Macam-macam gaya rakyat Malaysia sekarang apabila menerima dos vaksin mereka. Ada yang memakai kostum dan ada juga yang memakai topeng.
Jadi jom kita selongkar beberapa gelagat penerima vaksin yang menarik perhatian dan mencuit hati. Jangan terkejut, ada yang menjadi Naruto tau!
Penerima vaksin, Kenny Sia memakai kostum T-Rex di Borneo Convention Center Kuching (BCKK)

Lelaki Ultraman turut menceriakan hari frontliners di Selangkah


Manakala ada yang hadir ke PPV UKM Bangi dengan memakai pakaian Red Power Rangers

Seorang lelaki memakai kostum Naruto di Pusat Vaksinasi COVID-19 (PPV) Stadium Bukit Jalil

(Twitter)
Manakala lelaki berpakaian sebagai Mandalorian pula ke Universiti MAHSA untuk menerima vaksin

Di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pula penerima vaksin yang memakai kostum Mickey Mouse telah melengkapkan dos keduanya

Yang terkini, Kylo Ren muncul di PPV Sunway Pyramid Convention Centre untuk mendapatkan dos vaksinya

Memang mencuit hati melihat penerima-penerima vaksin ini sanggup extra dress up untuk menceriakan hari semua orang. Jadi lepas ini kamu pula boleh plan untuk pakai kostum apa ketika menerima dos pertama vaksin.
Kredit : Murai