Purata gaji bulanan Rakyat Malaysia turun 9% tahun lalu dari RM3,224 pada 2019 kepada RM2,933 sebulan pada 2020. PENURUNAN TERTINGGI DAN PERTAMA KALI semenjak Jabatan Perangkaan Malaysia mula buat Survey tahunan pada 2010. Melibatkan 9.4juta rakyat Malaysia yang bekerja.

Purata Gaji Rakyat Malaysia Mengikut Negeri bagi tahun 2020 :
1.Putrajaya - RM4,497 sebulan
2.Kuala Lumpur - RM3,823
3.Selangor - RM3,480
4.Negeri Sembilan - RM3,013
5.Labuan - RM2,942
6.Melaka - RM2,925
7.Pulau Pinang - RM2,883
8.Johor - RM2,840
9.Pahang - RM2,684
10.Sabah - RM2,678
11.Perlis - RM2,596
12.Sarawak - RM2,509
13.Perak dan Kelantan - RM2,463
15.Kedah - RM2,300
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

Semua sektor merekodkan penurunan dalam nilai purata gaji dan upah bulanan. Tiga sektor mencatatkkan penurunan dua angka iaitu sektor pertanian (-20.0 peratus), perlombongan dan pengkuarian (-17.7 peratus) dan pembinaan (-10.4 peratus), manakala sektor perkhidmatan dan pembuatan merekodkan pengurangan purata gaji dan upah bulanan masing-masing sebanyak 9.4 peratus dan 2.8 peratus.
Purata Gaji Rakyat Malaysia Mengikut Negeri bagi tahun 2020 :
1.Putrajaya - RM4,497 sebulan
2.Kuala Lumpur - RM3,823
3.Selangor - RM3,480
4.Negeri Sembilan - RM3,013
5.Labuan - RM2,942
6.Melaka - RM2,925
7.Pulau Pinang - RM2,883
8.Johor - RM2,840
9.Pahang - RM2,684
10.Sabah - RM2,678
11.Perlis - RM2,596
12.Sarawak - RM2,509
13.Perak dan Kelantan - RM2,463
14.Terengganu - RM2,424
15.Kedah - RM2,300
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia