COVID19 : 20 Senarai Barangan Perlu Bawa Jika Anda Dijemput Ambulan Ke Hospital

Tiba-tiba dimaklumkan akan dijemput oleh ambulans dalam masa terdekat, tentu kalut hingga terlupa dan terlepas pandang tentang kelengkapan dan peralatan perlu dibawa sepanjang menjalani tempoh rawatan di hospital. 

Jadi untuk memudahkan anda mahupun waris, bolehlah ikut seperti yang disenaraikan ini agar tidak ada barangan yang penting tertinggal. Ini memandangkan selepas dibawa ke hospital, pesakit tidak dapat meminta waris datang ke hospital untuk membawa barangan keperluan dengan mudah.

Jika anda di jemput ambulan ke Hospital disyaki COVID19, bawa barang² ini sahaja  



1. MyKad. Kad bank tidak perlu.

2. Wang tunai jumlah yang sedikit.

3. Pergi pakai selipar.

4. Masa pergi pakai T-Shirt sahaja.

5. Baju panas kain cotton.

6. Satu persalinan baju discharge nanti. 2-3 set pakaian. Tidak perlu baju banyak-banyak. Nanti kena pakai pakaian pesakit hospital. Tidak akan dapat cuci atau jemur pakaian di wad.

7. Alat mandian, sabun, berus gigi dan sebagainya

8. Kain tuala.

9. Kain pelikat dan sejadah bagi yang muslim.

Jangan pakai jam dan barang hiasan seperti rantai emas.


10. Telepon dengan charge.

11. Earphone.

Seandainya anda meninggal dunia. Kemungkinan barangan selain perkara 1. 2. 10. dan 11 sahaja akan dikembalikan. Yang lain akan di ambil oleh Hospital untuk tindakannya, mungkin di bakar dan tidak di pulangkan.

12. Bawalah beg baju yang kecil bukan beg travel.

13. Bimbang kelewatan masuk ward di Hospital bawa makanan ringan seperti roti dan dua tiga botol air mineral sedia di dalam kotak untuk mudahkan dibuang.

14. Bawa botol air, thermos, cawan dan sudu. Kalau kerap makan, bawa lah minuman 3 in 1 dan biskut² utk kunyah²

15. Tulis atas kertas nama-nama pewaris yang lain, selain yang telah di rekodkan untuk diberi kepada Frontliner setelah masuk dalam ward. Untuk orang tua atau kanak-kanak, lekatkan sticker nama dan no telefon anak/waris, ibubapa pada beg mereka.

16. Ubatan (current medications) yang diambil jika ada. Minyak angin, minyak sapu jika mahu, bawa. Segala supplemen yang tidak boleh ditinggalkan, bawalah. (sebarang penghantaran barangan selepas masuk wad hospital tidak dibenarkan) Gambar senarai ubatan, dos dan kekerapan.

17. Pampers dan tisu basah bagi pesakit yang strok/tidak bermaya/tua. Gigi palsu orang tua bawa juga nanti tidak dapat makan. Jangan lupa bawa cermin mata/walker/tongkat jika perlu.

(Sila terangkan pada orang tua, tiada pelawat nanti dibenarkan, nanti dia merajuk pula korang tidak datang melawat.) Reload dan sambungkan internet secukupnya pada handphone orang tua anda. Sebaiknya ajarlah gunakan smartphone, cara whatsapp, videocall sejak awal-awal lagi.

18. Seluar dalam pakai buang jika perlu. Tuala wanita jika perlu.

19. Beberapa buku untuk dibaca jika boleh membaca untuk menghilangkan bosan. (Ramai pesakit bawa buku silang kata, crossword, sudoku dan buku bacaan agama)

20.  Ubatan makanan tambahan 

Semoga selamat sihat dan kembali ke rumah dengan segera.

(Improved modified by Jessica William)

Kredit : videodakwah.my

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post