Sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) bertembung dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru pada 24 mei 2021 membabitkan tren bernombor 40 dan 81 itu dalam satu insiden.
Berdasarkan gambar-gambar dan video yang dikongsi di media sosial, terdapat beberapa penumpang dilihat terduduk sambil menutup bahagian tubuh yang cedera dengan ada antara mereka dilihat berdarah.
Penafian: Artikel ini mengandungi beberapa gambar yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Kronologi Kes:
8.24pm
Tr40 kemudiannya telah mengalami kegagalan (timed out) dan berhenti semasa menghampiri platform Stesen Kg. Baru disebabkan oleh kegagalan tren untuk beroperasi secara automatik (ATO) memandangkan Vehicle On-Board Controller (VOBC) terhenti (halted).
OCC telah mengenalpasti kedudukan Tr40 dan mengarahkan pemandu (hostler) untuk memandu Tr40 secara manual dari Stesen Kg. Baru menuju ke Stesen Dang Wangi dan perlu bergerak ke arah yang sama bagi memberi laluan kepada tren-tren yang berada di south bound (dalam mod ATO) untuk meneruskan perkhidmatan.
Dalam pada masa yang sama, Tr81 yang beroperasi secara automatik (ATO) berada dalam keadaan statik di platform Stesen KLCC arah selatan.
8.34pm
8.45pm
9:23pm
Enam penumpang kritikal dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan di HKL. "Seramai 15 lagi penumpang masih dirawat di HKL namun dilaporkan stabil. Dalam kejadian semalam, seramai 64 penumpang cedera dikejarkan ke HKL dan ada antara mereka sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.
Prasarana akan mengambil masa tiga hari untuk mengalihkan tren terbabit dalam kemalangan semalam. Pihaknya bersama Kementerian Pengangkutan sedang giat menjalankan siasatan dan ia dijangka lengkap dalam tempoh dua minggu.
Berdasarkan gambar-gambar dan video yang dikongsi di media sosial, terdapat beberapa penumpang dilihat terduduk sambil menutup bahagian tubuh yang cedera dengan ada antara mereka dilihat berdarah.
Penafian: Artikel ini mengandungi beberapa gambar yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Kronologi Kes:
8.24pm
Tr40 telah bergerak (set kosong tanpa penumpang) secara Automated Train Operation (ATO) en route dari Gombak ke Depoh Subang (Arah Selatan).
Tr40 kemudiannya telah mengalami kegagalan (timed out) dan berhenti semasa menghampiri platform Stesen Kg. Baru disebabkan oleh kegagalan tren untuk beroperasi secara automatik (ATO) memandangkan Vehicle On-Board Controller (VOBC) terhenti (halted).
OCC telah mengenalpasti kedudukan Tr40 dan mengarahkan pemandu (hostler) untuk memandu Tr40 secara manual dari Stesen Kg. Baru menuju ke Stesen Dang Wangi dan perlu bergerak ke arah yang sama bagi memberi laluan kepada tren-tren yang berada di south bound (dalam mod ATO) untuk meneruskan perkhidmatan.
Dalam pada masa yang sama, Tr81 yang beroperasi secara automatik (ATO) berada dalam keadaan statik di platform Stesen KLCC arah selatan.
8:24pm
Tr81 telah berlepas dari Stesen KLCC ke Stesen Kg. Baru setelah menerima maklumat bahawa Tr40 telah beredar dari Stesen Kg. Baru menuju ke Stesen Dang Wangi.
Tr81 telah membawa seramai 213 penumpang dan bergerak dengan kelajuan 40km/j manakala Tr40 yang berkelajuan 20km/j pula tak mempunyai penumpang dan hanya dikendalikan oleh seorang operator yang membawa kereta api tersebut secara manual menuju ke Gombak untuk diselenggara.
8:33pm
Pemandu tren (hostler) telah mengubungi OCC dan memaklumkan bahawa Tr40 bertembung dengan sebuah tren.
8.34pm
Tr81 telah dikenalpasti sebagai tren yang telah bertembung dengan Tr40 yang membawa seramai 213 penumpang.
8.36pm
OCC telah memaklumkan Agensi Tindakan Kecemasan dan melantik Pegawai yang bertanggungjawab (AI2036) di kawasan insiden.
8.45pm
Penumpang-penumpang mula dipindahkan daripada tren.
8.50pm
Pasukan BOMBA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tiba di KLCC diikuti dengan kehadiran ambulans.
9:23pm
Kesemua penumpang telah dipindahkan. Seramai 47 penumpang telah cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan seramai 166 penumpang dengan kecederaan ringan menerima rawatan segera di lokasi kejadian.
25 Mei 2021
Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjelaskan bahawa kesemua mangsa nahas LRT ini bakal menerima pampasan RM 1,000 dan kos rawatan hospital akan ditanggung serta bantuan kewangan juga diberi kepada mereka yang tidak boleh bekerja (tempoh hari akan ditetapkan).
Prasarana akan mengambil masa tiga hari untuk mengalihkan tren terbabit dalam kemalangan semalam. Pihaknya bersama Kementerian Pengangkutan sedang giat menjalankan siasatan dan ia dijangka lengkap dalam tempoh dua minggu.
Dapatan Awal Punca Kemalangan:
Siasatan awal mendapati, kemalangan adalah disebabkan kecuaian hostler yang memandu Tr40 dalam arah yang salah.
Tr40 yang sepatutnya bergerak ke arah south bound menuju ke stesen Dang Wangi telah bergerak ke arah north bound (different orientation) yang telah mengakibatkan perlanggaran berlaku di antara Tr40 dan Tr81.
Kredit foto : Bernama
Insiden LRT ini merupakan insiden paling teruk dalam sejarah sejak ia memulakan operasi pada tahun 1996.
Sekian
Kredit : AstroAwani