Semalam pembaca berita, Adi Akmal Sehrom membaca segmen akhir berita jam 8 malam TV AlHijrah dengan balutan pada mata kirinya sebagai simbolik solidariti kepada jurugambar Pal**tin yang buta mata kirinya akibat ditembak tentera zi*nis ketika bertugas Jumaat lalu.
Ia bukan hanya sekadar gimik balutan mata kiri atau tindakan solidariti tanpa pemahaman. Tindakan ini dilakukan kerana petugas di AlHijrah Media Corporation, khususnya wartawan dan kru bilik berita TV AlHijrah memahami tindakan tentera zi*nis Is**el menembak petugas media (baca wartawan) berusia 35 tahun itu adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Ini kerana mengikut Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) petugas media diklasifikasikan sebagai non-combatant yang dikelompokkan sebagai orang awam dan tidak boleh dijadikan sasaran.
Mengikut pemahaman penulis, dalam mana-mana situasi, wartawan tidak seharusnya menjadi sasaran selagi beliau tidak terlibat secara langsung sebagai “combatant” dalam sesebuah konflik.
Lebih-lebih lagi apabila Muath secara bertanggungjawabnya memakai jaket tertera perkataan “PRESS” dengan helmet bagi menonjolkan dirinya sebagai wartawan kepada pihak tentera Isr**el.
Solidariti sama yang diinspirasikan dari tindakan rakan-rakan media dari Pal**tin turut dilakukan pengacara program Analisis, Finaz Yunus dan dua pengacara program Assalamualaikum yang disiarkan secara langsung pagi tadi.
Ia bukan hanya sekadar gimik balutan mata kiri atau tindakan solidariti tanpa pemahaman. Tindakan ini dilakukan kerana petugas di AlHijrah Media Corporation, khususnya wartawan dan kru bilik berita TV AlHijrah memahami tindakan tentera zi*nis Is**el menembak petugas media (baca wartawan) berusia 35 tahun itu adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Ini kerana mengikut Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) petugas media diklasifikasikan sebagai non-combatant yang dikelompokkan sebagai orang awam dan tidak boleh dijadikan sasaran.
Mengikut pemahaman penulis, dalam mana-mana situasi, wartawan tidak seharusnya menjadi sasaran selagi beliau tidak terlibat secara langsung sebagai “combatant” dalam sesebuah konflik.
Lebih-lebih lagi apabila Muath secara bertanggungjawabnya memakai jaket tertera perkataan “PRESS” dengan helmet bagi menonjolkan dirinya sebagai wartawan kepada pihak tentera Isr**el.
Pemakaian jaket tertera perkataan “PRESS” itu jelas membuktikan bahawa jurugambar Pal**tin itu, memenuhi prinsip “distinction” bagi membolehkan pihak tentera Is**el membezakan beliau dengan penunjuk perasaan.
‘Dalam konflik, seseorang individu hanya boleh dijadikan sasaran jika ia tergolong dalam tiga kelompok iaitu combatant, 'levee en masse' dan orang awam yang terbabit secara langsung dengan keganasan,” kata pakar keselamatan strategik Kolonel Azlan Iskandar Abdul Ghani dalam Kursus Media dan Undang-Undang anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di Cyberjaya semalam.
'Levee en masse' itu merujuk kepada tindakan orang awam yang mengangkat senjata dan terbabit secara langsung dalam konflik. Maka dalam situasi itu, mereka boleh dijadikan sasaran sah dalam sesebuah konflik bersenjata.
Pun begitu di bawah IHL, combatant yang tercedera atau menyerah diri menjadi tawanan perang (POW) dalam sesebuah konflik atau peperangan mempunyai hak untuk dilayan dengan sewajarnya.
Undang-undang sama juga menetapkan adalah menjadi hak bagi Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk melawat mangsa-mangsa perang yang cedera atau menyerah diri untuk diberikan bantuan sewajarnya.
Berbalik kepada situasi Muath, pihak tentera Is**el dilaporkan berkata bahawa Muath berada berdekatan dengan kawasan penunjuk perasaan di Kampung Surif di selatan Tebing Barat pada insiden Jumaat lalu yang menyebabkan beliau terkena tembakan.
Kita amat memahami bahawa alasan ini dikemukakan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Muath berada dalam “line of fire” di mana kekecohan berlaku dengan andaian jurufoto terkena tembakan dan bukannya dijadikan sasaran.
Itu belum lagi dihujah soal peluru hidup atau “butterfly bullet” digunakan tentera Is**el ke atas warga Pal**tin sejak sekian lama ketika menyuraikan tunjuk perasaan di wilayah bergolak itu.
Apa yang pasti, penulisan ini bukan untuk menghukum tetapi menyatakan kebenaran penindasan dan kekejaman dilakukan rejim Is**el ke atas warga Pal**tin di Tebing Barat dan Ga.za.
Laporan media menunjukkan bahawa Muath ketika ditemubual AFP berkata, beliau berdiri jauh dari kawasan tunjuk perasaan serta memakai jaket tertera perkataan “PRESS” dan helmet.
“Tiba-tiba saya rasa sesuatu mengenai mata saya. Saya ingat peluru getah atau batu. Saya memegang mata saya dan tidak merasai apa-apa. Saya tidak dapat melihat dan meraba mata saya yang sudan hilang,” katanya.
Insiden membabitkan jurufoto Pal**tin itu menarik perhatian komuniti dunia, termasuk rakan-rakan media di Pal**tin, yang menyatakan solidariti dengan beliau dengan membalut atau menutup mata kiri sebelum disambut “media fraternity” Malaysia melalui TV AlHijrah semalam.
Tindakan media Pal**tin itu mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris yang meminta Ketua Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa NCA TV AlHijrah, Ardi Herman Mardzi untuk melakukan solidariti buat Muath.
“Bermula semalam, kami bersolidariti bersama Muath dan seluruh rakyat Pal**tin,” kata Ardi merujuk insiden di Tebing Barat itu.
Insiden sama turut dikecam Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) yang mengesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadaptasi konvensyen memastikan perlindungan kepada semua wartawan.
Berdasarkan laporan media, sekurang-kurangnya 60 wartawan menjadi sasaran tembakan tentera zi*nis pada 2019 dengan 43 darinya cedera akibat bom bunyi. Seramai 18 wartawan pula ditahan dalam penjara Is**el.
Ini menerangkan kenapa masyarakat dunia, termasuk kelompok media dan kemanusiaan di Malaysia, menyatakan solidariti dengan Muath. Jurufoto Pal**tin itu bukan wartawan pertama yang menjadi mangsa kekejaman Is**el.
Sebelum ini, wartawan Hana Mahameed juga terkena letupan grenade di muka pada Oktober 2015 dan wanita berhati besi itu kembali bertugas dengan sebahagian mukanya berbalut di kaca TV.
Solidariti di TV AlHijrah bukan bertitik tolak dari sentimen tetapi kami tahu apa dilakukan ke atas rakan seperjuangan kami di Tebing Barat itu adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Balutan atau menutup mata kiri kami ini, ada maknanya. Kebenaran adalah hak dan ia akan tertegak dengan sendiri. Segelap-gelap manapun suasana itu, suatu masa pasti ada cahaya. — TVAlhijrah
Penulis adalah Editor Berita dan Penerbit AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah). Ini adalah kejadian pada tahun 2019.