26 Mei Ini, Malaysia Berpeluang Saksikan Gerhana Bulan Penuh (Super Flower Blood Moon)

Rakyat Malaysia Berpeluang Saksikan Gerhana Bulan Penuh "Super Flower Blood Moon" 26 Mei Ini.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 26 Mei 2021 (Rabu) akan berlaku selepas Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) dengan jarak 357,309km. 

Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, termasuk Hawaii.





Fenomena gerhana bulan penuh ini akan berlaku mulai jam 16:47 dan berakhir pada jam 21:50 waktu Malaysia. 





Apa Yang Boleh kita lakukan? 
  • Lakukan solat Maghrib jamaah / sendirian
  • Solat Gerhana Bulan Jamaah / sendirian
  • Lakukan sedekah
  • Minta pengampunan dan beristighfar sebanyak mungkin.
Panduan Ringkas Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) Ganda Pahala dengan Solat Gerhana Bulan. Malam ini.

“...Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”

Cara solat sedikit berbeza.
- Dua raka’at.
- Dua (2) kali ruku’
- Dua (2) kali Al-Fatihah dan Surah pada setiap rakaat.
Semoga bermanfaat.



Sumber : Agensi Angkasa Malaysia / Muftiwp

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post