau nak resepi saya dah tulis siap² kat bawah.

Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi


1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong 4)
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
*kalau xde serbuk jintan bleh gantikan dengan serbuk rempah sup adabi)
pewarna kuning
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)

Bahan-Bahan Tumis

5 ulas bawang merah (kisar/mayam)
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
*tumis semua bahan² sampai garing.

Bahan-Bahan untuk Sos/sambal

Buah tomato masak
Cili merah
Bawah putih
air
garam
gula
*kisar semua

Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam

1) Sediakan air dalam periuk dan direbus terlebih dahulu sampai memdidih pastu boleh masuk ayam. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan sebab nanti air ni akan digunakan utk masak nasi.
 
2) letak bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.

3) Masukkan bahan-bahan tumisan & serbuk jintan ke dalam periuk ayam juga. perasakan dgn garam dan gula.

4) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana.

5) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.

Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

6) Cucikan beras sampai bersih.

7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.

 Taburkan bawang goreng, kalau ada kacang peas dan kismis bleh letak semasa nasi masak... lagi sedap.

9) Masukkan sedikit pewarna kuning dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.

10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.

11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.

12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan acar sayur, sos dan ayam.

Cara-Cara untuk Memasak Ayam

Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna kuning. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam. Bakar sekejap dalam oven atau pan untuk dptkan texture luar yg garing sket sbb ayam dah sedia masak masa merebus.

Kredit Resepi : wan muhammad hafiz satar
3. Nasi Ayam


Bahan2 membuatnya:

1 ekor ayam
2 kiub pati ayam
10 cawan air(air secukupnya..kalau suka banyak kuah tambahkan lagi)
dan sedikit garam

Rebus ayam tadi bersama2 bahan2 di atas sehingga ayam empuk.... kemudian asingkan ayam tadi,toskan airnya.... so kita dah dapat air rebusan ayam. Kemudian... kita perapkan ayam pula k... kalau nak lagi sedap... perapkan semalaman...

Bahan2 lain:

Ayam yang telah direbus tadi
*2 batang serai
*sedikit halia
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
(Bahan2 bertanda * dikisar dengan sedikit air)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos barbeque
2 sudu besar kicap
sedikit garam

Cara2 membuatnya:

Gaulkan semua bahan2 di atas bersama2 ayam yang telah direbus tadi...
Perapkan 3-4 jam. nak lagi sedap

Bahan2 membuat nssi:

4 helai daun limau purut
3 batang serai
4cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
*1/2 biji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda* ditumbuk halus)
2 kuntum bunga lawang
sedikit marjerin/mentega
3 cawan beras (cuci bersih dan ditoskan)
4 1/2 cawan air rebusan ayam
1 paket sup bunjut adabi
sedikit garam

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan marjerin di dalam periuk nasi di atas dapur...
2. Tumis bahan2 tumbuk,serai,daun limau purut,kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan sup bunjut
4. Masukkan air rebusan ayam.
5. Masukkan beras.
6. Masukkan garam secukupnya
7. Kacau rata dan biarkan mendidih. Kalau nak nasi cantik, masukkan sedikit pewarna kuning.. Tutup api.
8. Kemudian angkat periuk tadi.. "On" kan periuk nasi dan masak seperti biasa.

Bahan2 membuat sup:

Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil2
air rebusan ayam secukupnya
1 paket sup bunjut
1 kiub pati ayam
*sebiji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda * dihiris halus/ditumbuk)
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit kulit kayu manis
sebatang carrot dihiris halus
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
garam secukupnya

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak sahaja. Tumiskan bahan rempah,bawang putih,bawang besar,halia dan sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
2. Bila dah garing,masukkan ayam.biarkan ayam kecut.
3. Masukkan air rebusan ayam.
4. Masukkan kiub pati ayam.
5. akhir sekali masukkan daun sup,daun bawang dan carrot. Biarkan mendidih dan pastikan ayam dan carrot empuk. Tutup api.

Bahan2 membuat sos cili:

5 tangkai cili hidup
4 ulas bawang putih
sedikit cuka
sedikit gula
sedikit garam
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar air panas

Cara2 membuatnya:

Kisar semua bahan2 di atas.
dah siap sos cili.

kemudian goreng ayam yang kita dah perap tadi... tak payah goreng lama2..
hidangkan bersama2 salad,timun dan tomato.
hiaskan ikut citarasa masing2.



4. Nasi Beriani Ayam



Bahan nasi:

4 cawan beras basmati - dicuci bersih, ditoskan (sebaiknya guna beras basmati Faiza)
1/4 cawan susu cair
6 cawan air biasa
1 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia tua dikisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
>< 3 sudu besar minyak masak
1 pokok daun saderi - patah-patahkan
1 pokok daun bawang - patah-patahkan
1 tangkai daun pudina - patah-patahkan
1/4 cawan kismis - goreng dan toskan minyaknya
1/4 cawan gajus - goreng dan toskan minyaknya
segenggam bawang goreng
beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:


1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.
2. Masukkan susu cair, air dan beras. Tambahkan sedikit garam. Kacau sebati.
3. Bila sudah mendidih kacau lagi dan tutup periuk.
4. Bila air nasi sudah kering buatkan lubang-lubang menggunakan chopstick dan titiskan beberapa titik pewarna kuning. Taburkan atasnya dengan gajus dan kismis yang digoreng tadi bersama daun saderi, daun bawang, bawang goreng dan daun pudina. Tutup periuk.
5. Agak-agak nasi hampir tanak, buka tudung periuk dan gaul sebati dengan bahan-bahan tadi.
6. Masak nasi hingga tanak dan sebelum dihidang buanglah segala macam dedaun tadi.

Bahan ayam masak beriani:


>< 1 kg ayam - potong ikut suka
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 biji bawang besar dadu kecil
3 ulas bawang putih tumbuk lumat
1/2 inci halia muda tumbuk lumat
1 paket kecil rempah beriyani faiza
2 biji tomato dadu kecil
2 biji kentang potong 8
1 batang lobak merah potong ikut suka
rempah tumis 4 sekawan
1 pokok daun pudina - ambil daunnya
1/4 cawan yougart
air secukupnya
1 kiub ayam
garam secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit serbuk. Goreng separuh masak, ketepikan.
2. Dengan lebihan minyak tadi tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan tomato dan kacau sebati. Masak lagi.
4. Masukkan rempah beriyani dan kacau sebati. Bila naik bau masukkan yougart dan air.
5. Masukkan juga lobak dan kentang.
6. Bila lobak dan kentang mulai empuk masukkan kiub ayam dan ayam yang sudah digoreng tadi, kacau sebati. Tutup kuali dan perlahankan api supaya ayam dan lainnya masak dengan mesra.
7. Masukkan daun pudina, kacau lagi dan rasakan masinnya.
8. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.

Bahan acar mentah:

1/2 biji nenas - buang empulur, potong kecil
1 biji timun - buang empulur potong panjang
1 biji lobak merah - potong panjang halus
1 biji bawang merah - belah 4 dan hiris
2 batang lada merah - hiris
3 sb cuka - saya guna cuka kurma
garam
gula
sedikit air panas

Cara-caranya:

1. Masukkan lada merah dan bawang besar dalam mangkuk. Tambahkan garam, cuka kurma, garam dan gula. Masukkan juga air panas. Kacau sebati.
2. Masukkan nenas, timun dan lobak merah dan gaul merata dengan bahan-bahan tadi.
3. Rehatkan dahulu sebelum dihidang.


5. Nasi Bukhari Ayam


 

Bahan-bahan:

1 ekor ayam, bersihkan ketulan ayam dan peramkan dengan 1/2 kecil sudu kecil (tsp) garam, 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan secubit lada hitam selama 30minit - 1jam.

Cara:

Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan ketulan ayam telah diperam dan goreng dgn minyak sedikit sehingga ketulan ayam bertukar ke warna kuning keemasan (Ia sebenarnya “grill” ayam). Semasa gorengan anda mungkin rasa kesulitan pada permukaan ketulan ayam melekat pada permukaan kuali, untuk menhindarkan ini, guna kuali tidak melekat (Non-Stickable Pan). Jika anda tidak punyai kuali jenis ini dan untuk goreng dalam kuali biasa, lumurkan sedikit minyak pada ketulan ayam yang ingin digoreng sebelum lepaskan dalam kuali. Tujuan goreng ini cuma untuk menguatkan permukaan luar isi ayam supaya ia tidak mudah hancur bila masak dengan nasi. Jangan goreng sampai masak ketulan ayam ini, sekadar 1/4 masak sudah cukup. Sekiranya masak penuh jus ayam ini akan kering dan untuk rasa kesedapan nasi kelak. Angkat dan asingkan ketulan ayam yang telah digoreng.

Bahan-bahan untuk menumis ayam:

1 sudu kecil (tsp) biji ketumbar.
1 sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
1 kpg 2″ kayu manis.
6 biji buah pelaga.
6 kuntum bunga cengkih.
1/4 sudu kecil lada hitam.
* 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
Sagai semua bahan-bahan tersebut kecuali serbuk kunyit dan kisar halus untuk dijadikan rempah
2 biji bawang labu sederhana besar di hiris halus.
1 sudu besar pes halia bawang putih.
2 helai daun shaiba.
2 btg karot dihiris.
2 btg karot disagat.
6 biji tomato cherry dibelah dua.
pes tomato puri
2 helai daun beriani/salam.
1/2 sudu kecil teh (tsp) garam atau cukup rasa.
1/2 sudu kecil (tsp) garam masala.
1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
1 sudu besar stok ayam (maggi)

Cara:

Gunakan minyak yang sama goreng ayam dan ditambah 1 sudu minyak sapi (itu pun kalau suka) dipanaskan kembali, masukkan hirisan bawang, goreng hingga layu (jangan sampai garing), masukan lobak hingga layu.
Masukkan semua rempah dan garam. Kemudian masukan pes halia bawang putih. Goreng sehingga bau haruman rempah dikeluarkan. Masukkan ketulan ayam tadi. Tutup periok anda dan perlahan api untuk ayam separuh masak.
Bila ketulan ayam masak 1/2 , masukkan puree tomato, dan susu cair. Tambahkan kiub ayam, perlahankan api dapur. Biarkan kuah nya menjadi pekat (pes). Keluarkan ketulan ayam saja. Biarkan kuahnya.
Masukan air (air untuk masak beras basmathi ialah nisbahnya 1:1 bermakna masukan beras dalam bekas dan ratakan paras dan tandakan paras beras. Sukatan air adalah sama dengan paras beras. Jangan lupa sukatan ini walau pun anda masak jumlah yang besar. Ini formulanya. Biarkan air mendidih dan masukkan beras yang ditapis kering. Untuk sedap lagi anda boleh masukkan 1-2 kiub ayam dan sedikit gula kedalam kuahnya. Rasa airnya untuk kemasinan yang sesuai biasanya 1/2 sudu kecil garam sudah memadai untuk resepi ini.
Penyediaan Nasi:
kg basmathi di basuh dan direndam selama 1/2 jam ( mamak haji suka rendam dalam bekas air panas selama 3-4 minit, kacau rata dan terus toskan air untuk mempercepatkan lagi proses rendaman ini, cara ini lebih baik dari rendam beras). Tentang basmathi ini ramai pengunjung blog bertanyakan jenama terbaik. Kualiti beras basmathi terletak pada size panjang atau pendek. Kalau panjang harga pun lebih panjang dan tinggi. Maka terpulanglah pada anda untuk memilihnya. Masukan beras bila air mula mendidih. Bila nasi mula masak kacau perlahan-lahan (jangan sampai butir nasi pecah).
Bila nasi mula sejat kecilkan api dapur ke minima supaya nasi tidak hangus. Titiskan pewarna oren merah di tiga atau empat tempat dimana gelembung udara dibebaskan. Ini bertujuan warna ini ke dasar nasi. Cara warna ini untuk ada butir-butir nasi berwarna oren dan mencantikan hidangan. Ia juga mengelakan keseluruhan nasi bertukar warna dari warna asli masakan. Segera tutup tudung periok dan tentukan tiada wap terkeluar dengan menggunakan gam tepung gandum atau lilit kain di sekeliling periok (seperti menyediakan nasi beriani gam Johor). Setelah masak terbalikan nasi supaya bahagian nasi yang belum masak akan ke bawah dan bahagian bawah nasi naik keatas dengan menggunakan sudip. Ratakan kembali nasi dan taburkan buah kismis dan buah badam yang telah goreng tadi ke atas permukaan nasi.
Bila nasi telah siap anda boleh hidangkan dengan ketulan ayam sekali. Selamat mencuba.

Nota: anda bolehlah ubah cara masak dengan terus gunakan rempah kurma atau pun dengan rempah sup atau kari. Kalau mengikut resepi asal tomato segar di kisar dan guna yogurt. Rempah di atas sebenarnya rempah kurma yang sedia dijual.

6. Nasi Dagang Ganu Kiter





NASI DAGANG

Bahan-bahan:

1 kilo beras (direndam, dicuci dan ditoskan)
3 cawan santan cair
2 sudu teh halba
1 inci halia (dihiris nipis)
10 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 sdt gula
1 sdt garam

Caranya:

1. Masukkan beras yang dicuci bersih ke dalam
pengukus yang telah dipanaskan. Kukus
beras tersebut selama 30 minit.
2. Pindahkan ke dalam mangkuk besar,
masukkan santan dan gaulkan ia. Kemudian
dikukus lagi selama 30 minit.
3. Pindahkan lagi ke dalam mangkuk dan
tambah halba, halia, bawang, gula serta
garam. Teruskan lagi mengukus selama
20 minit.
4. Bila dah masak barulah di angkat untuk
dihidangkan.

Kari ikan tongkol:

4 sudu minyak masak
3 cawan santan
2 keping asam gelugur
350 gm ikan tongkol (dipotong menjadi keping)
1 tangkai cili hijau ( dibelah dua)
1 tangkai cili merah (dibelah dua)
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Pes rempah:

10 ulas bawang merah
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
3 sudu besar cili kisar

Caranya:

1. Kisar bahan-bahan pes rempah hingga
halus.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan
bahan rempah
hingga wangi. Tambah santan serta asam
gelugur dan renehkan sebentar.
3. Masukkan ikan. Biarkan sekejap dan
perasakan garam serta gula. Tambah cili
dan renehkan selama 5 minit atau sehingga
masak.

Acar timun:

100 gm timun
100 gm lobak merah
100 gm cili merah dan cili hijau
50 gm bawang besar
60 ml cuka
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Caranya:

1. Timun dipotong 2 inci dan buang biji di
tengahnya. Mayang halus seperti batang
mancis.
2. Lobak merah, cili merah serta cili hijau
dihiris seperti timun juga.
3. Bawang besar dibelah 2 dan dihiris halus.
4. Rendamkan bahan hirisan tersebut ke
dalam air kapur selama 30 minit. Kemudian
cuci bersih dan toskan. Biarkan sehingga
ia kering.
5. Gaulkan, gula, garam dan cuka hingga sebati.
6. Kemudian hidangkan bersama nasi.

7. Nasi Daging Utara




Nak RESEPI? Meh kak fana share. Tapi sukatan takdak naa. Kita main campak campak baling masuk periuk ja hahahah

Cara masak
------
Daging fresh rebus dulu

Rebus sekali kulit kayu manis + bunga lawang + jintan manis + buah pelaga + sedikit garam.

Rebus sampai daging tu separuh masak. Air rebusan tu kang nak guna buat masak nasi

Bahan nasi
--------
2 cawan beras basmathi (Beras rendam dulu sejam dgn sedikit garam bagi kembang)
3 cawan air rebusan daging (pakai cawan yg sama dgn sukatan beras.
1 cawan beras = 1 setengah cawan air)
Minyak sapi
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Serai
Serbuk kari daging (tak payah byk)
Serbuk kurma (letak lebih sikit utk sedap)
Serbuk kas kas (sedikit shj)
Garam
Buah tomato
Daun ketumbar

Cara buat
-----
Mula2 tumbuk bawang merah + putih + halia.

Tumis bahan tumbuk td dgn mnyk sapi dalam periuk sampai agak garing.

Masuk rempah kurma + sedikit rempah kari daging + serai + lada hitam yang ditumbuk + garam + serbuk kas kas + sedikit air. Tumis sampai pecah minyak

Masuk 3 cawan air rebusan daging.

Kemudian masuk beras yg direndam tadi. Tos dulu buang air. Kacau2 skt beras tu dlm periuk.

Bila nasi dh agak masak. Masuk daging yg direbus yg dah empuk dan daun ketumbar dlm periuk. Kacau2 biar masak bersama nasi. Tutup api. Siap !!!

Bahan utk air asam
-----
Cili padi
Asam jawa
Garam
Belacan
Kerisik
Buah tomato
Bawang kecil

Cara buat
---
Tumbuk cili padi + garam + belacan smpai agak lumat

Kemudian masukkan dlm mangkuk. Perah air asam jawa pekat2. Gaulkan dgn cili tumbuk tadi. Potong bawang dan tomato nipis2. Boh sekali dlm bahan cili. Last sekali boh kerisik sikit. Yummmm sedap.

Makan panas-panas sedap gila baq hang !! Laki panggil pun tak perasan dah hahahh

Hangpa nak share silakan. Kak fana halalkan ilmu.

Ikut betoi2 tau. Kalau tak jadi jangan mai serang cheq pulak. Cheq bagi resepi betoi dah

Selamat mencuba !!

Kredit Resepi : nor farhanA

8. Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah




 

A) Nasi Kukus

Bahan-Bahan
4 cawan beras
3 cawan air
2 helai daun pandan - simpul
Cara Memasak Nasi Kukus

#1: cuci bersih beras kemudian rendam sekejap dan toskan. selepas tu didihkan air dalam dalam pengukus dan masukan daun pandan simpul agar rasanya lebih sedap.

#2: kukus beras selama kurang lebih 25 menit atau samapi beras dah sepraruh masak. selepas itu keluarkan beras dari dalam pengukus dan rendam beras dengan air sehingga air rendaman menjadi sejuk (agar lebih cepat sejuk tukar selalu air rendaman )

#3: kukus kembali beras tadi selama 10 - 15 minit sahaja. selanjutnya, keluarkan beras dan gaul dengan air 3 cawan dan biar sampai air tersebut menyerap masuk ke dalam beras.

#4: kukus kembali hingga nasi masak selama 15 minit. dan nasi kukus dah siap sekarang kita memasak yang lain.

B) Ayam Goreng Berempah

Bahan Perap
6 ketul ayam - perasakan dengan garam dan kunyit
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit oregano (xboh pun xpe)
minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar

6 cm halia muda - kisar
4 ulas bawang merah - kisar
3 batang serai - kisar
3 ulas bawang putih - kisar

Cara Memasak Ayam Goreng Berempah

#1: gaul ayam dengan semua bahan perap tadi kecuali minya sahaja. selepas itu masukan bahan kisar dan gaul sebati

#2: perap ayam tadi selama 1 jam tapi lebih lama lagi sedap. kemudian goreng ayam perap dengan api sederhana.

C) Kuah Kari

Bahan-Bahan

2 biji bawang besar
2 sudu besar cili kisar
2 tangkai daun kari
5 biji tomato
1 cm kunyit hidup
1 peket rempah kari
1 keping asam keping
potongan kecil ayam 1 mangkuk (boleh guna tulang ayam)
1 kuntum bunga lawang
stok daging ayam lebih kurang 2 liter
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
Cara Membuat Kuah Kari

#1: kisar kunyi hidup, tomato, dan bawang besar menggunakan pengisar makanan dan campurkan sebagahagian hasil kisaran dengan kuah kari.

#2: panaskan minyak dalam periuk dan tumis bunga lawang, daun kari, dan kayu manis dan masukan campuran rempah kari dan masak hingga garing. selepas itu masukan cili kisar.

#3: masukan lebihan kisaran tomato dan bawang tadi dan masak hingga garing. kemudian masukan stok daging dan masak sehingga mendidih. masukan garam, gula, asam keping, dan ayam. masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. terakhir perasakan secukupnya

D) Sambal Belacan

sambal belacan ini cukup istimewa sebab saya masukan juga ikan bilis dan anda juga boleh membaca artikel saya resepi sambal tumis ikan bilis yang saya tulis beberapa hari lalu.

Bahan-Bahan

4 biji bawang merah
3 biji cili merah
1 inci belacan
3 ulas bawang putih
garam dan gula secubit
perhan jus limau kasturi
setengah genggam ikan bilis
2 sudu minyak
10 biji cili padi
Cara Membuat Sambal Belacan

#1: belah cili padi menjadi 2 bahagian agar saat digoreng tidak meletup dan potong bawang

#2: panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau hingga layu je.

#3: angkat dan masukan dalam lesung. tambahkan dengan limau kasturi yang telah dipotong-potong, sedikit gula dan garam. selepas tu tumbuk semua bahan tadi di dalam lensung.

#4: Terakhir sekali, hidangkan sebagai pencicah ngan ulam-ulaman atau ngan ikan masin dan sayur bening.

itu je resepi nasi kukus ayam goreng berempah dan kuah yang saya nak bagi. saya harap boleh berguna untuk anda yang sedang mencari idea memasak hari ini, terima kasih.

9. Nasi Lemak Sambal Sotong




BAHAN-BAHAN NASI LEMAK:

4 cawan beras
4 cawan air
1 cawan santan pekat
1 batang serai besar-dititk
3 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
10 biji lada hitam
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK:

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , masukkan serai , halia , biji lada hitam , bawang merah dan daun pandan serta garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .

BAHAN-BAHAN SAMBAL SOTONG:

1 kilo sotong
2 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
3 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

10biji cili kering - boleh ditambah
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar/grill

CARA MEMASAK:

1) Sotong di bersihkan dan dipotong kemudian ditos dan ketepikan dulu.
2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .
3) Masukkan sotong , bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . Sotong ni akan keluarkan sedikit air so tak perlu tambah air untuk kuah xtra. Sambal mesti la cukup semua rasa dan saya memang akan guna extra gula sebab nak bagi balance rasa pedas sambal .Sotong tak perlu dimasak terlalu lama nanti akan jadi agak liat so kacau sambal sampai sotong nampak layu dan boleh la ditutup api dapur.

10. Resipi Nasi Hujan Panas




Kita buat nasi hujan panas hari ni..tp xtau la knapa namanya mcm tu..trpikir apa yg panas,apa yg hujannya
Resepi kt bawah ye..

Bahan-Bahan:
3 cawan beras basmati (cuci bersih dan toskan)(sy tak rendam beras dulu ye)
3 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1cm halia (kisar)
Rempah 4 sekawan (B.lawang, cengkih, pelaga, kulit ky manis)
Minyak/Mentega
Pewarna merah,ijo n kuning
Garam dan serbuk perasa
Hirisan daun bawang & bawang goreng.

Cara2:-
*Panaskan minyak, tumis 4 sekawan dan juga bahan2 kisar hingga naik bau.Masukkan mentega..
*Perasakan dgn garam dn serbuk perasa.
Masukkan air(ikot sukatan beras,klau 3 cwn beras,3 cawan air).
*Masukkan beras dan susu cair dan gaul sebati.Biarkan nasi masak mcm biasa dlm rice cooker.
*Bila nasi dh kering,titiskan pewarna merah, kuning dan ijo(ikot citarasa masing2)
*Tutup semula periuk dan tunggu smpai nasi masak.
*Bila nasi dah masak,gembur2 kan dan tabur la daun bawang/daun sup dan bawang goreng..
#daun_padan tu sepatutnya tumis skli tp disebabkan terlupa,simpul buat hiasan ajela

Kredit Resepi : muhammad azhari via mahn

11. Nasi Minyak Kampung




Arini akk msk nasi minyak kampung yg sgt bermakna bg akk utk ank bujang akk sebagai hadiah utk pencapaian 9a dia dlm pt3..nasi ni..mmng pebret dia dr kecik lawan plk dgn ayam msk merah..
Bergenang airmata akk bila akk tnya apa hadiah yg dia nk n dia jwb nk mkn nasi minyak mama..betapa airtangan seorang ibu itu membawa erti yg cukup besar bg seorang ank..pengikat kasih syng hingga ke akhir hayat..alhmdulillah utk kasih syng yg indah ini...


Akk share resepi pd yg nk cuba ya...simple je tp ank2 akk mmng suka..

Bahan:
3 pot beras basmathi(akk guna jasmin basmathi pusa gold)
5 pot air(1 pot d guna utk blend dgn bwng goreng)
2 sudu mkn planta(nk guna minyak sapi pun blh)
Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
Rempah sup bunjut adabi-1
1 genggam bawang goreng(mesin dgn air)
1 sudu mkn kismis
Garam n perasa
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*1/2 inci halia

Cara:
Blend bhn bertanda *
Panaskn rice cooker..masukkan planta
Tumis rempah 3 serangkai
Masukkan bhn blend..masukkan rempah sup bunjut
Masukkan kismis,garam n perasa
Masukkan bwng grng yg dh d blend dgn 1 pot air
Masukkan beras
Akhir skali masukkan lg 4 pot air..
Tutup periuk dan biar hingga msk..
Bila dh masak..kaiskn dgn garfu (utk elakkn nasi jd patah2)

Untuk lauk nasi minyak boleh dipadankan dengan lauk ayam masak merah dan lain-lain.

Kredit Resepi : mazliza Ahmad

12. Nasi Tomato Ayam Masak Merah




BAHAN NASI TOMATO:

500gm beras
2 ulas bawang putih | dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
125gm minyak sapi
2 kuntum bunga cengkih
2.5sm kulit kayu manis
190gm pes tomato
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-caranya:

1.Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bahan hiris sehingga kekuningan.
2.Selepas itu masukkan pes tomato. kacau sehingga pecah minyak.
3.Masukkan beras, air secukupnya dan garam secukup rasa. Kacau rata.
4.Tutup periuk dan tanak sehingga masak. Jika suka boleh letak kismis.
5.Hidangkan bersama Ayam Masak Merah tadi.

BAHAN AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam - potong kecil dan dibuang kulit
20 tangkai cili kering - dikisar
7 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
sedikit halia kisar
sedikit lengkuas kisar
5 batang serai kisar - ambil bahagian yang putih sahaja
1 cawan santan pekat
sos tomato secukupnya
serbuk kunyit
garam
sedikit asam jawa
gula apong

Cara-caranya:

1. Lumurkan ayam yang dipotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam secara merata. Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.
2. Dengan minyak lebihan goreng ayam tadi (kalau banyak sila kurangkan terlebih dahulu) tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan santan dan kacau lagi.
3. Tambahkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa dan kacau sebati.
4. Masukkan sos tomato dan kacau lagi.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga sebati.
6. Kacau sekali sekali dengan api sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis tadi benar-benar mesra, bolehlah dihidang

13. Nasi Mandy
Fariz Muhazir



Resepi mudah dan sedap
1 cooksnap

Ramuan
2 cawan beras basmathi
Rempah serbuk mandy(boleh beli online)
Rempah tumis mandy (boleh beli online)
1/2 ekor ayam
3 ulas bawang besar
2 batang cili hijau
Tomato puri 2 sudu
Garam dan gula
Sebiji lemon
Minyak sapi / planta
1 labu bawang putih
Tomato 4 biji
1 batang Timum
1 sudu besar pewarna kuning (optinal)
Minyak zaitun satu sudu (salad)
1 sudu kecil Sebuk lada hitam untuk salad

Langkah
Ayam pangang mandy. Perap kan ayam dengan 1 sudu setengah sebuk rempah mandy dan perasa dangan garam biar kan dalam sejam. bakar dengan air friyer suhu 180 20 minit atau oven suhu 180 45 minit.selepas 20 minit sapu planta ke ayam untuk dapat kan minyak dan bagi ayam cantik.. bakar lagi 10 minit. simpan minyak ayam untuk nasi.

Nasi mandy pula. Rendam beras selama 20 minit dan tos kan. Panas kan minyak sapi atau planta. Tumis bawang besar dan bawang putih masuk kan rempah tumis mandy (buah pelaga. Kulit kayu manis, bunga cengkih dan lumi). Kemudian apabila semua dah naik bau dan kekuningan masuk kan satu sudu besar rempah mandy.

Masuk kan air 2 cawan ikut sukatan cawan beras dan biar mendidih kalau boleh masa ni dah masuk kan garam perasakan bagi betul2 ngam dan tengok air jangan kurang banyak.. dah mendidih masuk kan beras dan tanak dengan api kecil supaya nasi masak cantik.. selepas tu nasi dah nak masak. Masuk kan minyak yang bakar ayam tadi dan gaul jangan kacau nasik tu kuat. Supaya nasi cantik.. masuk kan pewarna kuning kalau mau kalau tak pun tak per. Siap dah nasi

Sos harrah. Untuk sos bland cili api ikut kepedasan yang mau.bawang putih 3biji, tomato 2 biji buang biji..dan daun ketumbar. Blan jangan campur air. Kemudian perah kan setengah biji lemon dan perasa dengan garam dan gula.

Salad arab. Untuk salad arab 2 biji tomato dan timun potong dadu. Sebiji bawang racik halus. Daun ketumbar raik halus. Campur kan semua kemudian perah kan lemon setengah biji garam dan gula serta serbuk lada hitam.siap salad dan sos boleh hidang.

14. Nasi Himpit Goreng


Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi impit yg telah dipotong dadu
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 genggam bilis*
1 genggam udang kering
2 biji telur
2 ketul hot dog potong nipis
1 biji bawang besar dipotong kecil
sedikit kicap
sedikit sos tiram

Cara-cara:
tumbuk bahan yang bertanda (*)..
panaskan minyak.. goreng udang kering dan hot dog..
masukkan bahan yang telah ditumbuk.. tumiskan hingga kekuningan
kemudian masukkan telur.. bila telur telah masak.. masukkan pula kicap dan sos tiram dan bawang besar..
kalau perlu tambah sedikit air..
garam dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan nasi impit.. goreng hingga nasi impit menjadi panas supaya tidak cepat basi..

Selamat mencuba.

Sekian
Selamat mencuba
Jangan lupa share!



Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post