Tip Elakkan Akaun Facebook Di Ambil Oleh Pihak Ketiga (Hacker/Attacker)

Pasukan Drag0n F0rce Malaysia telah kongsikan Tips elakkan Page/Account di ambil oleh pihak ke 3
( Hacker/Attacker )

1. Jangan Menekan pautan link tidak dikenali

2. Jangan memberi maklumat peribadi anda kepada “unsecured website”



3. Elakkan Mendownload aplikasi luar dari googleplay (Playstore/AppStore) "third party app"

4. Jangan menggunakan kata lalun yang sama. Contohnya password Facebook "Ayam" jangan guna password yang sama untuk tweeter ataupun google. Cara yang bagus ialah menggunakan 2FA ( contoh untuk mengaktifkan 2FA akaun fb dan google seperti dalam gambar) jikalau anda mempunyai masalah mengingat password. 



  


5. Jangan download file archive/pdf yang dihantar melalui email atau Facebook oleh pihak tidak dikenali. Berkemungkinan file tersebut mengandungi rat dan sebagainya. Elakkan diri menjadi mangsa ransomware dan sebagainya.



6. Sila semak dan pastikan anda mendapat email dari pihak yang betul. Terdapat banyak email scam/pishing yang dihantar dalam masa 1 saat kepada mangsa. Sebagai contoh email " Reset your password blah blah". Sila semak dahulu adakah itu email Official atau bukan.

Selalu dept yang pegang email ni main bukak je email yang dihantar tanpa check, so lepas ni berhati2.

7. Selalu peka dengan update yang dikeluarkan oleh pemaju. Contohnya update facebook, android, windows dan lain-lain

8. Pastikan AV( Antivirus ) di laptop/computer anda sentiasa On.

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post