7 Menu Rahmah Mydin RM4.90 Yang Dibawakan Setiap Hari


Apakah Menu Rahmah?

Menu RAHMAH merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu pada harga RM 5.00 sepinggan.




Pelancaran Menu RAHMAH ini merupakan salah satu inisiatif baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat, susulan daripada libat urus industri yang dilaksanakan pada 26 Januari 2023 bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).

Dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Program ini merupakan kerjasama sinergi antara kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman yang akan diperluaskan diseluruh negara dalam masa terdekat.

Menu Rahmah Mydin yang dibawakan kepada anda setiap hari!

Dengan harga RM4.90, anda akan dapat set makanan tengahari / malam yang cukup sedap dan istimewa. Yang paling penting, dapat berjimat!

Jom dapatkannya di Ready-To-Eat section di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih.

Menu Rahmah MYDIN

Menu Rahmah kini dibawakan kepada anda setiap hari di MYDIN Malaysia!

Dengan harga RM4.90, anda akan dapat set makanan tengahari / malam yang cukup sedap dan istimewa. Yang paling penting, dapat berjimat.

SET MAKAN TENGAH HARI / MAKAN MALAM DI MYDIN RM4.90/SET

ISNIN

  • Nasi putih
  • Ayam masak kicap
  • Kacang panjang goreng
  • Air minuman 500ml

SELASA

  • Nasi putih
  • Ikan kembung goreng
  • Tauge masak lemak
  • Air minuman 500ml


RABU

  • Nasi putih
  • Ayam goreng kunyit
  • Bayam goreng
  • Air minuman 500ml


KHAMIS

  • Nasi putih
  • Sambal ikan
  • Kubis goreng
  • Air minuman 500ml

JUMAAT

  • Nasi putih
  • Kari ayam
  • Tauge goreng
  • Air minuman 500ml

 

SABTU

  • Nasi putih
  • Ikan masak kicap
  • Kangkung goreng belacan
  • Air minuman 500ml

 

AHAD

  • Nasi putih
  • Ayam sambal
  • Kubis goreng
  • Air minuman 500ml



Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post