10 Pesanan Shuib Sepahtu Kepada Wanita Menerusi Perkongsian Di LIVE Instagram

ANTARA PESANAN DARI PENGALAMAN SHUIB BUAT WANITA.


1. Jadilah isteri yang taat dan membahagiakan. Yang tidak pernah berkira dengan suami. Beliau menceritakan bagaimana Almarhumah isterinya tidak pernah membantah setiap kali dia ingin pulang ke kampung (tidak perlu ikut giliran).

2. Tidak pernah bertanyakan langsung tentang wang suami. Tidak pernah bertanya bagaimana suami membelanjakan wangnya. Tidak pernah tanya berapa pendapatan suami. Asalkan ada tempat tinggal, makan dan minum serta keperluan terjaga. Itu lebih dari cukup memadai.

3. Tidak pernah berkira tentang wang dan mengajar Shuib supaya tidak berkira tentang wang ketika berbelanja untuk adik-beradik, keluarga dan untuk bersedekah. Almarhumah pernah berpesan “Jangan berkira ketika bersedekah supaya nanti Allah tidak “berkira” dengan kita…”.

4. Sanggup bersusah dan kekal taat bersama suami. Menjadi orang yang selalu memberi dorongan dan kekuatan untuk suami. Duit bukanlah perkara besar baginya. Isteri yang taat, berserta doa adalah dua perkara yang sangat “powerful” dalam rumahtangga. Yang boleh membawa sinar dan kebahagiaan yang luar biasa.

5. Memperbanyakkan sedekah. Sedekah dengan sebanyak mungkin. Bila rasa nak memberi terus beri tanpa berfikir…

6. Penuh dengan kasih sayang kepada suami. Selalu menenangkan suami. Memberi kata-kata yang baik buat suami. Menyakinkan suami ketika resah.

7. Taat beribadah. Taat dengan perintah Allah.

8. Selalu bergurau senda dengan suami. Bergelak ketawa dengan suami. Kata Shuib, Almarhumah mengajarnya untuk tidak takut dengan miskin. Banyak kan memberi. Kerana dari memberi itulah akan datang banyak perkara ghaib/ (Miracles). Allah memberi dengan cara yang sangat luar biasa. Dan “effortless….”.

9. Almarhumah sentiasa membuat suami dalam keadaan redha sepanjang hayatnya. Subhanallah.

10. Almarhumah seorang yang selalu tersenyum kepada suami. Cemburu namun tidak keterlaluan. Almarhumah seorang yang manja, malah selalu tidak mandi selagi tidak dimandikan suaminya…

Kemudian Shuib bercerita lagi…
- Hidupkan suasana yang mulia di dalam rumah. Solat berjemaah bersama anak-anak selalu.
- Bacakan Hadis bersama. Ceritakan kisah-kisah para Nabi kepada keluarga.

- Nasihatkan anak-anak dan diri supaya tidak mengidolakan sesiapa yang tidak memberikan manfaat kepada diri di dunia dan akhirat.

- Yakin dan redha selalu dengan takdir dan kekuasaan Allah. Kita hidup di dunia tidak lama. Akhirat adalah jauh lebih “luas” untuk kita. Jangan sedih dengan kehilangan yang sedikit di dunia untuk ganjaran yang lebih besar nanti.

- Untuk mereka yang berpasangan, masih belum terlambat untuk berbuat baik dan berubah selagi kita semua masih bernyawa…

Allahuakhbar …

Kredit: Dzuriasikim Dzulkefli

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post