Kenapa 'Muhyiddin' Digalakkan Guna Nama 'Mahiaddin' Dalam Urusan Rasmi?

Ramai sudah familiar dengan nama Muhyiddin bagi nama panggilan perdana menteri kita, tapi nama komersial bagi anak Perdana Menteri kita pula adalah Najwa Mahiaddin. Ada kekeliruan disitu. Mana satu nama sebenar Perdana Menteri kita ini?




Nama komersial anak P M Muhyiddin ~ Najwa Mahiaddin

Bagi yang tidak mengetahui nama rasmi Perdana Menteri kita bukanlah Muhyiddin Yassin tapi Mahiaddin Md Yassin.
Baru-baru ini tular satu edaran memo yang mengarahkan supaya surat dan dokumen rasmi yang memerlukan tandatangan Perdana Menteri haruslah menggunakan ejaan rasmi namanya, Mahiaddin Bin Md Yassin atau Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin.

Surat edaran itu mengarahkan supaya urusan rasmi seperti surat dan dokumen yang memerlukan tandatangan Perdana Menteri haruslah menggunakan ejaan rasmi namanya. iaitu dengan ejaan “Mahiaddin Bin Md Yassin” atau Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin”.

Arahan tersebut dikeluarkan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Peguan Negara. Antara faktornya dalah kerana pada bulan April, Mahkamah membeaskan seorang lelaki setelah memutuskan bahawa perintah penahanan yang ditandatanangi oleh Perdana Menteri itu tidak sah, kerana itu bukanlah nama sebenarnya seperti yang tertera pada MyKad dan Warta Kerajaan Persekutuan.



Namun, media dan orang ramai masih boleh menggunakan Muhyiddin. Tidak ada perubahan pada skor itu, kata sumber.

Untuk rekod, Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin telah dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan Malaysia dan mengangkat sumpah jawatan pada 1 mac 2020.

Kredit : FMT

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post