23 Senarai Syarikat Pengendali Jemaah Haji (PJH) Yang Sah Untuk Musim Haji 2023

Tabung Haji baru je keluarkan senarai Pengendali Jemaah Haji (PJH) untuk musim haji tahun 2023. Jadi hanya syarikat travel ini SAHAJA boleh bawa jemaah haji guna pakaj swasta (bukan Muassasah). Biasanya dioarang keluarkan harga pakej selepas keputusan Panggilan Haji keluar.


Daripada beratus Travel Umrah yang ada dan mohon, Tabung Haji hanya pilih 22 company yang menepati syarat ditetapkan Tabung Haji. Mereka ni akan dinilai oleh Tabung Haji setiap tahun. Kalau prestasi tak bagus, kena remove dari list next year. Tahun 2023 ni, ada 2 company baru jadi PJH. Utas dan Emraz.

Senarai 23 syarikat terima Lesen Pengelola Jemaah Haji 2023

Albalad, Datuta, CSHolidays, FeldaTravel, Gemilang Travel and Tours, JAD Travel & Tours
 


Tabung Haji Travels, Andalusia Travel, Alif Travel & Tours, Citra Travel & Tours, Eiman Travel & Tours, Emraz Travel & Tours



Juara Travel & Tours, MIMM Travel & Tours, MKM Ticketing Travel & Tours, Utas Travel & Tours worldwide Holidays, Wira Saujana Travel & Tours, Yaskin 



Kos Haji tahun ini dijangka meningkat RM4k+. Jadi bagi yang tunaikan Haji melalui pakej, harganya juga akan lebih tinggi. 
Kos Haji Muassasah 2022 : RM25,540. 
Tapi bayar separuh je sebab ada subsidi TH. 
B40 : RM10,980 (57% subsidi) 
M40 : RM12,980 (49% subsidi)

Kos Haji Swasta tahun lepas dalam lingkungan RM35,000 hingga RM270,000. Expect naik 10-15% 2023. Kos bergantung kepada Pakej dipilih. 
Jarak Hotel (Makkah+Madinah), berapa star, Jumlah hari, Penerbangan dll. 
Pakej bawah RM100k, Masyair Haji (Arafah dan Mina) akan diurus TH.
 
Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post