Roti Telur Dah Terlalu Biasa? Cuba 12 Resipi Berasaskan Roti Putih Gardenia Lain Ini Pula

Oh! Gardenia sungguh enak dimakan begitu saja. Satu jenama roti yg dah lama berada dipasaran. masa kecil-kecil dulu di era 80'an dan 90'an dah biasa dengar jingle iklan jenama roti kegemaran ramai rakyat Malaysia ini.

1. Roti Telor Cheese



Bahan-bahan
2 keping roti gardenia - potong 3 bahagian
2 keping cheddar cheese - potong 3 bahagian
Sosej - rebus dan hiris nipis
2 biji telor - campurkan dengan dry oregano dan lada sulah

Cara Penyediaan
Lapiskan roti-cheese-sosej-cheese-roti
Celupkan dalam bancuhan telor+oregano+lada sulah
Masak atas non stick pan hingga garing dan cheese meleleh..
Makan panas-panas...yummy.

2. Cucur Roti


Bahan-bahan:
8 keping roti (guna roti gardenia)
3 biji telur ayam saiz besar
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan serbuk roti
1 genggam ikan bilis saiz kecil
1 pokok daun bawang dipotong kecil
10 batang daun kucai dipotong kecil
1 labu kecil bawang besar dipotong nipis
1/2 keping kiub ikan bilis
Secubit garam
Cili merah dipotong halus jika suka
Minyak untuk mengoreng
 
Cara:
1- Roti dipotong kecil-kecil.Masukan telur dan ramas-ramas bersama roti tadi.masukkan kiub ikan bilis + garam.
2- Masukkan daun bawang ,daun kucai,bawang besar dan cili yang dipotong halus.gaulkan semuanya.
3- Masukkan serbuk roti,tambahkan susu sedikit-sedikit sehingga menjadi adunan cucur yang tidak terlalu cair
4- panaskan minyak dan goreng terendam sehinga masak.
5-hidangkan panas-panas bersama cili sos

3. Roti Sang Kaya darurat 


Bahan2
250ml air (blend dgn 8 helai daun pandan & Tapis)
250ml susu cair
8sb gula
Secubit garam
3sb Tepung Jagung
Sedikit pewarna hijau
1Biji Telur
 
Cara2 Penyediaan:-
Campur semua bahan masak atas api kecil kacau sehingga pekat
Angkat tuangkan sedikit susu cair atas adunan tadi sedia utk dimkn bersama roti...roti tu kukus sekejap utk rasa lebih lembut
Selamat mencuba

p/s kalaw korang terlajak boh susu banyak sangat, korang bole bancuh tepung jagung sikit kasi pekat kan balik.

4. Roti Kaya Goreng Butter



Bahan-bahan:
2 biji telur
4-5 keping roti putih
kaya secukupnya
1sm susu cair @ segar
garam dan serbuk lada sulah secukupnya
sedikit butter
sedikit gula icing

Cara-caranya:
1. Telur, susu, garam, lada sulah- dipukul sebati.
2. Sapu kaya pada roti, lipat dua jadikan 3 segi.
3. Celupkan dalam bancuhan telur, biarkan sebentar.
4. Panaskan butter dalam kuali non stick, masuk roti tadi, goreng hingga garing. Balik balikkan supaya semua sisi masak.
5. Angkat, sejukkan sebentar dan taburkan gula icing jika suka.
Resepi roti bakar sosej cheese. 



boleh buat  anak2 makan sarapan atau santapan petang.
Nak buat pun cepat, mudah & sedap... Jom kita tengok resepi bawah ni

Bahan-bahan:
Roti gardenia
Planta
Sos prego tomato
Sos cili
Sosej
Kepingan chedar
Mix herbs

Caranya:
Potong roti belah dua, sapukan planta di bahagian belakang roti
dan sebelah bahagian lagi sapukan sos prego yang dicampur
dengan sos cili.

Susun sosej yg telah direbus dan dipotong 2 diatas roti, letakkan kepingan chedar dan tabur sedikit mix herbs di atas chedar tersebut.

Bakar dalam 8-10 minit. Siap.

Silakan share & mencuba!
Kredit: Rodzamirawati Rostam



5. Jejari Roti
Sumber:ohgempak.com




Bahan-bahan:
24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
sedikit garam
gula halus secukupnya
mentega / margerin untuk menggoreng

Cara-caranya:
Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
Panaskan 2 sudu besar mentega.
Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sehingga perang.
Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas

6. Roti Poket Doraemon



- roti gardenia
- 2 biji telur(pukul dan letak sedikit garam)
- breadcrumbs

Cara2 membuatnya:

1- Kapit 2 keping roti dan gelek kan. Kemudian tekap dengan mende bulat. Ulang sampai abes. Kalau roti gardenia yang panjang tu, boleh dapat dalam 10 keping
2- Lemaskan roti dalam telur yang telah di pukul tadik.
3- Celup pula roti tadi ke dalam breadcrumbs. Selimutkan dia jangan ada satu tempat pun yang tertinggal hokey.
4 -Masukkan dalam kuali tuk goreng. Guna api sedang aja.
5- Semua roti yang telah siap di goreng. Ketepikan dan sejukkan dulu
6- Gunting roti tadi tuk menjadi dua bahagian. Nampak macam roti pita x?
7- Masukkan inti yang di masak dalam roti. Lastly, letak sos kalau suka pedas... (ape2 inti pon boleh.. name pon poket doraemon kan,.. nk letak sosej ke, ayam ke.. )
 

7. Sandwich Egg Mayo



Bahan2:
Roti Gardenia (buang kerak roti - tapi saya x buang)
3-5 biji telur rebus (dikupas kulit & parut/lenyek )
Mayonis
Tomato - dipotong dadu
Timun - dipotong dadu
Serbuk lada hitam
Sebiji cili api - hiris nipis
Gula
Garam
Butter - untuk sapuan pada roti

Langkah2:
Parut/sagat telur rebus
Masukkan mayonis & gaul sebati dengan telur yang diparut.
Masukkan serbuk lada hitam, gula & garam.
Masukkan tomato, timun, dan cili hiris.
Gaul sebati.
Sapukan roti dengan butter
Sudukan inti telur rebus atas roti
Tutup dengan sekeping lagi roti.
Potong roti sandwich pada 4 potongan.
Hidangkan.

Kredit: Dapursaji

7. Piza Roti



CARA-CARA:

A) Dapatkan 1 buku roti gardenia. Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti dibakar nanti. Selepas itu, sapu roti tersebut dengan tomato puri.

 Letakkan kepingan cheddar cheese ke atas roti yang telah disapu tomato puri tadi.

C) Kemudian, letakkan kepingan sosej, cendawan butang, lada benggala, kepingan ayam dadu atau apa sahaja ikut selera masing-masing (tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi).

D) Akhir sekali, taburkan mozarela cheese

E) Kemudian, bakar pizza tersebut di dalam oven lebih kurang 15 minit..

F) Hias dan potong pizza yang telah siap dibakar tadi.


8. Karipap Roti Sedap dan Sempoi
sumber:Canteq.blogspot




Bahan-Bahan :
1. Roti gardenia (berapa keping korang nak)
2. Inti (resepi ni guna inti karipap)
3. Tepung jagung (kalo xde guna tepung gandum pon bole)
4. Air
*sila bancuhkan tepung jagung dgn air dgn kelikatan yg agak likat jugak macam gam

Cara-caranya:
1. Mula2 kita prepare kulit nya dulu
Roti gardenia sekeping demi sekeping digelek, untuk kasi nipis, make sure bhgn tepi tu ditrim
lepas tu sapukan bancuhan tepung jagung dengan air tadi di sekeliling roti (tengok pic), untuk tujuan menge'gam' kan dia
2. Then letak inti kat tengah2 roti tadi
Kemudian sila la cantumkan hujung ke hujung roti membentuk segitiga. alah cam nak buat sandwich tu.
3. Pastu amik garfu then tekan2 kan kat keliling bahagian yang dicantumkan tadi.
Tujuannye nak kasi tutup rapat, lagi satu elok sikit menengoknye dak.
So sila la buat utk kesemua roti anda satu demi satu.
4. Peh tu goreng.sila jgn guna minyak yg terlalu banyak ok.
5. Daaaa. Inilah dia karipap roti anda yg dah siap untuk dingap


9. Muffin Roti Butterscotch  
Sumber:resepicikguani.blogspot.my



Bahan-bahannya:
12 - 16 keping roti gardenia butterscotch
3 biji telur
2 cawan susu segar
1 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1sudu teh esen vanilla
3 batang sosej
Cheese mozarella

Cara-caranya:
1.Gelek roti hingga nipis dan tekap menggunakan tumbler plastik/cawan plastik untuk membentuk bulat.
2. Didihkan air dan rebus sosej dalam 5 minit dan potong berbentuk mancis
3. Sapu acuan dengan marjerin/butter. Bentukkan roti macam kulit tart.
4.Masukkan sosej dan cheese
5. Masukkan telur, tepung, baking powder, susu segar dan esen vanilla ke dalam mangkuk.
Pukul menggunakan wisker hingga sebati.
Tuang bancuhan telur ke dalam roti.
6. Bakar pada suhu 180'C selama 15 - 20 minit

Resepi Puding Roti Kukus Berkuah Sos Kastard 

10. Puding Roti Kukus 



BAHAN- BAHAN :-
5 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh la )
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
2 sudu butter
Kismis ( beli je 1 kotak kecil )

CARA- CARANYA :-

Masukkan telur, gula, esen vanila ke dalam satu bekas, mixer sampai sekata / kembang (nak guna blender pun boleh..ana guna blender ja.huhu)
lepas tu, masukkan susu cair, kacau sekata.
Ambil roti, sapukan butter depan dan belakang (kalau nak carik-carikkan pun boleh ya!) susun dalam loyang bagi comel-comel tau!
kemudian, tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis.
Kukus selama 20-25 minit.

*SOS KASTARD*

BAHAN-BAHAN :-
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecik esen vanila.

CARA-CARA :-
Masukkan semua bahan di atas, masak atas api perlahan, kacau sampai masak.
pastikan di kacau untuk mengelakkan ianya berketul.

11. Resepi Bingka Roti




Bahan2:
7 kpg roti gardenia(carik halus2)
3 biji telur ayam
1 cwn tpg gandum
1/2 cwn gula
2 cwn santan
100ml susu segar
Garam
1 sdt esen vanila
1 sdb marjerin
.
Caranya
Rendam roti dlm susu smpai kembang(ketepikan) campur semua bahan2 tadi dlm mangkuk n kacau guna whisk....ambk roti yg drendam td campur dlm adunan tpg...kacau sebati...klu agak pekat blh tambah air.jgn terlalu cair nnt bingka jd lembek...sapu loyang dgn marjerin.bakar pd suhu 180°c selama 1 jam @ hingga masak...klu nk tau masak ke x...cucuk bingka dgn lidi..klu xlekat tu masaklah dia...
.
Selamat mencuba...
.
kredit Miza Maizatul Akmar & Nora Zi

12. Puding Roti Karamel Bercoklat  
===============================



Bahan-bahan Lapisan 1 (gula hangus):
1 cawan gula
1 cawan air
6 keping roti sandwich gardenia digunting kecil memanjang

Cara membuatnya:
1. Masukkan gula dalam periuk, hidupkan api perlahan, biarkan sehingga perang.
2. Masukkan air biarkan sehingga semua gula larut. (hati-hati mungkin air gula yang panas akan terpercik apabila ditambah air)
3. Tuangkan air gula hangus ke dalam dua loyang.
4. Susun roti didalam loyang yang mengandungi gula hangus tadi.

Bahan Lapisan 2 (karamel):
7 biji telur gred B
1 tin susu sejat/ susu cair
3 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh essen vanilla

Cara membuatnya:
1. Pukul telur bersama semua bahan lain hingga sebati.
2. Tuangkan keatas lapisan 1, kukus selama 10-15 minit/
3. Angkat & biarkan seketika.

Bahan-bahan Lapisan 3 (puding coklat):
25 gram agar-agar
1 cawan gula
6 cawan air
1 tin susu cair/sejat
2 sudu makan serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya:
1. Masak air bersama agar-agar hingga larut.
2. Masukkan susu, serbuk koko, gula & garam, kacau hingga mendidih.
3. Angkat & tuangkan keatas puding roti karamel yang telah masak tadi.
4. Sejukkan, masukkan ke dalam peti ais (2-3jam)
5. Keluarkan dari acuan, potong ikut saiz yang dikehendaki.
6. Sedia untuk dihidang.

Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "Mohon Share"

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post