Perbezaan Antara Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet

Hidangan Ayam goreng ditumbuk halus dengan alu pada lesung, digandingkan dengan sambal, hirisan timun, tauhu goreng, dan tempe ini sememangnya sudah sinonim di Malaysia sehinggakan banyak restoren ayam ini tumbuh bagai cendawan di Malaysia kerana permintaan yang menggalakan.



Sebenarnya kalau ikut bahasa jawa, semua tu adalah satu perbuatan (verb).

Gepuk = Pukul Geprek = Penyekkan
Penyet = Lenyek/Picit Semua merujuk kepada cara ayam tu disediakan
Geprek = Dipukul/Ditekan/Diumatkan

Tapi ia jadi satu nama menu (ayam goreng dilenyek guna pisau besar tu + sambal pedas).

Yes penyediaan ayam yang berbeza. Sambal juga berbeza sebenarnya jadi jom kita kupas perbezaan antara 3 jenis hidangan ayam ini.

Ayam Geprek
Ayam Geprek adalah ayam goreng tepung (Kentucky) yang diulek dan ditaruh sambal di atasnya. Sambal yang digunakan ada beberapa jenis. Ayam geprek juga terdapat dalam versi topping Keju parut atau keju mozarella yang dicairkan.

Foto : Ashsukamakan

Ayam Gepuk 
Perkataan Gepuk diambil daripada istilah penjual ayam goreng iaitu Ayam Gepuk pak Gembus.
Gepuk sebenarnya adalah makanan khas Sunda yang terdiri daripada daging sapi yang di marinate dengan bumbu rasa manis dan dipukul sehingga empuk.

Ayam Gepuk Pak Gembus Lebih menyerupai ayam penyet, ayam yang diungkep, kemudian digoreng dipipihkan dan diberi sambal bawang dengan campuran kacang.




Ayam Penyet
Ayam penyet adalah hidangan ayam ungkep bumbu kuning yang digoreng, kemudian dipenyetkan (Dipenyek) dan diberi sambal. Bumbu ayam penyet lebih kompleks kerana terdiri daripada pelbagai bumbu dan rempah nusantara.

Berbeza dengan ayam geprek yang memerlukan tenaga untuk ayam jadi empuk, ayam penyet tidak ditekan sampai daging tercabut dari tulangnya.



Perbezaan Antara Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet



Oh begitu rupanya, baru tahu!
Semoga bermanfaat.


Kredit : Kompas

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post