Step By Step Buat Roti Kaya Mentega Bakar Ala Kopitiam

Memang kegemaran seisi sekeluarga, rasa macam roti kaya kat kopitiam tau. Sedap dimakan panas-panas sambil minum nescafe / kopi / teh o juga bersama telur 1/2 masak. Cara nak buat pun senang dan cepat cuma guna 3 bahan sahaja.




Resipi Roti 3 bahan ala kopitiam 
Jom kita start!



Bahan-bahan:

1. Roti
2. Sekaya (Sebarang jenama)
3. Mentega Buttercup 


Cara-cara penyedian:

1. Potong bahagian tepi roti

 
2. Sapukan sekaya (Lebihkan untuk lebih lazat) 

3. Potong mentega kepada kepingan besar, kemudian potong kepada 3 bahagian kecil (Pastikan mentega keras)

   
4. Susun mentega di atas roti


Tutupkan kepingan roti berlapis
roti - kaya - mentega - roti

Potong dua roti kosong bagi saiz muat mulut nak masuk

 
  Letakkan atas loyang 


5. Bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit (Bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan) 


Sedia untuk dinikmati! Selamat mencuba, Foodies

Sumber gambar & resepi : Ziera Xiera (Facebook)

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post